Wednesday, September 22, 2021

Kembara Rohani yang baru.. .

 Bismillah..

Segalanya bermula bila ibu tegur tahap keseriusan Muhaimin belajar Al Quran, kesungguhan dan ketekunan ketika belajar...

.

Muhaimin tanya ibu " ibu dah hafaz satu Al Quran?"

Ibu tersentak... Ibu jawab ibu berusaha dan belum hafaz... 

Muhaimin kata " Abang juga berusaha ibu.."

ALlahu...

Dalam waktu terdekat, bahan bacaan ibu ketika itu " The Crowning Venture", kisah wanita-wanita penghafaz Al Quran.. Allahu

Di tambah dengan taklim yg ayah mulakan dengan tajuk-tajuk Fadilat Al Quran.. 



ALlah susun cantik.. Pagi2 pula ibu dengar mihrab Al Quran dari ustazah Norhafizah hinggalah ke promosi Program Rakyat Malaysia Menghafaz Al Quran. 



Semuanya umpama motivasi dan lorongan untuk ibu.. 

ALlahuakbar, ibu bertatih dan tidak tahu akan sampai atau tidak..

Tapi seperti kisah burung pipit yang cuba memadam api yang membakar Nabi ALlah Ibrahim dengan air yang di kumpul dalam paruh yang kecil.. Itulah ibu.. Ibu berniat mahu jadi seperti pipit.... Ibu cuba.. Inshaallah... 

 Ibu simpan sini gambar kelas pertama ibu... Alhamdulillah sebulan untuk 1 surah  Al Qaf 45 ayat yang penuh ibrah... 

Mashaallah, sahabat Al Quran ibu, mereka yang sangat bermotivasi, melihat mereka jauh berusia namun sangat bersemangat menghafaz, buat ibu mahu meneruskan hingga kehujungnya... 

Baru ibu faham, semangat itu kadang teguh kadang kendur, kadang naik dan kadang turun... Istiqamah itu adalah perjuangan tanpa henti... 


.

Kita usaha Sama-sama wahai anak-anak, Abdul Muhaimin, Nuha Salsabila dan Abdul Mateen... Ibu tidak pasti sama ada sempat untuk menamatkannya atau tidak... Namun hasrat di hati, biar lah ibu dapat meletakkannya dalam diri ❤️ ibu sebelum nyawa ibu diambil pergi... Mungkin 5 tahun lagi, atau mungkin 10 tahun lagi... 

Andai kesempatan tidak juga kunjung tiba..... Teruskan lah usaha wahai anak-anak yang ibu sayangi... Moga doa ibu berkekalan makbulnya biar pun jasad dimamah nanti... 

Bismillah ya ALlah


Moga ia menyatukan kita dalam syurga istimewa tempat mereka yang berusaha... 

.

Terima kasih Abdul Muhaimin, untuk satu pertanyaan yang membawa kepada sebuah kembara Rohani yang baru ❤️ Moga kita semua berjaya... 


Wednesday, August 18, 2021

MIHRAB AL QURAN 61: BERUBAH KERANA ALLAH

 

MIHRAB AL QURAN 61: BERUBAH KERANA ALLAH

DATUK DR USTAZAH NORHAFIZAH MUSA

 

Kita mahu sama menghayati hijrah Rasulullah SAW. Hijrah yang berlaku dlm bentuk keseluruhan, soal pengorbanan dan niat dan eleman lain dlm hijrah Rasulullah.

Kita mahu hijrah sangat bermakna dlm hidup kita. Hijrah kita kerana Allah, kerana mahukan kedudukan disisi Allah. Kadang nafsu kita mengejar kedudukan disisi manusia, jgn risau kedudukan disisi manusia, biar Allah menetukan takdir manusia suka atau tidak. Yg penting di mana kita disisi Allah. Kita ini semakin menjarak dengan manusia, semakin mendekat dengan Allah, yg kita fikir ini akan tinggalkan. Apa yg berlaku dlm kedudukan disisi Allah?

 

Kita mahu melangkah kedudukan kita disisi Allah. Perubahan kita kerana Allah. Berlarilah kamu, bersegeralah kamu menuju Allah. Zahir dan batin, jgn zahir sahaja sekalikan batin.

 

Ayat-ayat hijrah Rasulullah SAW dengan para sahabat

Al Imran: 195

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki maupun perempuan, (karena) sebagian kamu adalah (keturunan) dari sebagian yang lain. Maka orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapus kesalahan mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sebagai pahala dari Allah. Dan di sisi Allah ada pahala yang baik.”

Ayat2 sebelumnya adalah doa-doa dari ayat 192 dan Allah menjawab doa tersebut pada ayat 195.  Allah memperkenankan permohona mereka, dalam ayat selanjutnya Aku tidak akan mensia-siakan amalan dr kalangan kamu, perpindahan dr kata ganti nama ketiga kpd kata ganti nama kedua. Allah berckp langsung dgn golongan ini. Gambaran penghormatan, satu kemuliaan. Allah seolah bercakap dgn kita secara langsung biarpun dasarnya ayat ini untuk orang berhijrah

 

Literalnya, siapa yg berhijrah dan kemudian dlm hijrahnya berlaku perkara yg menyakitinya, tidak selesa pd fizikal, emosi atau apa sahaja keperitan yg ditanggung kerana hijrah kepada Allah. Allah berikan ganjaran dan jaminan, ALLah akan hapuskan kesalahan dan kesilapannya. Sekali bila kita letakkan tekad kita untuk berubah, dan terlalu bnyk perubahan dan banyak perkara yg perlu untuk kita berubah, lihat pada malam kita, hati kita, keluarga kita, lisan kita, pemikiran kita dengan tekad kerana Allah, Allah jamin dipadamkan kesalahan dan keampunan kepada Allah SuhanaALlah Taala.

Sebelum Allah sebut tentang syurga yg akan diberi kepd org berhijrah, pulangan pahala dan nikmat pada mereka yg mahu berhijrah, ALLah selesaikan benda-benda busuk yg ada dlm diri. Allah ampunkan dosa-dosa mereka yg mahu berhijrah. Allah padamkan kesalahan-kesalahan kita. Keindahan yg patut kita syukuri.

Demikianlah  ganjaran mereka yg menghadapi cabaran dan keperitan dalam diri untuk melalui perjuangan hijrah. Lumrah sunnatullah bila kita buat sesuatu kerana Allah, cabaran itu besar. Dan vabaran dan keperitan dan lebih pahit apabila cabaran itu dtg daripada mereka yang terdekat dan rapat dengan kita. Begitu juga apay g berlaku kepada Rasulullah SAW, pedihnya ujian hijrah apabila dipulau orang terdekat.

Dan kemudian diikuti janji Allah memasukkan org2 berhijrah kedalam syurga yg dibawahnya mengalir sungai2.

 

Kenapa Allah sebut pengampunan kemudian baru ganjaran. Syurga tidak dimasuki kecuali org yg baik2 yg bersih dan suci. Ada org Allah bersihkan siap-siap di dunia, perjalannya kelak lancer sahaja, bersihkan dengan hijrah ujian. Ada org dibersihkan dengan celup dlm neraka. Dibersihkan sehingga habis dosa-dosa kesalahan, lalu baru dimasukkan ke dalam syurga.

Inilah jaminan Allah SWT kepada mereka yang berhijrah kerananya.

 

Satu hikmah besar dlm perjalanan Hijrah Rasulullah SAW. Beliau tidak melakukan hijrahnya sendirian, Nabi Allah yang maksum ini, yang maksum dan terpilih ini tidak melakukan hijrah itu berseorangan. Walhal boleh sahaja kalua Allah nak menetapkan Rasulullah SAW berhijrah sendirian di bawah perlindungan ALLah. Dalam keadaan diliputi perlindungan ALLah, namun dgn asbab dan elemen2 lain,

1.      Sokongan dokongan dan Kerjasama sahabat Rasulullah SAW. Kita tidak akan terdaya berubah sendirian, tidak mahu menjalin habluminannas. Berubah perlu lihat signifikannya dalam penghijrahan seseorang. Jgn fikir guru tidak perlu dlm perubahan diri, saya perlukan restu mak ayah saya, saya perlukan sahabat yg mendokong diri saya. Jangan berhijrah sorang2 dan menghadapi kemelut dgn org yg terdekat. Benar di tengh2 ada sahabat akidah kita “ jangan takut ALLah ada”, Namun jgn lupa tentang asbab. Rasulullah SAW mengambil asbab dalam peristiwa hijrah, sebagaimana Rasulullah SAW mengambil petunjuk jalan yg mahir dengan jalan ke Madinah, walaupun bukan seorng muslim.  Lihat juga persahabatan Rasulullah SAW dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali. Maka, bila mahu berubah, tolonglah bertegur sapa, bersahabatlah. Ada penghargaan pada sahabat-sahabat yg hadir dlm hidup kita.

 

Peristiwa Hijrah, bila Rasulullah SAW dtg menemui Saidina Abu Bakar saat panas terik, masuk menemui Saidina Abu Bakar dan meminta agar orang lain keluar. Saidina Abu Bakar menjawab “ Mereka ini saudaramu” Saidina Abu Bakar seorg sahabat yg akan mengikut sahaja arahan Nabi  sepertimana Saidina Abu Bakar menangis saat Rasulullah SAW menangis apabila melihat daging dibakar dlm kisah yg lain tanpa bertanya..tapi pada hari tersebut Saidina Abu Bakar telah menyiapkan keluarganya untuk menjadi pendokong agama Allah, sehingga meminta mereka duduk. Terbukti apabila Asma’ Abu Bakar Siddiq ditampar oleh Abu Jahal stelah menjawab “ Aku tidak tahu” Ketika ditanya tentang Rasulullah sehingga dikatakan berdarah. Apabila Rasulullah SAW menyatakan tentang arahan berhijrah dan Saidina Abu Bakar As Siddiq menerima tanpa bertangguh dengan rasa yakin kepada Allah.

 

 

Tuesday, August 17, 2021

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

 

MIHRAB AL QURAN 58

DATUK DR USTAZAH NORHAFIZAH MUSA

NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

MUKA SURAT 281: AYAT 120-124 SURAH ANNAHL

 

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Rabb), (QS. 16:120)

(lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus. (QS. 16:121)

Dan Kami berikan kepadanya kebaikan di dunia. Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang shalih. (QS. 16:122)

Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): ‘Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif,’ dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Rabb.                       (QS. 16:123)” (an-Nahl: 120-123)

 

Sebelum ini kita telah membicarakan tentang sosok Nabi Allah Ibrahim yang disebut Allah sebagai ummah, 9 kriteria telah kita bincangkan membayangkan hebatnya Nabi Allah Ibrahim.

Kriteria hebat yg ada pada Nabi Allah Ibrahim yg hanif: tauhid yang lurus dan bukanlah seorg yg mensyirikkan Allah SWT serta kemahsyurannya yang disebut hingga akhir zman kini, lihat shj selawat Ibrahimiyyah.

Namun harus ingt, kemahsyuran Nabi Allah Ibrahim, tidak pernah syirik dengan Allah. Kerana kebiasannya bila dtgnya Kemahsyurannya, dtgnya keinginan-keinginan dan penyakit hati yg menyebabkan tergelincirnya kita  daripa da benar kepada tauhid kepada Allah.

 

Hadith Rasulullah

Sesungguhnya perkara yg paling aku taku berlaku pd umat ku menyukutukan Allah ialah mensyirikkan ALLah. Dan aku tidak mengatakan mereka itu mensyirikkan ALLah dgn menyembah Matahari, bulan atau berhala, tetapi aku paling takut umatku melakukan amalan2 yang bukan kerana ALLah tetapikrn keinginan nafsu yg tersembunyi.

Perhatikan lah apabila kita melakukan sesuatu amal, lihat sahaja bgaimana nabi Allah Ibrahim menjaga ketauhidannya memohon agar menjadi sebutan yg baik. Kita jgn pula mengharap menjadi sebutan yg baik tetapi dengan nafsu yg buas.

 

Kisah pertemuan Sheikh Fathi Yakan yg bertemu dgn pendakwah ternama yg masih muda.

Pendakwah: Aku tidak menafikan, yg aku mencari kedudukan kerana bukankah islam tidak melarang yg sedemikian, Semua org dlm dakwah ini mecari sesuatu.Apakah anda tidak mecari sesuatu.

 

Sheikh Fathi Yakin Saya mohon maaf. Saya tidak memahami islam sprit itu. Kita hendaklah membebaskan diri drpd mencari kepentingan diri. Dan mengingkari diri kita dr mencari kedudukan dan kpntingn diri.  Apabila kita berhadapan dgn matlamat2 islam yg sngt tinggi kerana tingginya matlamat islam dan  tingginya risalah tauhid yg di bwa dan rendahnya soal kepentingan diri. Saya x memahami islam dan Gerakan dakwah untuk disekalikan dengan kepentingan diri.

Kalaupun saya ingin mencari sesuatu. Apa yg saya mahukan ialah kejayaan menegakkan kalimah2 ALLah

 

Pendakwah: Apakah yg menghalang kita drpd mendapat 2 kepentingan serentak

 

Sheikh Fathi Yakin Persoalan itu membawa kepada kisah Arab Badwi yg dtg kepada Rasulullah SAW. Berkta  Aku tekad melakukan sesuatu hanya kerana Allah dan aku  mahu Allah lah yg melihat kedudukan aku. Turun ayat Surah ALkahfi 110

 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

 

Demikian juga Ubadah Ibnu Somid

Apa pendpt kamu seorg lelaki yang solat  dgn tujuan semata-mata kerana Allah, tetapi dia senag apabila dia dipuji

Dia seorg lelaki yang bersedekah  semata-mata kerana Allah, tetapi dia senang apabila dia dipuji

Dia seorg lelaki yang mengerjakan haji   semata-mata kerana Allah, tetapi dia  sangat  senang apabila dia dipuji manusia

Dia tidak mendapat apa- apa

 Aku adalah sebaik-baik rakan kongsi, siapayg mempunyai ahli kongsi lain selain aku, semua itu untuk ahli kongsi itu sahaja Aku tidak ada keperluan, hajat ke atasnya.

 

Aku adalah sebaik-baik rakan kongsi: kamu buat semuanya kerana Aku, itu dah terbaik. Tiada sekutu yang lain, mkhluk yang lain.

ALLah berlepas diri, Kalau buat sesuatu kerana mahu kemahsyuran dan melakukan sesuatu dgn syirik tersembunyi syirik khafi. Ia ada garis halus yang perlu kita jaga.

Kemahsyuran perlu dengan bekal kepada tauhid kepada Allah Azzawajalla. Kena benar2 memahami tujuan hidup, millah Ibrahim, agama dr Nabi  ALLah Ibrahim hingga Rasulullah SAW. Agama yg mentauhidkan Allah dan tidak mensyirikkan Allah.

Barakah hidup Nabi Ibrahim apabila hidupnya penuh dengan doa. Sentiasa dengan doa, bergantung dengan ALlah Hampir 21 doa Nabi Ibrahim dalam Al Quran

1.     Surah Al Baqarah :124

 

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu dia melaksanakannya dengan sempurna. Dia (Allah) berfirman, “Sesungguhnya Aku menjadikan engkau sebagai pemimpin bagi seluruh manusia.” Dia (Ibrahim) berkata, “Dan (juga) dari anak cucuku?” Allah berfirman, “(Benar, tetapi) janji-Ku tidak berlaku bagi orang-orang zalim.”

 

Bila Nabi ALLah diuji dengan perintah, perintah menjadi imam, pemimpin kepada manusia lalu Nabi Allah Ibrahim berdoa , disambut dengan juga kepada keturunanku.

 

Gagasan nabi Allah Ibrahim sangat luas, kemahsyuran dari doa yng disebut dalam surah Assyuara meliputi zuriat keturunannya, bukan setakat hanya dirinya sahaja.

 

Bukan kerana mendabik dada atau menunjuk pd org lain, tapi menjadi pemimpin supaya Kembali kepda Allah, bukan kemahsyuran untuk kepentingan peribadi, tapi ummah, kedudukan disisi Allah.

 

Kita nak jadi baik, jgn lupa zuriat keturunan kita, kita tarbiah diri kita, jgn lupa zuriat keturunan kita.

 

Cepat sahaja Nabi ALLah Ibrahim menyambut dengan keturunannya juga. Supaya segala nikmat tidak terputus dan diberkahi sehingga anak cucu cicitnya.

 

Surah Al Furqan: Antara ciri ibadurrahman ialah org yg berdoa Wahai tuhan kami kurniakan pada kami dari pasangan kami penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin orang2 muttaqin .

 

 

2.     Surah Al Baqarah: 126

 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.

 

Doa ini bukan khusus diri sendiri. Nabi Allah Ibrahim berdoa untuk negeri, diberikan rezeki, dijaga imannya. ALLahuakbar, inilah rahsia kemahsyuran Nabi Allah Ibrahim. Bukan hidup untuk diri sendiri, namun inilah nilai Ummatan. Doanya bukan untuk peribadi tapi meluas.

 

Pernahkah kita berdoa?

Wahai ALLah berikanlah negara ini aman Sentosa, berikanlah rezeki kepada org yg beriman,

 

Sunday, August 15, 2021

MIHRAB AL QURAN 59 : 21 DOA NABI ALLAH IBRAHIM

MIHRAB AL QURAN 59

21 DOA NABI ALLAH IBRAHIM

Doa harapan yg tidak pernah putus ,harapan pada Allah yang tidak pernah putus. Doa gagasan yang besar, sudut pandang kita terhadap kehidupan kita di dunia ini. Jika Doa pada dunia sahaja, itulah gagasan kita. Dan jika berdoa akhirat pula itu juga sudut pandang dalam diri kita. Lihat apa kita doakan.

Ustazah telah ajar 2 doa dalam Mihrab 58

1.     Al Baqarah 124

2.     Al Baqarah 126

Berikut adalah doa yang akan diperbincangkan hari ini.

3. Al Baqarah ayat 128

 

رَبَّنَا وَٱجۡعَلۡنَا مُسۡلِمَيۡنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةٗ مُّسۡلِمَةٗ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبۡ عَلَيۡنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ١٢٨


Artinya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau, dan (jadikanlah) di an­tara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat iba­dah haji kami, dan terimalah tobat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.”

 

Konsisten memikirkan tentang umat dan zuriat akan datang. Nabi Ibrahim menunjukkan pemikiran jauh kedepan, zuriat keturunan, umat selepasnya. Kami menjadi tunduk dan patuh hinggalah sampai kepada keturunannya Nabi Muhammad SAW. Menjadi ummah yang tunduk patuh.

Selalu berdoa kepada ALLah, bertaubat kepada Allah, walaupun Nabi Allah Adam itu adalah golongan para Nabi dan Rasul. Inilah golongan yang benar -benar bertaubat biarpun mereka itu adalah dikalangan para Nabi.

Jangan rasa bila kita ada ilmu sikit, tapi tidak perlu menjadi ahli taubah. Sebaliknya belajarlah dari cara hidup nabi ALLah Ibrahim Alaihissalam yang banyak merintih agar taubat diterima.

 

4. Al Baqarah ayat 129

رَبَّنَا وَٱبۡعَثۡ فِيهِمۡ رَسُولٗا مِّنۡهُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَيُزَكِّيهِمۡۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ١٢٩


Artinya: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalang­an mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Qur'an) dan hikmah serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha perkasa lagi Maha bijaksana.”

Doa agar ummah akan ada seorang Nabi yang akan mengajarkan Al Quran dan ayat-ayat ALLah. Inilah sebahagian tarbiah ALLah kepada kita, agar menyampaikan ayat-ayat ALLah, mengajar dan mengajak manusia kepada kitabullah. Tiada kalam yg lebih utama seperti mana Kitabullah.

Dosa banyak, tapi berharap agar Engkau sudi memberikan masa dan kekuatan untuk melihat ayat2 kamu. Mudah—mudahan ia petanda engkau redha, merahmati kami. Kami sangat berharap kempunan daripd Mu.

Hidup dlm keadaan berdoa atau bermunajat kepada Allah adalah nikmat yang paling besar. Kita tidak tahu masa untuk kita ini berapa lama lagi. Malaikat Maut hanya tunggu arahan Allah untuk mencabut nyawa. Keadaan covid hari ini yang tidak terduga.

Nikmat bermunajat ini, akan beri kenikmatan, kenyamanan yang besar. Kalau boleh kita tidak mahu simpan benda dalam hati,Kita mungkin dengki dengan orang, tidak puas hati dengan ketentuan Allah,  kita mungkin benci org, marah org, menyampah dgn orang dan benda itu benda busuk. Kita bukan maksum, kita manusia. Hati kita busuk, hati kita banyak penyakit.  Perlunya untuk kita keluarkan benda busuk itu, menyatakan benda busuk depan ALLah…apalah erti taubat, jika kita rasa kita ok, kita rasa kita tidak ada apa, tidak ada kelemahan dan kesilapan.

Lazatnya bila kita dapat menyebutnya dihadapan Allah, untuk menyebut itu, kita perlu kepada bermuhasabah diri.

Taubat itu apabila Allah beri kita hidayah untuk kita bermuhasabah diri, melihat keburukan diri, kekurangan diri, hangan mohon kedudukan di sisi makhluk sebaliknya carilah kedudukan disisi ALLah.

Taubat itu apabila kita berasa busuknya kita, banyaknya kesilpan dan kesalahan kita. Kepuasan  dalam mengakui kesilapan dan kelemahan kita di hadapan ALLah

Sebut di hadapan ALLah.

Wahai Allah, aku menyimpan hati yg busuk ya ALLah, aku masih benar2 tidak ikhlas memaafkan ..

Ya Allah, aku lemah sangat, mahu bangun tahajud tapi tidak berdaya, tidak pernah puas merasai nikmat selimut dan tilam. Akulah org yg rugi yang tidak merasai nikmat dan kelazatan bermunajat dan beribadah kepadaMu di mlam hari tahajud. Saat Engkau seru hamba-hamba Mu, aku tidak menyambutnya

Ya Allah banyaknya kelemahan, Ya Allah banyak benda yg tidak aku lakukan.

Ya Allah betapa banyak nya sedekah, ya Allah lihatlah pada hati ku…Itupun sedekah ku itu dalam pertimbangan, banyak nya, ruginya.

Ya Allah tidak terbayang apa yg berlaku pada diriku jika ajalku diambil saat kekalutan dan kegawatan dunia hari ini.

Jika Panjang lagi usia dunia ini, namun Ketika itu aku tiada, jadikan zuriat keturunanku ini muslimin, org yg taat dan patuh kepada mu, org2 yg taslim, org2 soleh.

Nikmatilah berdoa dan bermunajat dengan Allah.Biar kita sedar dan dengar apa yang kita munajatkan.

Umat dakwah, peranan dia dalam hidup ini untuk ummah. Inilah yang kita belajar dr nabi Ibrahim

5. Al baqarah ayat 260 Mukasurt 44

“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: ‘Ya Rabb-ku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati.’ Allah berfirman: ‘Apakah engkau belum yakin?’ Ibrahim menjawab: ‘Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku).’ Allah berfirman: ‘(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu, kemudian letakkanlah tiap-tiap bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan segera.’ Dan ketahuilah bahwa Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.”

(QS. Al-Baqarah: 260)

Permohonan nabi ALLah Ibrahim untuk menunjukkan tanda agar dapat memantapkan iman dalam hati. Boleh tak kita minta yang sama? Boleh.. Minta Allah kurnikan hikmah agar dapat melihat dan ditunjukkan oleh Allah tanda .

Sebab itu bila berbicara dengan orang-orang soleh, kita dapat lihat betapa mereka dapat melihat hikmah disebalih sesuatu peristiwa, inilah hikmah yang Allah kurnikan hikmah yang telah Allah kurniakan kepada

 

6. Doa agar Allah jadikan Kota Mekah Kota Aman dan jauhkan anak keturunan dari syirik.

Surah Ibrahim : Ayat 35.

Zaman fitnah ini, betapa anak2 kita telah dihidangkan dengan gula-gula dalam pelbagai bentuk. Paling takut agar anak2 kita tidak jatuh syirik kepada Allah . Inilah doa Nabi Allah Ibrahim agar2 anak-anak cucu

 

7. Doa agar anak keturunannya menegakkan solat dan dicintai manusia di dunia.

Surah Ibrahim: Ayat 7

 

8. Doa agar Umat Manusia tertarik mengunjungi Mekah,  dan mendekatkan diri pada Allah. Penyerahan diri kepada Allah, kerana Allah sahaja yang kenal sahaja dirinya.

Surah Ibrahim : 37-38

 

 


Mihrab Al Quran 57: Nilai Kemahsyuran yang hilang

 

Mihrab Al Quran 57 : Nilai Kemahsyuran Yang Barakah.

Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa

Al Quran Mukasurat 281: 120 -123 Surah An Nahl

 

Pendahuluan

Nilai terkenal, Mahsyur dan diberi keberkatan dalam kehidupan dan perkaitan dengann kisah Nabi Ibrahim.

Rujuk surah Asyuara ayat 83-84

 

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

(Asy-Syu'araa' 26:83)

 

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

(Asy-Syu'araa' 26:84

 

Ini adalah keistimewaan dan kelebihan yg diberi ALLah kepada nabi ALLah Ibrahim. Lhat sahaja solawat yg diajar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya. Selawat Ibrahimiyyah. Selawat yang sngt digalakkan utk kita memperbanyakkannya. Dalam mathurat dibaca 10 pagi dan 10 petang.

 

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Rabb), (QS. 16:120)

(lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus. (QS. 16:121)

Dan Kami berikan kepadanya kebaikan di dunia. Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang shalih. (QS. 16:122)

Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): ‘Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif,’ dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Rabb.                       (QS. 16:123)” (an-Nahl: 120-123)

 

Kalimah Kana Ummatan : untuk Nabi Ibrahim yang seorang tapi digantikan dengan ummatan, sesebuah ummah. Peribadi seorang itu digambarkan sebagai ummatan, satu Jemaah, satu kumpulan manusia. Nabi Ibrahim adalah sosok lelaki yg memiliki semua kriteria kebaikan yang mungkin dimiliki satu ummah, pada Jemaah dan jumlah yang ramai. MashaALlah.

Kita x kan jadi mcm Nabi Alah Ibrahim, tapi tidak salah utk kita berdoa dengan Doa Nabi Ibrahim dalam surah Asyuara.

 

Makna Ummah juga bermakna Nabi ALLah Ibrahim layak digelar imam, pemimpin yg mnjadi panutan kpd ramai org pada yg sezaman dengan baginda atau selepas baginda. Kerana baginda memiliki kriteria uswah dan banyak keutamaan yang hampir kita temui dalam banyak  memiliki kombinasi kesempurnaan pada ramai org

Ada pada nabi

Abu Nuas memuji khalifah Harun Ar Rashid

Bukan sesuatu yg dianggap mustahil bg ALLah, jika dia menyatukan alam pada satu susuk iaitu Khalifah Harun Ar Rashid..Adapun Nabi ALLah Ibrahim lebih baik dari itu hingga ALLah menyatakan kriterianya dalam AL quran sebagai Ummah.

Penafian Nabi Ibrahim bukn dr golongan Musyrik. Disebut berulang kerana Yahudi dan Nasrani merasakan bhw mereka berada dibwh millah nabi Allah Ibrahim. Mereka dakwa mereka ikut Nabi Allah Ibrahim. Al quran menjelaskan penafian bahawa Nabi ALLah Ibrahim itu yahudi atau Nasrani.

9 Kriteria Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

1.      Bahagian dr sebuah ummah dari umah-ummah. Imam mnjd imam kepada umtnya dan umat-umat selepasnya. Malah, kebenaran itu tidak pada majoriti, ia bkn diukur pd majoriti. Lihat nabi Ibrahim sosoknya seorang shj tapi bersamanya kebenaran. Jgn terasa bhw kebenaran itu pd yg ramai, kebenaran yg jelas itu dr ALLah prinsipnya dan bukan hnya pada ikut-ikutan. Akhir zmn kdg rasa berseorangn, tp jgn rasa lemah, keran tidak tentu yg ramai itu betul. Kerana kebenaran itu nilai dan kekuatan utk sesuatu perkara.

2.     Sosok yg khusyuk dan taat pd perintah Allah. Qanitan lillah: jiwanya khusyuk, hidupnya khusyuk. Iya baginda terkenal, hebat, mahsyur  tp dia x mnjdkn bgnda lupa diri, sombong n bongkak..dia hamba Allah yg tunduk n patuh dn cepat melaksanakan perintah Allah.

3.     Sosok yg hanif : sgt jauh dr syirik  

4.     Bukan termasuk musyrik. Mengesakan Allah dr kecil hingga dewasa. Kisah Nabi Allah mahu dibakar, dtg jibrail menawarkan bantuan, dlm keadaan genting klimaks, baginda menjaga tauhid, kalua minta tolong dgn jibrail bgnda tiada urusan, tp dgn Allah iya, kpdNyalah tmpt bergantung dan bersandar. Garis halus yg memisahkan ketauhidan, tidak minta tolong pd makhluk jibrail tp Allah shj.

5.     Sentiasa mensyukuri nikmat Allah kpdNya. Syakiran an ‘umm jama’ killah. Mensyukuri yg sedikit apatah lg yg banyak. Walau sedikit, Nabi Allah Ibrahim tidak pernah lupa untuk bersyukur. Org sabar ramai, dlm quran diberi jalan utk sabar, tp syukur, Alquran bnyk sebut sngt sedikit yg bersyukur. Mari kita contohi sifat Nabi Allah Ibrahim.

6.     Allah pilih beliau sebagai seorang Nabi.

7.     Allah menunjukkan baginda jalan yg lurus dan meletakkan rasa bencu kpd jln batil. Diberi rasa cinta untuk jalan dakwah.

8.     Allah berikan beliau kebaikan didunia. Dicintai oleh manusia. Malah semua agama mengakui nabi Allah Ibrahim itu seorg yg baik. Hebatnya doa Assyuara ayat 84.

9.     Ayat 122: Termasuk golongan org2 soleh. Para anbiya selalu berdoa utk masuk dlm golongan or soleh..sedangkan mereka dalam golongan para Nabi.

 

Friday, August 13, 2021

MIHRAB AL QURAN 56: Nasihat untuk hati yang sihat.

Nasihat untuk hati yang sihat

Datuk Dr Norhafizah Musa

Surah Al Ala ayat 9 - 19


Pendahuluan

Keberkahan apabila memulakan kehidupan pada awal pagi dengan majlis ilmu apatah lg mrujuk kpd AlQuran.

Tiada perkataan yang lebih hebat, baik bermanfaat  berbanding dengan Al Quran Kalamullah.

Semangat dan taufik hidayah 1 Muharam agar meneruskan kehidupan dengan penuh kesabaran dan kecekalan dan rahmat ALLah.

 Kehidupan dan kematian:

1 pengajaran dalam hidup, nilai kehidupan itu bergantung kepada khatimah. Amalan, perjuangan dan nilainya pada penghabisan, penamat kehidupan. Nilai istiqamah itu sngt pnting. Bayangkan  ALLah merasa kagum dan takjub, walaupun ALLah x perlu kagum dan takjub pd hambaNya, tapi in ink menggambarkan hebantnya golongan yg ALLah kagum. Kagum pd org2 muda yg dlm khidupnya x berlaku kegelinciran atau penyelewangan. Golongan yg istiqamah dalam ketaatan kepada AlLah. Dr muda hingga dewasa hingga khusnul khatimah minit.

Perjuangan berterusan, selalu ingat ALLah maha adil. Allah tidak pernah mensiasiakan kepada org yng berbuat baik. Allah maha mengetahui kadarnya dan tidak pernah menzalimi hambanya.

Teruslah istiqamah berpegang dengan talinya.

Nikmat yg Allah segerakan kepda hambanya, mengenal ALLah dengan perantaraan ilmu, dengan nikmat anggota badan, tadabbur utk mendekati diri pd ALLah .

Apa jua berlaku berlaku adalah utk kita melihat keagungan ALLah SWT.

Bicara kita dlm apa jua membawa kita mengingati ALLah.

 

Budaya nasihat menasihati

Surah Al A’la

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

(Al-A'laa 87:9)

Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

(Al-A'laa 87:10)

Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,

(Al-A'laa 87:11

Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),

(Al-A'laa 87:12

Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

(Al-A'laa 87:13

 

Keadaan Neraka sentiasa menikmati azab dar ALLah Azzawajjalla. Setiap inci azab yang pedih. Menikmati sebagai satu sindiran yang sangt tajam dalam Al Quran. Sebagaimana kamu menikmati nikmat dunia. Tanggal, lebur luruh daging dan kulit bila terkena azab api neraka dan setiap saat menanggung azab yang dahsyat.

 

 

Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

(Al-A'laa 87:14)

 

Tazakka sentiasa menyucikan diri, dilakukan oleh org2 yang aflah. Hidup dlm keadaan menyucikan hati. Rasa je dalam diri tidak boleh berlaku kebaikan, dtg persoalan kenapa tidak boleh, rasa lalai, rasa berdosa..dan dia cepat2 mengambil peringatan dan menyucikan hati.

Orang yg selalu muhasabah diri sebaik sahaja dia rasa berdosa, cepat2 mengambil peringatan dan menyucikan hati. Inilah org yg beruntung.

 

Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

(Al-A'laa 87:15)

(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;

(Al-A'laa 87:16)

Tuksiruna, kehidupan dunia lebih mempengaryhu kamu, lebih menarik perhatian kamu, baik mata, telinga mahupun hati tenggelam dengan kedifpn dunia.

 Kamu benar2 terpengaruh dunia.

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

(Al-A'laa 87:17

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -

(Al-A'laa 87:18)

Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

(Al-A'laa 87:19)

Org yg menyucikan hati ialah org yg mengambil manafaat drpd nasihat, menerima teguran, menerima nasihat. Siapakah org yg menerima tegurgan? Org yg takut dgn ALLahOrg yg takut dengan azab Allah, pengakhran hidup?, Bolehkah aku khusnul khatimah?bagaimana aku akan mati, amalan pengakhiran kematian ku.

Org yg ada rasa yahsya..yang takut akan cepat2 ambil peringatan. Dr peringatan dan nasihat , mereka mahu berpegang teguh dgn tali ALLah.

Org yg takut akn cepat2 mengambil peringatan dan nasihat. Inilah orang yang beruntung,

 

Orang yang binasa, kita boleh lihat, langkah2nya boleh dilihat

1.      Tidak mahu ambil peringatan, tidak memperdulikan peringatan dan nasihat, mata tutup telinga ditutup. Langsung tidak mahu iktibar apa yang berlaku. Kernana Alah nk tunjukkan inilah org yg menuju kebinasaan. Jgn lihat org lihat diri, Akukah org yg tidak mahu mendengar peringatan? Akukah yang tidak mahu mendengar nasihat? Orang yg menyucikan hatinya terima peringatan dan nasihat dan senang memperbaiki diri, solat

2.      Tubuh badan, hati ringnan dalam mengerjakan solat. Seronok utk terus rukuk dan sujud pada ALLah. Zikran Kathira.  ALLahumma jaal Qurratu aini filsalah

 

Kenapa x mo ambil peringatan? Kenapa tak mu menyucikan hati dijawab dalam ayat 16. Kerana kamu sudah dipengaruhi oleh dunia. Dunia ini racun, penawarnya zikrullah. Ketika kita nak memanfaatkan dunia, didalamnya perlu ada zikrullah. Contoh ambil dunia untuk manfaat dunia dan akhirat maka tidaklah dunia semata-mata. Pada Dunia ini mesti ada ingatan pada ALLah, mesti ada petunjuk dan syariat yang diberikan oleh ALLah. Sebelum, semasa dan selepas perlu ada ALLah. Pelru berdoa pada ALLah. i.e. Doa akhir tahun yang kita baca pada akhir tahun, Maha suci AlLLah kita mohon ampin pada ALLah atas , masuk awal tahun kita berdoa agar tahun baru kita berdoa agar kita menjadi jalan kepd kebaikan dan kebaikan berlari kepda kita.

 

Pujian org jadi racun melainkan kita terima dengan zikrullah. MashaALLah. Cuba untuk pujian org Mashaallah La haulawala quwata illa billah.

 

Kejian juga jadi racun. Kejian diterima dengan mengingati ALLah. Istighfar pada ALLah dan merasakan betapa Allah menutup yang lebbih buruk lagi. Astaghfirullah masih banyak lagi aib aku yg engkau tutup

 

Ingatlah dunia ini racun, kecuali kamu ingat kepada ALLah.

 

Sadaqah, jalan utk kita menyukat dunia yg kita ambil. Sadaqah membenarkan iman yg ada dlm hati kita. Begitu juga zakat, menyucikan harta kita. Supaya kita tidak larut dengan racun dalam hart akita. Cakna pada ummah, bangiunkan apa sahaja yg menoling agama ALLah. i.e pastikan di sana ada golongan yg menghafaz, mendalami, menghayati al quran, beramal dengan quran, generasi ulul albab. Generasi Al quran. Apa sahaja misi kita dan pertolongan kita untuk membangunkan generasi Al quran, maka apa yg kita lakukakn itu, infaq yg besar di jalan ALLah, penyucian harta dan hati ALLah..

 

Sekiranya kamu tolong agama ALLah, ALLah yang akan menolong kamu.

 

Letakkan 1 Muharam, apa sahaja kita buat biar kerana agama ALLah, bukan kerana niat peribadi. Bawa masyarakat kepada agama ALLah. Bawa masyarakat memahami agama ALLah, menolong agama ALLah.

 

Inshaallah kita tidak akan terpengaruh dengan dunia, jika kita berniat kerana ALLah. Kadang2 kita ini hanya menngambil peringatan sekejap shj. Kita mahu menjadi manusia yang sentiasa mengambil peringatan.

 

Akhirat itu lebih kekal. Fikir betul antara dunia dan akhirat

Dunia: tidak bertahan lama, hancur, fana akan diakhiri dengan kematian. Kamu tidak pernah bertemu dengan kehidupan dunia pada seorg  yg berada diatas kecuali dia akan tergolek kebawah. Kamu tidak akan temui sebuah kehidupan dunia yg sentiasa mewah, pengaruuh hebat, jawatan tinggi kecuali dia akan mati, jatuh, akan turun.

Inilah pengamatan terhadap dunia.

 

Bahkan tamadun yg hebat , peradaban sesebuah masyarakat juga akan jatuh, akan merudum akan merosot. Lihat sahaja pyramid yang tersegam, tapi mana kaum yg membinanya. Mana Firaun. Mana kaum yg Bersama Firaun

Timbang dunia dan akhirat. Fahami betul2 tabiat hdup dunia dan akhirat.

Dunia adalah satu kehidupan fana, musnah, yang tidak tahan lama yg sangat rapuh. Siapa yg membina dunia, dia membina kehidupan yg sngt rapuh. Bila2 masa boleh hancur mcm srng labah2.

 

Org yg membina akhirat, mencari shabat akhirat, membina kediaman di akhirat, nasib di akhirat, buat sesuatu didunia utk akhirat. Bukan bermaksud dunia itu muflis, tetapi org yg mencari akhirat dunia akan ikut sekali.

 

Inilah peringatan berzaman dari suhuf Ibrahim dan Musa memperingatkan tenatang kehidupan dunia dan akhirat.

 

Imam ARrazi. Dlam menyingkapi masalah akhirat ada 3 golngn

1.      1.Yakin dgn akhirat. Golongan ini menyediakan utk akhirat. Beruntung

2.      2.Ragu-ragu. Hari ini yakin esok, ragu-ragu. Kita cakap kat mulut yakin dengan kematian, tapi larut dalam kelalaian .

3.      3. Golongan mengingkari. Tak nak fikir terus, tak percaya tak ambil kisah

2 golongan sahaja yg bolh mengmbil manafaat dari peringatan. Golongan pertama dan yang kedua. 

 

Dunia ini adalah rumah bagi org yg tidak memiliki rmh, dan harta bg org yg tidak memiliki harta. Di dlm dunia dikumpulkan org yg x berakal

 

Sebanyak mana kita kumpul harta di dunia ini, ia bukan milik kita. Fikirkankanlah kediaman kita di akhirat kelak, jiran kita dengan siapa kita duduk

Siapa mencintai dunia dia membahayakan akhiratnya, brgsiapa mencintai akhirat dia membahayakan dunianya. Maka utamakanlah akhiratnya

 

Nasihat dalam suhuf Ibrahim  : org yg berakal hendaknya 

1.menjaga lisannya, 

mengetahui nilai waktunya, 

3.konsentrasi pada persoalannya

 

Org yg berakal seharunya ada 3waktu dlm hidupnya

1.      1.Waktu bermunajat kpd tuhannya

2.      2.Waktu muhasabah dirinya, merenungi segala apay g telah Allah berikan kpd dirinya

3.      3.Waktu memenuhi keperluan makan minulm dan org lain

 

Org yg berakal harus mencari

1.      Bekal hari akhirat

2.      Memperbaiki kehidupannya

3.      Menggunakan kenikmatan yg tidak diharamkan

 

Semua isi dalam suhuf Musa adalah nasihat

Aku hairan bagaimana orang yang yakin dgn kematian, bagaimana dia bergembira

Aku hairan dengn org yg meyakini  Takdir, bagaiman dia bersusah payah

Aku hairan melihat org yg melihat dunia dgn hiruk piruk, dia boleh  tenang dengan dunia

Aku hairan dengan orang yg Yakin perhitungan kelak, tetapi dia  tidak beramal

 

Wahyu yg sama dengan suhuf Ibrahim dan Musa : Ayat 9 sehingga 19 surah Al Ala

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...