Posts

Showing posts from 2014

Langkah kanan ibu...

SubhanALLah, ALlahuakbar Cantik sungguh perancangan Allah hari ini sayang... Langkah kanan ibu hari ini bermula dengan hasrat yang sungguh kecil. ALLahuakbar...perancangan ALLah itu  seolah-olah ibu membawa hasrat yang besar... Tidak ibu sangka Rumah Prihatin Warga Penyayang (RPWP) ada programnya sendiri hari itu.. Hasrat ibu mahu berjumpa ibu Ros ataupun Mirza barang sekejap...dan kemudian berlalu pergi tanpa disedari yang lainnya.... ALLahuakbar...Ibu seolah-olah tetamu rasmi hari ini..Malu hati ibu, ALLah maha tahu.... Ditahan dulu, dijamu dan enaknya nasi ayam masih terlekat di tekak ibu....namun apa yang masih lagi tersisa di sanubari tentulah layanan mashaALLah yang tentu sekali mengikut sunnah... Begitulah wahai anak-anak ibu, Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila Indahnya budi jika landasannya ALLah Santunnya kata bila ikutan itu Rasulullah.. Moga-moga ada yang boleh ibu pelajari dari kehadiran ibu yang sekejap ini... Moga-moga dapat ibu bawa balik agar dapat d...

Projek Cuti Sekolah

Image
Hasil berjualan barangan terpakai hari ini : RM10.95   tp abg kat situ bg ibu RM11 genap Hasil jualan barangan terpakai semalam : RM12.65 Alhamdulillah.. Apa rasanya ye sayang andai kita seperti mereka dijalanan mencari makan dengan hasil-hasil buangan sebegini ALLahuakbar Dulu...Satu waktu dalam perjalanan berkursus ibu hanya ada 80 sen dalam tangan. Touch n Go dah tak boleh digunakan lagi . Tol dihadapan harganya 90 sen Sayang. ALlahuakbar menggagagu ibu mencari lagi 10 sen.... Malunya kalu berhenti duit kat tangan tak cukup nak bayar nanti Berhenti tepi jalan..menggagau satu kereta ibu cari...bawah karpet...dalam lubang semua ibu cari Bila saat kita memerlukan ...nilai 10 sen jadi sangat-sangat besar.......... Tapi sayang satu sikap ibu yang ibu tak mahu kamu semua tiru... Bila duit berlebih-lebih di tangn ....10 sen ibu jumpa di mesin basuh ibu simpan nanti-nanti.. Kadang-kadang atas dapur kadang atas almari ibu letakkan dulu Alih-alih esok lusa ibu sendiri lu...

Alhamdulillah

Image
Alhamdulillah Allah beri ibu peluang berpesan untuk anak-anak ibu lagi... Alhamdulillah Ibu masih lagi bersama kalian..anak-anak titipan Allah untuk ibu Alhamdulillah Ayah masih sudi bersama ibu untuk kesekian kalinya... Alhamdulillah Allah beri ibu ruang waktu untuk ibu hayati nikmatnya yang tidak terhitung Azam ibu untuk menulis sekurang-kurangnya sekali setiap bulan...ibu terlepas November namun Alhamdulillah ibu masih ada lagi Disember ini.. Jangan mengira apa yang terlepas...gunakan peluang yang masih ada untuk melakar cerita hari ini... Jangan mengira apa yang dah berlalu.....kerana yang berlalu tidak mungkin akan sama sekali kembali Bukankah Allah dan Rasul berpesan Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.... Tidak cukupkah itu sebagai petanda agar kita memanfaatkan apa yang ada... Setakat ini dulu hari ini...fokus ibu lari, hati ibu bagai bukan disini....bahan-bahan bacaan ibu menanti2....... Setelah 4 buku ibu tamatkan bacaannya ..masih banyak lagi rupanya bu...

Kisah terlepas

Lama ibu tidak begini Lama ibu tidak menulis di lembaran maya ini... Rindu Banyaknya kisah kita yang terlepas.... Banyaknya cerita yang tersimpan... Banyak tawa disebalik luka yang disimpan... Ibu agak sibuk kebelakangan ini Seperti biasa ayah masih lagi memahami Amin sudah berhenti tidak mahu ke playhouse lagi Adik masih lagi belum mahu berjalan... Cik Nor sudah ada peneman di sisi Auntie Asmak bakal bertiga nanti... MH370 masih belum ditemui Kisah MH17 kini sepi Baru-baru ini Kapal TLDM Lenyap dah ditemui Baru-baru ini simbol UIA kebanggaan ibu sudah berubah kini beberapa kertas UPSR tahun ini diulang dua kali Baru-baru ini pelajar jatuh dari bumbung yang tinggi Semalam seorang guru pula telah menemui ilahi Semalam juga Gerhana Bulan kebesaran Ilahi Harga minyak naik lagi dan kita semua masih disini Moga ALlah merahmati kita sayang.. Moga ALah permudahkan urusan kita Moga Allah jadikan dunia ini jambatan untuk kita berkumpul di Syurga " Sesungg...

Kek Caramel Kak Sal

Image
Hasil Ladies day Out..... 22 Ogos 2014 Bahan-bahan asasnya Mula-mula panaskan oven yang diisi dengan air pada tempat loyangnya...kita akan bakar guna teknik waterbath Seterusnya LAPISAN 1 Gula hangus.... 3 sudu besar gula hanguskan.. Api perlahan....bila keperangan...padam api renjis2 air LAPISAN 2 1 tin susu cair ideal 5 biji kuning telur 1 cawan gula 2 sudu teh esen vanilla Kacau hingga sebati dan gula pasir hancur LAPISAN 3 5 biji putih telur 1 sudu teh cream of tartar 1 cawan gula aising Jangan libatkan air dalam adunan ini walau setitik pun ye...Putar high speed.. sampai terbalik tak jatuh tauuu Manisnye muka cikgu kami .... :) LAPISAN 4 1 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 3 biji kuning telur * kacau perlahan-lahan yang ini dulu hinggga sebati kemudian baru masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan minyak jagung atau minyak sayuran 3/4 cawan air sejuk supaya tidak bergentel ...

Bersaudara

Image
Bila namanya bersaudara Saling ada antara satu sama lain Cuba untuk memahami biar pun berbeza Saling menghormati tanpa mengira status dan usia Susah senang biar bersama Saling melengkapi, saling menasihati, saling memperbaiki diri Bila Kasih kalian kerana ALLah yang satu Tidak mungkin berkelahi Bila panduan Quran dan Sunnah Tak mungkin lari matlamat yang jitu meski pun beza umpama Saidina Umar dan Abu Bakar ataupun langit dan bumi....milik ALLah jua dan jangan lupa Palestinian, mereka di Syiria, mesir, Iraq dan negara-negara islam lain mereka juga saudara kita Jika ada berpeluang untuk jihad bersama Doa ibu mengiringi agar Syurga menanti Namun jika tidak Doa kalian ibu harap tidak berhenti...... 22 Ramadhan 1435H

+ TUHAN Sedang Menguji Kita +

Image
Janji Allah adalah pasti. Sebagaimana Allah menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian, sebagaimana Allah menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan, begitu juga janjinya bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka beriman selagi tidak diuji. Allah berpesan, jika belum datang ujian, janganlah menyangka bahawa kita ini ahli syurga. "Demi sesungguhnya! Kami a kan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh Dan dengan merasai kelaparan Dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda Dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar; iaitu orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata "sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH Dan kepada ALLAH jualah kami kembali" (Al Baqarah:155-156) 17 Julai 2014 MH17 ditembak dan mengorbankan 295 nyawa... dan kisah Gaza diserang masih belum berhenti.... tenanglah wahai hati....siapapun empunya diri..yakinilah inilah ujian datang...

Muhasabah perkahwinan

Anak-anak Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah…. Sambutan?? Kejutan?? Ibu teruja untuk macam2…tapi seketika ibu terdetik…usia kami baru 4 tahun, kalau anak kecil…ada yang baru boleh memikir…baru belajar dan baru cuba untuk memahami.. Apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang sudah 10, 12, 15 tahun berkahwin… Makanya..ibu tukar strategi…Menilai semula erti perkahwinan ini, meletakkan kertas peperiksaan di hadapan ibu setelah 4 tahun belajar….. Alhamdulillah kami telah bersama 4 tahun….Bahagia….sangat bahagia…namun, setakat mana bahagia itu…..akan berhenti di sini kah?…dunia ini…atau bahagia ini mampu bawa kami ke syurga…bawa kita semua ke syurga. Setakat mana kami saling mengenali antara satu sama lain? Setakat mana kami benar-benar memahami satu-sama lain? Setakat mana kami menampung kelemahan antara satu sama lain? Setakat mana kami cuba memperbaiki diri kami untuk kebaikan perkahwinan ini? Ungkapan bercinta hingga syurga banyak...

+7 Sya'ban 1435 H+

Image
Bulan Islam, Hari ini Nuha Salsabila genap setahun... Bidadari Ibu Jelita ibu puteri di hati ibu 'Aishah Humaira' ibu Sayang dan kasih ibu buat kamu tidak ada bezanya berbanding abang.... Umpama sepasang mata, itulah ibarat kalian berdua buat ibu Bagai sepasang tangan...demikianlah kalian di hati ibu... Kudunglah ibu tanpa salah satu dari kalian berdua Cacatlah ibu jika hilang satu mata..... Nuha Salsabila... Dalam diam ibu melakar impian dan harapan biarpun wanita namanya lemah tapi doa ibu agar kamu gagah Dalam ayu dan lembutnya kamu Ibu tahu kamu teguh kerana di hati kamu utuh meyakini bahawa tiada mampu siapa menyentuh Kerana yakin kamu Tuhan itu ALlah dengan alasan itu sayang hati kamu tidak akan rapuh biar seribu dugaan perasaan sayang dan cinta datang berlabuh Tiada yang retak mahupun terbelah Tiada sengsara mahupun gundah bila hati benar2 milik ALLah Simpan hati itu sayang buk...

+16 rejab +

Image
Hari ini ibu tidur lewat..... Ibu siapkan conggo bar yang akan Abg Amin bawa esok sempena sambutan hari guru dan hari ibu di playhouse... Ibu siapkan juga hadiah untuk aunty-aunty Abg Amin di playhouse.... Baru semalam ibu berbincang dengan ayah..tentang keputusan kami menghantar Abg Amin ke playhouse pada usia yang awal.....dan hari ini, ibu baru sedar tanggal 16 Rejab Jumaat esok...Amin genap 3 tahun... SubhanaALlah... Tanggal 16 Rejab 3 tahun sudah ibu sedang bertarung nyawa melahirkan kamu, 16 Rejab yang lalu, ibu ternanti-nanti kehadiran kamu..... 16 Rejab itu juga...sayu hati ibu saat kamu diletakkan di atas dada ibu dgn merah darah yang masih bersisa.... 16 Rejab esok... ibu bakal menghantar kamu ke sekolah..meraikan sambutan hari guru dengan kawan-kawan lain... namun siapa tahu kerana 16 Rejab yang bakal tiba esok..masih jadi rahsia ALlah Ibu tidak tahu apa yang terjadi 16 Rejab tahun seterusnya atau apa berlaku 16 Rejab 2 tahun, 3 tahun atau 5, 6 tahun aka...