Monday, August 29, 2005

:: KEJUTAN ::


Cuti sekolah berakhir lagi....Perjuangan bermula kembali.
Sepatutnya, hari nih hari pemantauan terakhir dari Guru pembimbing saya....sebaliknya saya dikejutkan dengan berita ketidak hadirannya kerana tumpah darah (guru pembimbing saya pregnant).

Sebelum pulang dari sekolah pula, dikejutkan dengan berita dari G (my x-officemates) tentang kematian anak sulung Azam (x-officemates) yang baru 5 bulan. Benar2 tersentak. Minggu lepas, G ada hubungi saya dan ajak melawat...waktu tu baby tgh tenat...tapi tak kesampaian..

Rasa kesal yang amat sangat. Kalau nak direnung kembali...3,4 bulan lepas, saya dihujani dengan sms tentang ayah eita (one of my best 14) yang tenat...dan kerana "kesibukan", saya tidak berkesempatan bersama eita hinggalah pemergian ayahnya....Hari ini, kesilapan sama berulang lagi....Kesal, sebal dan kecewa dengan sikap diri sendiri.....

If I really wanted to make differences, I would Be sensitive to the losses and dissapointments of others.

Dissapointments and loss are inevitable. Almost every day we encounter someone who is hurting. How we respond to those who are experiencing painful circumstances can make a significant differences in the healing and recovery process. Dr Ira Bycock, an expert on death and dying, gives one critical word of advice to those responding to the suffering of others."Just show up," he urges. (But,i didnt show up....Bad me!!)

Even when you dont know what to say, you can "be there".Just ur physical presence says, " I care about you and what ur going through." Resist the urge to suggest a quick fix or predict that things willlook brighter tomorrow. Don't try to downplay the pain, deny it or explainit. Instead be agood listener and strong shoulder. ( am I the good listener ?!!). see them through. Selflessly lifting up another person is God's truest work.
(Refer to If I really wanted to make a differences I would.....page 77)

selain itu, sedar atau tidak Ummat Nabi Muhammad s.a.w memperolehi tujuh nikmat di dalam:
1. solat 5 waktu bersama imam
2. Menghadiri majlis ilmu dgn iringan doa malaikat yang sering memohon keampunan dan rahmat.
3.Melawat orang sakit dngan ganjaran pahala yang hebat.
4. Mengiringi jenazah ke kubur.
5. Memberi minuman kepada orang yang dahaga
6. Mendamaikan 2 org yang berselisih
7. Memuliakan jiran dan anak yatim.
(refer majalah anis keluaran Ogos 2005, page73)

Azam and wife:
Takziah diucapkan. Maaf kerana tidak berkesempatan melawat.B strong k..setiap sesuatu ada hikmahnya.
Eita:
Proud with u. Who knows deep inside ur heart. Ur such a strong girl.
Che' Rodz:
Keep on struggling n fighting..this is life..
Me myself...
Try to be a good friend..


~ sometimes "taking care" is just about "being there" ~

Friday, August 26, 2005

erti hidup

ERTI HIDUP-Dayang Nurfaizah-

Angin kau membawa bahtera ku
ke mana mahumu...

Di kamar daku sering bertanya
Mana tempat ku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera
Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera
Ingin ku (kini ku) mengenali
Erti hidup yang diberi

Dunia jadi saksi liku-liku kan kuharungi
Tiada lagi kan ku di situ
Menyaksi kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku
Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri
Angin kau membawa bahtera ku ke mana mahuku...

Kini ku berani mengemudi,
kemana ku pergi
Bagai guruh menggegar bumi,
aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati

.........

Lama tak jengok blog. Kesan calar kucing yang tak mencakar hari tuh masih dalam..ditambah pula beberapa peristiwa yang amat mengelirukan. Namun reunion 14 sedikit sebanyak mengurangkan ketegangan...

Malam 25: 12 pasang mata yang kian dewasa. Akur dalam tawa setiap mereka ada duka yang tersimpan...Ada dilema dan ada keputusan yang perlu dibuat...


Perit dan pedih kita berbeza..
Tak sama rasa tapi ia nyata..
cuma..
diri yang mengerti....
Ketakutan menghadapi hakikat realiti...
Dalam kekuatan..aku ada kelesuan...

Mencari kekuatan diri menghadapi kenyataan.....membuat pilihan...


My Dear Sara: Happy 25th BirThdaY!!!
Che' Raudz: don't repeat d same mistake..b strong k..
K. Liza Jusuh: Percaya Rezeki Allah..
Eina: Doakan saya....

Thursday, August 18, 2005

T R A G E D I

hari penentuan...
bagi guru praktikal, inilah waktu menggerunkan..bila 2 orang hamba Allah dok perati dan menilai.........bila markah bakal dicatit....

namun bagi saya ia jadi tragedi....
dengan suara yang mengalahkan Ramli Sarip dan kdg2 tenggelam timbul..gagahkan juga untuk dipantau.........
Entah dari mana,datang pulak seekor kucing putih ni melawat waktu saya mengajar..
cepat2 saya ambil dan campak keluar..

Tapi..tak lama lepas tuh 3-4 org students saya menjerit sampai naik atas kerusi..(lecturer and my guru pembimbing kat belakang tuh..) Datanglak kucing hitam nih..dgn suara Ramli Sarip yang tenggelam timbul tuh sapa nak dengar cakap saya..maka hingaqlah kelas.............

Kucing nih pun satu...kelas tuh ada 4 pintu, tapi dia dok buat 5 pusingan dan lawat tiap penjuru..........so..students dah hilang fokus dan masa pun berlalu

~ Rasa kecewa dan sedih Tuhan saja yang tahu..... ~

Thursday, August 11, 2005

** Bad AIR Day **

Sampai di pintu pagar sekolah dah nampak muka guru besar........(Mujur hari nih kereta dah baik: kalau tidak makan asap bas + jerebu mcm semalam)
oh sekolah cuti rupanyer.....iyalah jerebu memang buruk skrg nih...menyakitkan kepala
Tapi...cikgu2 tak boleh balik lagi....so..memerap dalam bilik guru tengok berita....
"Sekolah sekitar selangor cuti besok..."
" Malaysia tidak akan mengadakan konflik dengan Indonesia berkaitan masalah jerebu bagi memelihara perhubungan serantau"
"Malaysia sanggup membantu Indonesia berkaitan masalah Jerebu"
Sekitar perbincangan guru-guru disekolah:
"API dah lebih 500 kat Klang, dahsyat yer"
" Anak I kat Shah Alam dah call minta jemput balik"
"Indonesia nih suka ler..iyalah jerebu yg dulu tuh,PBB turun, kita turun tolong padam api.."
Ish bila boleh balik nih....lastly, GB bagi balik kul 3 ptg....sakit kepala memandu dalam jerebu nih..
Jerebu?!!?Kenapa yer?
Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca-punca jerebu
* Pembakaran secara terbuka
* Asap daripada kilang
* Asap daripada kenderaan.

Indeks pencemaran udara (IPU)
IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.
IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:
Nilai IPU Status
0 - 50 - Baik
51- 100 - Sederhana
101- 200 - Tidak sihat
201- 300 - Sangat tidak sihat
301- 500 - Berbahaya

maka perlulah mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.
Jerebu mengancam kesihatan andaKeadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:
* Kanak-kanak
* Orang tua
* Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan
* Perokok
* Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Tanda dan gejala kesan jerebu terhadap kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
* Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
* Sukar bernafas atau sesak nafas
* Mata pedih dan berair
* Hidung berair dan kerap bersin
* Kulit badan terasa gatal-gatal
* Sakit-sakit dada

Sebagai pencegahan penyakit akibat jerebu. Ikuti nasihat berikut:
* Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk
* Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan
* Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi
* Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah
* Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah
* Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih
* Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya
* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak
* Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)
* Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
- Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan
so to my dear friends, take care..

Monday, August 08, 2005

~ c i n t a ~

Menghadiri majlis penyatuan cinta seorang teman lama
Azlina Azmir dan Mohd Fakhzan di Shah Alam…..
Wah serba biru temanya kali ini…………air minumnya pun biru juga...


Cinta itu universal, maka tak salah rasanya untuk kita terus membicarakannya….
Abdullah Nasih Ulwan telah menyenaraikan cinta kepada 3 kategori utama:

Cinta agung: Cinta yang meletakkan Allah dan RAsul lebih dari segalanya.
Cinta Pertengahan: Mencintai kerana akidah
Cinta Hina: Cinta berlandaskan tuntutan nafsu

Agungkah cinta hingga Qais sanggup berkorban untuk Laila manakala Romeo minum racun, usah lupa cinta agung Saidina Abu Bakar menahan diri dari kesakitan dipatuk ular agar Rasulullah tidak terganggu lenanya, Cinta Rasul untuk ummatnya hingga membawa ungkapan ummati3x diakhir hayatnya dan mungkin juga cinta Rasul junjungan pada Isterinya Saiditina Khadijah yang membawa pada cemburu Si Aishah.

Nyata sekali agungnya cinta kerana agungnya pencipta cinta. Namun sesuatu yang indah tidak akan dicipta untuk mudah dinikmati dan disenangi….Cinta juga mampu membawa manusia keliru mentafsirkan laluan hidupnya malahan cinta juga bukan sesuatu yang mudah untuk diurus…dan itulah sebahagian dari ujian cinta yang Allah berikan buat hambanya.

Buat mereka yg baru melabuhkan bahtera cinta Azlina dan Fakhzan, my cousin yang bakal berkahwin 20hb ini moga cinta kalian terus mekar dan buat Fadhlina..Happy Belated Anniversary: Uruslah cinta anda sebaiknya, moga mereka yang sedang bercinta berhati-hati mentafsir cinta dan bagi yang sedang mencari cinta tak perlulah masuk TV3…kenangilah cinta agungnya sentiasa kerana dia tahu yang terbaik buat hambanya………

Buat teman yang sering bertanya tentang cinta dan perkahwinan pada saya, saya sertakan apa yang tertera dalam sebuah buku tulisan Harun Yahya:

Marriage is acceptable in the presence of Allah. It is not based on money, fame or beauty. But, it intended to gain Allah's pleasure. The only criterion is taqwa; the avoidance of all that is prohibited, the fulfillment of all that is commanded and the fear of Allah. Taqwa being the sole bond…………….. Love that tightens by the precious sole bond…

SeLamaT BerCintA…..

Saturday, August 06, 2005

SaBtu dan ReJab

2 hari lepas, saya diperingatkan oleh seorang teman dan mama tersayang berkaitan kehadiran Rejab....peringatan kalian amat dihargai......
Arwah nenek dulu sgt gembira dengan kehadiran Rejab...disitulah bermulanya pesta ibadah buatnya... dia tak pernah lupa puasa 3 bulan penuh(Rejab, Syaaban dan Ramadhan)

Buat saya..latihan ibadah sebegitu semakin kurang saya lakukan semenjak menamatkan universiti..Anehkan??? tidak cukupkah apa yg dipelajari di institusi islam yg agak terkenal itu.....
hah..usah salahkan lantai andai tidak pandai menari...usah salahkan institusi andai diri tidak pandai menghargai dan mengaplikasi.......


Saya sering memandang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan sebagai latihan untuk mengubah diri...Berubah kerana dia...kerana aku??!!
(refer:: kerana dia..kerana aku:
www.abdeellah.blogspot.com), adakalanya kita memerlukan dorongan luar untuk berubah..mungkin kerana Dia, mungkin juga dia...namun kita tak mampu mengukur tahap mana yang perlu diubah jika tiada dia mahupun Dia..Mampukah kita terus menanti sehingga diri benar-benar bersedia...dan akhirnya penantian itu melewati batas waktu yang sepatutnya..Adakalanya pahit untuk diterima tapi bukankah pahit itu ubat....apapun nyatanya, kita harus terus berubah ke arah yang lebih baik...Berubah kerana dia atau aku... sudah pastinya perubahan itu untuk DIA...

dan mungkin 3 bulan islam ini umpama satu permulaan sessi latihan LPKN untuk terus memperbaiki diri sekaligus cuba meninggalkan apa yang sepatutnya......


Buat Fadhlina (yang mengadu namanya sering ditinggalkan) terima kasih atas peringatan tuh.....
Buat Sara..ini hanya pandangan saya..mungkin situasi yg berbeza membawa kpd pendapat tersebut
Buat teman lain:

Rasulullullah pernah bersabda:
"Ketika mlm dimikrajkan, aku melihat sungai yang manis sprt madu dan lebih dingin dari ais dan lebih wangi dari kasturi. Maka aku bertanya: "Wahai Jibrail untuk siapa ini semua?" Jibrail menjawab:"untuk mereka yang berselawat padamu pada bulan rejab" Nabi S.A.W bersabda:" Taubatlah kalian kepada ALlah,mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah perbuatan maksiat pada bulan Haram iaitu Rejab"
:.: SeLamAt BerJuanG Ke Arah yang lebih baik bUaT TeMan Dan Diri...:.:


PeNaWaR

Pernah mengalami keadaan dimana anda berada ditgh2 jalan raya dan kereta tidak dapat dihidupkan..........
Apakah perasaannya????
Ayat biasa yang sering diutarakan..pemandu perempuan begitulah...
Maaf ye bang...b4 kuar saya dah check air, minyak enjin baru tukar..kipas pusing.....
dan..bermulalah rasa yang tidak selesa sepanjang hari....sakit hati
di SekoLah:
Mengembalikan kertas peperiksaan budak2...
"how many legs does 6 chickens have?"
"Teacher...chicken has 4 leg la......the answer should be 24"
Bertegang leher dgn ank murid pasal ayam..cian my dear students tak nah tengok ayam hidup....murid-murid...ayam kakinya empat....
sekurang-kurangnya mereka buat saya lupa tentang kereta...thanks sayang....


Balik SeKoLaH:
Lama betul tak naik bas....mengembalikan nostalgia betul...
mahal betul tambang sekarang nih yer...maybe sebab minyak dah naik..
Hari ini saya pulang membawa sebtg pen dari Ashwa..
"This is for what?"
"I just want to give teacher something....."
Sekali lagi saya lupa rasa tidak selesa dalam bas yang sedang berlumba....
::SetIap Ubat Pasti Ada PenaWar::

Tuesday, August 02, 2005

TaK BEsT!


7:30 pagi:
Awal-awal lagi enjin kereta dah dipanaskan...
Banyak yang perlu diselesaikan hari ini....
(Insurans Kereta, Road Tax, saman and bil air....Kul 12 pula ada meeting di sekolah)
Jem macam biasa........
Leganyer..dah bayar saman..Insurans and road tax pun settle..tinggal bil air.
Park kereta depan Czip Lee. Beringat sebelum kena...jangan lupa bayar tiket k.
Sajer park jauh sikit..exercise..jalan kaki ke Post office and settlekan bil.
On the way ke kereta. Sempat capai 2 majalah...ANIS and JELItA.
10.30 pagi:
Sampai di kereta...Huh..Kertas hijau nih lagi..SAMAN Lagi!!! PAk Cik ......lambat 15
minit jer.....okla..16 minit...ini serupa macam saya tak bayar duit tiket nih.....
Cakap sorang rupanyer...Pegawai Penguatkuasa tak der pun....
Dengan hati mendidih dan amarah sampai nak nangis patah balik ke MPKj.....

Ya ALlah ramainyer orang..sampai ptg pun tak dapat turn lagi nih..

Kereta pusing ke Kompleks Hentian Kajang Jln Reko..kononnyer ada pejabat cawangan kat saner...naik tingkat 3..turun tingkat 1 balik...ish...sabar separuh iman la cikgu.......
11.00 pagi:
at last jumpa gak...lah 5 org jer....bagus !!! lagi cepat settle...
"Naper tak bayar saman dik"
"Saya bayar pakcik...lambat 16 minit jer"
" nih..boleh merayu kat tingkat 3..minta kurang nih..."
Huh!!!!
"Tapi..pakcik dah tekan nih..tak leh le..patutnyer tadi lagi..."
HaAA....
Pengajarannyer: Masa itu berharga...16 minit harganya RM30...(waaaa..boleh beli buku Sydney Sheldon yang baru )..banyakkanlah bersabar dalam mengharungi hidup nih......isk..isk
Tak bestnyer hari nih...

Monday, August 01, 2005

KosoNg



Jalan-jalan kedai buku....sempat juga memerhatikan anak muda yang cuba untuk menghilangkan kebosanan...macam saya juga..............

Lama tak merayau ke bandar Kajang..walaupun sekolah tempat mengajar benar2 di tengah-tengahnya...Parkson Ria dah bertukar Parkson Grand, Nandos yang prnh ada sudah tiada lagi..Kyros Kebab kegemaran saya dan kedai buku yang tak pernah saya lupa untuk singgah walau keluar dari situ dngn tangan kosong masih sama.......

Mungkin tak besar macam Kinokuniya yang dilawati ketika berada di U dulu, tapi rasa senang berada disini tak pernah luput....

latest buku Sidney Sheldon: Are you afraid of the dark sudah muncul....RM30++..beli tak??beli??tak??
My fav writer..lagipun jadi guru harus banyak membaca...tambah ilmu..tapi ini masih tak masuk budget..

Kajian yang telah dijalankan mendakwa bahawa masyarakat negara membangun seperti Malaysia hanya membaca 80 muka surat dalam setahun (UNESCO Report, on mass communication. 1967 - a report on the production and distribution of books in the Asian Region). Manakala 'MalayMail' telah melaporkan pada tahun 1993 bahawa masyarakat Malaysia purata membaca hanyalah setengah muka dalam setahun. Namun penemuan ini masih lagi diragui...dan sekarang sudah 2005..masih begitukah lagi???

Membaca jambatan ilmu..Membaca tuntutan agama..semak sahaja Al -Quran dan kalimah Iqra'sudah tak asing lagi....tapi bergantung pada bahan bacaan yang dipilih..hmm apakah bahan bacaan ini tepat....

mungkin tepat..lihat sahaja penulisnya dan malahan plot cerita dan tema yang seringkali mengajar erti perjuangan...dan adakalanya dendam..tepatkah itu...belum dikira lagi perkara yang diluar adat dan budaya ketimuran yang sering diutarakan....

Tapi...itu semua bergantung pada diri...menilai dan mengambil pengajaran, sekaligus membuat perbandingn. maka, untuk membuat perbandingan bacaan perlu menyeluruh.....dari segenap tema dan bahan...

Sayangnya ..duit master semester lepas masih belum dibayar, mama dah pesan suruh bayar duit insurans kereta, hidupkan road tax yg bakal mati dan duit saman yang tertangguh......
Oh ya..harga minyak pula semakin naik..keputusan harus bijak....

sekali lagi kedai buku itu saya tinggalkan dengan tangan kosong lagi...dan bayangan buku itu terus menghantui hingga ke malam ini... harap-harap saya tidak dihantui kegelapan....

Terima kasih kerana membaca.......... (",)

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...