Diary Guru...
Hello..hello..testing..testing..
hahaha..lamanya tak berada di sini... kena test line dulu hahaha...
Alhamdulillah..masih mampu bernafas, berjalan dan menghayati kehidupan yang maha indah ini.....
Selama mana blog ini ditinggalkan..selama itu juga dunia berputar membawa ceritanya..
Di tanah air sendiri isu hangat kenaikan petrol dan kesannya masih diperbincangkan....belum lagi isu suam-suam kuku banjir di shah alam, kabinet baru..isu hampir sejuk keselamatan lebuhraya tanah air dan mungkin juga isu dunia dengan karikatur Junjungan besar Rasulullah S.A.W tak lupa juga tragedi tanah runtuh di Guinsaugun Filipina.....banyak lagila...
Apa pun cerita yg berputar disekeliling kita...kita sebagai insan yg diberi kesempatan untuk bernafas dan peluang untuk menghayati kehidupan perlu meneruskan perjalanan...mungin juga menjadi sebahagian dari agen yang mampu untuk menghalang cerita yg tidak diingini berulang sekali lagi..InsyaALlah. apapun segalanya urusan ALlah...
Cerita dunia bermula dari kisah biasa insan kerdil.....
Cerita saya.....
Bergelumang dengan buku dan jiwa anak2 kecil..menghadapinya rasa lelah, tp bila kembali meneliti dan menganalisa ia jadi menarik....malahan kenangan yang cukup cantik..
Berulang saya peringatkan diri..Dunia tak pernah menjanjikan keindahan.ia bergantung kepada selama mana kita menilai dan menghayati kehidupan itu sendiri.....berhadapan dengan keperitan amat menyakitkan namun ia menyenangkan..
Itulah yang saya rasa setiap hari..berhadapan dengan anak2 itu setiap detik amat memenatkan dan adakalanya mendatangkan rasa kecewa...namun setiap kali bila memandu pulang dari sekolah pada setiap petang, ia jadi sesuatu yang menenangkan dan sebaliknya saya mula belajar dan akur dengan fitrah Ilahi..adakala saya terbayang-bayang wajah saya sendiri bila berhadapan dengan mereka....
saya berhadapan dengan masalah corak pengajaran...
Memandangkan tiada streaming yang dibuat maka tahap perbezaan anak2 ini terlalu jauh..yang terlalu pandai jadi bosan bila saya kerapkali menekankan perkara penting dalam satu2 topik manakala yang tidak dapat membezakan antara 12 dan 21 pula perlu bermula dari bawah sedngkan mereka itu sekelas.. Saya cuba menyediakan dua kertas kerja yang berbeza untuk kumpulan ini...yang mudah untuk kumpulan yang agak lambat dan yang sukar sedikit untuk mereka yang cepat...masalahnya bila kertas terlalu sukar, mereka tetap mencari saya dan pada waktu yang sama cepat pula siapnya ditambah pula rasa ingin tahu kenapa mereka diberikan soalan yang berbeza....
Saya juga adakalanya sukar untuk mengawal kelas, mereka kata saya cikgu yang baik dan tidak garang....tapi bila saya garang mereka boleh tanya pula.."cikgu, kenapa cikgu garang sangat hari ini?"...
Saya menjadi guru kini dengan niat untuk menjadi sebahagian dari hidup orang lain.Saya tidak mahu sendiri..namun dalam kekangan yang ada saya sering rasa terkebelakang dan tak mampu melakukan apa-apa...tapi saya tetap disini dengan harapan agar saya terus diberi kekuatan...Tiada apa yang mampu saya sumbangkan sebagai khalifah dimuka bumi ini...mungkin inilah caranya...
Buat kawan yang sering bertanya adakah saya tertekan dengan apa yang saya buat..InsyaALlah tidak..ini yang telah ALlah tetapkan,mungkin saya rasa perit bila berhadapan dengannya tapi saya percaya keperitan itu ada nikmatnya yang tersendiri.
Moga Allah berkati saya dan guru-guru diluar sana....
Hari ini..baru jer balik dari mesyuarat PIBG, Ahad..kerja kuat 7 hari selama seminggu, dengan harapan cuti penggal nanti dipergunakan sebaiknya untuk berehat....tup-tup kena jadi Bendahari PIBG pula..Moga2 ALlah tambah kekuatam diri saya..Ameen..

Comments