k o n v o

Majlis konvokesyen ke 38, Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur
25 Mac 2006

Antara kenangan yg saya x lupa dari konvokesyen di UIA dulu ialah....
ucapan Ratna yg sangat menyentuh hati dan...ini....


Jika org lain framekan gambar mereka memegang ijazah..saya framekan kata-kata ini...
ia terlalu bermakna....

Majlis konvo kali ini berbeza....
ialah sudah tentu tidak di dewan 'grand' macam dulu lagi.......tapi inilah batu asas kepada apa yg bakal kami, malahan apa yg sedang kami lalui.......

Ada yg bertanya kepada saya..kenapa jd guru...minatkah atau kerana ibubapa saya adalah guru (actually k.cuna, beberapa hari b4 kak call, saya mimpi kena marah dgn kak..tak tipu betul!)...malahan ada yg pelik..kenapa tak kerja lebih bagus lagi...ijazah perakaunan?!! (la ni pun still kena perli lagi kat sekolah...)

Dulu saat mula2 jejak kaki ke kursus KPLI ..saya sendiri tidak pasti....tapi saya percaya bila keputusan telah dibuat ia merupakan ketetapan yg telah ditentukan...sebab itu kita kena hati-hati dengan keputusan..secara jujurnya...saya masih rindukan apa yg telah saya pelajari di universiti...debit, credit, economy structure, finance dsb.....pada waktu yang sama saya punya keinginan untuk berbakti....berhubung terus dgn masyarakat..kenapa yer?? entahlah tapi naluri saya kata saya perlu hidup di dunia ini bukan untuk saya sahaja....menjadi guru pernah menjadi impian saya waktu kecil dahulu....mungkin doa saya waktu itu dimakbulkan kini,dan impian saya kini nak jadi guru yang benar2 menyumbang dan tidak leka (doakan saya yer.....)

Alhamdulillah...ujian pertama selama setahun telah saya lepasi. Walau tak secemerlang kak Liza (really Proud of you), ia tak mematahkan semangat saya Inshaallah....Dulu waktu main gamelan untuk konvo Maktab ke 37 (waktu tgh konvo ari tuh rasa nak join jer kumpulan gamelan yg main untuk kami),kami pernah pasang angan2 untuk naik atas pentas terima anugerah sesama..nampak gayanya..impian K.Liza tercapai...TAHNIAH KAKAK...

Oh ya Tahniah juga buat Chiam and Hadi....



Sempat juga jumpa teman-teman lain..K.Monie yg dah kembang hehehe, dan bakal2 ibu lain; K.Yus n K.Zuraidah...rajin juga Rezal yg tidak sertai konvo dtg semata-mata untuk berjumpa teman...sayangnya Pocet, Yusazli, Abg Faiz, K.Zura,K.wan, Thiru dan..tak sertai kami...dan tak nampak pula Puan Joy....Puan kami dah lepasi setahun ini..terima kasih!!!!! Betulla, tak sangka dah habis.....
Pic: My guardian angel: K.Liza n K.Rose dgn Pembuli No 1 saya di Maktab khairi


Tahniah buat semua graduan KPLI maktab perguruan teknik..lepas ni jgn lupa isi borang spp di alamat http://www.spp.jpm.my/ jgn lelambat tau nanti lambat confirm....

'Bila matahari terbenam, seluruh alam menjadi gelap seolah-olah matahari tidak mahu lagi menyinarkan cahayanya ke seluruh alam. Tapi mereka tak tahu bahawa kertiadaan siang makhluk alam akan keluar dan mendapat manfaatnya. Dan tumbuh-tumbuhan juga mengeluarkan oksigen untuk manfaat manusia itu sendiri'
Kata-kata dari Mufti Javed, Novel Sempadan Tiada Seri oleh John Norafizan

T.A.H.N.I.A.H...









Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+