Thursday, November 30, 2006

T.E.R.U.J.A


Walaupun ada lima cerita yang berbeza, Cinta digarap dengan begitu baik dan bersahaja, tidak bercelaru dan bercampur aduk malah anyaman ceritanya berjaya memainkan perasaan penonton dengan cukup berkesan.
Saifullizan Tahir, Cinta: Lima Cerita dalam satu
Pancaindera, Ahad 26 Nov 2006.

Cinta, sebuah filem arahan Kair Bhatia dengan skripnya oleh Mira Mustaffa, mampu meninggalkan impak sebegitu( teringat-ingat atau terfikir-fikir mengenainya) dalam diri mereka yang menontonnya. Berita Harian: HIP, Selasa: 28 November 2006.

Puteri Gunung Ledang : Filem pertama dan terakhir (buat masa ini) yg saya tonton di Panggung wayang: …itupun jenuh teman2 yg 14 nih memujuk…akhirnya terlerailah juga rekod tak pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang yg berkurun lama saya pegang..

Tempat duduk paling hadapan sekali…sakit leher jugalah dibuatnya…namun, agak puas hati…. Senang dengan sinematografi yg ada dalam filem tersebut… orang lain sibuk tengok cerita…saya sibuk tengok background….. tanah lapang, sungai, awan..semuanyalah….

Namun….
Promosi besar-besaran filem cinta kali ini buat saya agak teruja…… Apatah lagi komentar dan maklumbalas yang diberikan oleh penonton semuanya positive belaka…

Tambah mengujakan apabila lagu2 yang dimuatkan dalam filem tersebut menjadi favorite saya..terutama sekali lagu cinta nyanyian Melly dan Kris dan dinyanyikan semula oleh Jac (my fav artist ) dan Misha…

menapak jalan yg menjauh,
tentukan arah yg ku mau,
tempatkan aku pada satu peristiwa,
yg membuat hati lara

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

reff: cinta, tegarkan hatiku
tak mau sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata, tak ingin terulang lagi
kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa

aku junjung petuamu
cintai dia yg mencintaiku
hatinya dulu berlayar, kini telah menepi
bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

repeat reff
cinta biar saja ada
yg terjadi biar saja terjadi
bagaimana pun hidup hanya cerita
cerita tentang yg meninggalkan
dan yg ditinggalkan
cinta

Hari ini tentu panggung penuh dengan hamba Allah lain yang turut teruja dengan promosi besar-besaran yg dibuat… dari segi marketing..rasanya Grand Brilliance really did a brilliant job…..
kebenarannya ..hmmm kenalah tonton cinta, sebuah kisah tentang kasih……


Isnin hari tuh, di tapak ekso MAHA…eina ada suarakan hasrat nak menonton filem tersebut...rasa-rasanya dia ingat lagi tak……nampak gayanya PGL is not the last movie… (",)


~Raikan c.i.n.t.a ~

Wednesday, November 29, 2006

Minggu Tandas Kebangsaan dan MAHA 2006

Isnin, 27 November 2006
Lapan lebih…..buka TV…tak boleh miss Malaysia Hari Ini (One of my Fav Show) topik apa ya kali nih???

Hah…..Minggu Tandas Kebangsaan!!!! Menakjubkan..rasa macam tak percaya pun ada…. Nampaknya saya dah ketinggalan zaman, ini merupakan tahun ke 2 diadakan Minggu Tandas Kebangsaan….. dan percaya atau tidak ia dikelolakan oleh PERSATUAN BILIK AIR BERKUALITI MALAYSIA…… (hehehe, bilik air setiausaha kehormat dia nih mesti tersangat bersih.…)
Wah…maklumat baru…..macam tak percaya, bilik air pun ada persatuan..agak2 ada tak persatuan untuk bilik tidur tak pun dapur ke??? Satu maklumat menarik saya ketahui hari ini……Nyatanya ia beri kita pendedahan supaya tidak mengambil mudah perkara remeh....

Usaha yang baik…. Sekurang-kurangnya ia bakal menimbulkan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan kebersihan tandas awam yang dikongsi bersama…ialah..kalau dah namanya tandas awam, ia bukan hak milik individu. Pengguna wajar mempertimbangkan keselesaan pengguna seterusnya……

Rasanya Kempen ini juga perlu dan sangat perlu diadakan di sekolah-sekolah…sayangnya sekarang nih musim cuti sekolah pula…Ish teringat pula tandas budak2 nih..belum lagi yg tercicir-cicir kat muka pintu tandas..ahh anak-anak ini……

Tamat cerita Minggu Tandas Kebangsaan…bersiap-siap untuk MAHA..dah janji dengan eina dan mama…..Saja pilih hari ni nak mengelakkan kesesakan….

MAHA 2006: Malaysian Agriculture, Holticulture and Agro Tourism show….
Pameran 2 tahun sekali ini menakjubkan…berjaya mencatat nilai urusniaga hampir 6 juta, dan tercatat dalam Malaysia Books of Records sebagai Maha terbesar penganjurannya, 835 peserta dan 976 gerai…dan dianggarkan 113 juta pesanan dan potensi jualan, tak lupa juga lebih kurang 1 juta pengunjung termasuk saya le tuh...Tahniah Kementerian Perdagangan dan Industri Asas Tani……

Kami diantara orang yg awal tiba pagi itu, selepas menjemput eina di Putrajaya, terus ke tapak Expo…. 10 pagi, kereta dah pun memenuhi parking…

Sempat ke tapak ternakan sebelum ke tapak pesta utama….seronoknya tengok lembu yang besar-besar…..Sayang adik saya Hamdi tak ada, training di Johor...dia cukup minat benda sebegini...

Tapak ekspo utama….. tak cukup rasanya sehari berjalan . Apa yang menarik ya…mestilah pokok hiasan….nursery dan maklumat landscaping…rasa macam tak sabar nak ada rumah sendiri, nak hias laman sendiri…..cantiknya…tapi ya ampun, mahalnya……..

Kemudian jengah produk hasil tanaman…sudah pastilah produk dari tanaman koko yang jadi pilihan, kali ini keluaran tempatan..Tak pernah lihat pun jenama Hoko ni di Pasaraya, tentunya masalah kos..ialah untuk meletakkan produk disesebuah pasaraya memakan belanja yang tinggi regardless barangan yang diletakkan itu terjual atau tidak...Sekurang-kurangnya MAHA ini memperkenalkan produk tempatan seperti ini... ….beli serbuk minuman koko: HOKO, rasa dia lagi sedap dari MILO…hmm balik tu terus bancuh….. sedapnya…sayangnya tak sempat nak beli chocolate… Niat nak beli b4 balik..terlupa….tak de rezeki…..

1 tghari…Sempat menikmati mee canglung yang dikatakan dari Negeri Pahang...macam mee sup juga tapi bebola dagingnya banyak...boleh tahan la...


Kakak, kita balik sekarang yer….Shifa' tak nak miss cerita bawang putih, bawang merah hari nih……

Tak puas lagi sebenarnya, tapi tak apalah.....

Saturday, November 25, 2006

+susah hati+

Niat nak g jogging awal pagi nih....
Masuk 2 bulan tak jog.....bdn dah rasa tak sdap....

Dah bersiap pun.....
Kakak...keluar dgn mama la...mama ada apointment doktor pg ni kul 9
A ah la..mama ada appointment kul 9.. no problem apa salahnya.....

8 lebih..
Msg2 dah siap....hmm lepas hantar mama nak terus g jog la...
Pusat Rawatan tuh dekat sgt dgn Taman Tasik Cempaka tuh...


Sampai kat Pusat Rawatan...tiba-tiba mama tahan pesan suruh tunggu mama...
Kesian mama...mama mesti risau....
Mana lagi penting mama atau g jog???

Teman mama.... sebelum nama mama dipanggil..mama pesan masuk teman dia jumpa dr sekali...

Eh muka sama la...

Ish Dr nih...anak dgn mak muka mestila lebih kurang...

Dr tanya sedikit sebanyak dan mula beri nasihat....

Bila tidak ada kestabilan dan keseimbangan pd usia sebegini (mama dah 51, but she looks younger hehehehe) kena selalu buat pemeriksaan, kerana ada 3 kemungkinan yang boleh berlaku...

1. Mungkin tiada apa-apa (Alhamdulillah)

2. Mungkin kerana Kanser Rahim....
Kanser rahim itu ada berbagai jenis, di antaranya kanser 'badan' rahim (corpus uteri/endometrial cancer) & kanser pangkal rahim (cervix utericancer). Selain, itu ada juga kanser indung telur (ovarian cancer).

Yang boleh meningkatkan risiko kanser 'badan' rahim itu dimulai dari kegemukan, kelebihan hormon estrogen, & keturunan, juga pada perempuanyang tidak mempunyai anak/ tidak kahwin.

Sedangkan kanser pangkal rahim boleh dikatakan disebabkan oleh infeksi HPV (human papiloma virus) yang merupakan penyakit menular seksual. Risiko kanser pangkal rahim meningkat pada perokok aktif/pasif. Untuk perempuan usia muda, yang harus diwaspadai adalah kanser pangkal rahim yang boleh menyerang pada usia 20-an.

Ciri-ciri kanser 'badan' rahim itu adalah perdarahan dari jalan lahir yang tidak normal. Itu sebabnya, selalu sarankan untuk mencatat dengan baik putaran haid, mulai dari jarak antara haid, lamanya & banyaknya. Ini memudahkan untuk menentukan usia kehamilan, juga ketika ada hal yang tidak normal yang mengarah pada suatu penyakit.

Soalnya, banyak perempuan menganggap setiap perdarahan yang keluar dari jalan lahir sebagai haid, padahal belum tentu.Sedangkan untuk kanser pangkal rahim, seringkali tanpa gejala, biasanya ditemukan dari pemeriksaan rutin. Jika ada gejala, boleh dalam bentukperdarahan sewaktu/sesudah hubungan seks, bau busuk dari jalan lahir, atau sakit pada punggung. Tapi, biasanya gejala baru muncul setelah penyakitnya parah.


3. Mungkin kerana Kanser Pangkal Rahim
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.
Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.
Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
i.Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
ii.Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
iii.Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
iv.Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.
Muka mama dah risau.... Saya lagi risau..Dr nih asyik tenung muka saya dari tadi...hmmm mungkin dia perasan yg saya pernah pergi talk dia satu ketika dulu....

Dan ada 3 perkara yang perlu dilakukan untuk menentukannya
1. Scan
2. Pap Smear:Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan?
Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi? Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser.

3. Ambil sample dalam dinding rahim untuk dikenalpasti.....

and i was there with my mom...

benar ini baru ujian dan tidak ada kesahihannya tapi manusia tetap manusia...risau tetap ada...

Keputusan akan keluar dalam 2 minggu lagi..buat sementara waktu mama kena makan ubat....
Muka mama risau...saya tahu......InshaALlah, ALlah akan tetapkan yang terbaik untuk hambanya...lagi-lagi orang baik macam mama....

Sebelum keluar untuk menghadiri kenduri Akmal dan Nani, mama lemparkan senyuman....lega, Moga-moga tiada apa yang buruk bakal berlaku... dan moga-moga mama tak risau lagi.....

Sunday, November 19, 2006

+update+

Pejam celik 2x saya dah cuti akhir tahun dah.....kiranya dah hampir setahun jugalah saya jadi guru...
Wah...tak sangka dah nak lepas setahun...

Hari terakhir sekolah..sempat gak la bersalam-salaman dgn beberapa org guru dan staff kat sekolah..yelah kotla cuti kang jd paper kat saya tak sempat mintak maaf....

Sempat gak la Kak Lela titipkan pesanan teman dia g shopping cuti karang lepas dapat gaji..(Shopping....hmmm, teman org shopping saya suka..shopping untuk sendiri2 tgk keadaan)..Kak Salmiah pula ajak join kelas renang (sebenarnya 4 bln pertama dulu saya ada join kelas renang, dpt sijil dah pun tapi x pandai2 lg), Kak Fatimah pula ajak join kelas jahitan....(hehehe..saya pernah jahit sepasang baju kat u dulu..buat masa ni itulah baju pertama dan terakhir yang pernah saya jahit) Ainain pula ajak skating kat pyramid (hmmm, bunyinya menarik tapi saya tak pandai langsung...tergolek terlentang kat situ kan ke susah) Ina plak ajak g jalan Tanjung Malim (ke perak lagi?)

Apapun..Alhamdulillah kehadiran saya diterima di sekolah tersebut.....Alhamdulillah juga mereka semua baik2 belaka.Memandangkan saya anak sulung, berada kat sekolah tuh merasa gak dapat kakak ramai.....abang?? pelik pula la rasanya nak panggil cikgu2 lelaki ni abang, apatah lagi yang ada pun berapa kerat jer....

Apa nak buat cuti sekolah ni yer...
hmm, hari nih je baru balik dari walimatulurus Naemah ngn Shahir.... jd pengapit...
tak pernah lg jd pengapit nih...memula tuh, mak uda bising kata pengapit nih lambat kawin, nanti jd anak dara tua la.... iyer ke? tp sian kat naem...dia siap sanggup belikan baju lagi.....lgpun jodoh ajal maut kan di tgn ALlah...

Bestnyer jadi pengapit nih dapat makan kat meja hidangan pengantin... (",) lepas tu mestilah gambar kita ada dlm kebanyakan gambar betul tak..hmmm kalau berkesempatan nanti saya download kan gambar kat cni...

tapi inilah kali pertama dan terakhir saya jd pengapit..tak mau dah lps ni...... Naem,U should be thankful n proud to have me as ur best women....

Nak buat apa yer lepas nih....

Mardi ada buat EXPO MAHA 2006 (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show)..ok gak
Majlis pertunangan Reen
Walimatulurus Nani @ Ampang, Akmaluddin @ Desa Pinggiran Putra, Capt.Yana @ Sg. Petani, Walimatulurus Mila @ Kelantan, Shue @ sebelah rumah, Yati n Pian.....

Alamk dah nak akhir tahunla..kena settlekan akaun PIBG dan prepare statement plak...hmmm merasa ke cuti nih.....

Friday, November 17, 2006

be THANKFUL

The journey starts here in Hebron
The children starting their day going to school 2 b faced with a checkpoint
The soldiers prevent them from passing and give them orders to go home

The children try to challenge the soldiers and pass the checkpoint
even younger ones try but in vain


the boys try a little bit harder they got shot at,


and some arrested


They ended up having classes in the street by the checkpoint

what an amazing spirit

yet in their eyes you see DETERMINATION and DIGNITY

This is what Palestinian children go through everyday !!!!!!!
STOP THE WAR!!!! Enough is enough!!!!!

Ahha..school holiday already..gonna miss my children...hehehe however cant miss my holiday... (",)

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...