Saturday, December 17, 2011

program solehah, pendakwah wanita dan saya

Menonton program realiti tv penentuan gelaran Solehah malam tadi menyebabkan banyak airmata saya mengalir...maklumlah realiti tv ala-ala akademi fantasia gitu..

Bezanya tangisan dalam solehah ini banyak memberi kesan pada rohani dan pembangunan kendiri...tidak sama dengan tangisan AF yang lebih banyak berkisar pada simpati dan empati ( itu saya lak..lain orang lain ek..)

Bezanya juga tangisan dalam rancangan program solehah ini InsyaALLah dikira sebagai satu wadah mendekatkan diri pada Allah, mengajak kepada kebaikan dan menyeru 'amal ma'ruf nahi mungkar'

Akur..program sebegini tidak lari dr kritikan2 sosial, mungkin kerana menampilkan peribadi wanita itu sendiri dikhalayak ramai..lari dari adat timur yang kebiasaannya tidak mahu anak2 gadis menonjolkan diri...

Tapi kalau nak dibandingkan dengan filem 'ombak rindu' yang menjadi bualan hangat dan filem pecah panggung baru-baru ini..ikon gadis melayu islam yang ingin ditampilkan antara keduanya bagi saya jelas berbeza.....

Saya imbas balik komentar Ali Atan mengenai filem Ombak Rindu. Kutipan tinggi? Pada saya itu tidak bermakna filem itu "berjaya". Apa dia takrifan berjaya sebenarnya....?? "Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan mengajar dan membaca Al-Quran. Agama pada Pak Dollah & isterinya pada songkok dan pergi Haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?"

Dan saya pula sebenarnya agak malu dengan aksi2 Maya Karin dan Aaron walaupun sebenarnya agak teruja untuk menonton filem tersebut..( maklumlah kita dah baca buku dia.....) Di fikiran saya apakah perasaan pasangan Aaron ataupun mengkin pasangan Maya sendiri melihat aksi tersebut..... (Betullah aktor dan aktress filem kita dah hampir capai tahap Hollywood )

Islam peserta Solehah dengan cerita tabahnya masing2 dalam kehidupan yg dilalui menangani cabaran untuk bergelar pendakwah..... Saya mengikuti program ini.. kisah Elly yg rindukan almarhum ibunya, Rhenny yg sarat mengandung dan berjauhan dari suami, kisah keberanian Sara yg 'zasst ke bawah' , Mazwani pada 'kejantanannya'... dan yg pastinya perjuangan mereka bergelar pendakwah....

Kemenangan Amie Sofia sudah saya jangkakan..Hafizah yg bertugas sebagai guru di Institusi Al-Quran itu mengimbau kenangan ketika saya mencari pekerjaan disebuah sekolah tahfiz di Kuala Lumpur setelah tamat Pengajian...

Ditemani rakan baik sekolah rendah saya Ana, kami ditemuduga oleh seorang yg bertudung labuh dan berhijab, hanya nampak 2 biji matanya......... Menilik sijil2 saya penemuduga tersebut memandang saya atas bawah..

Antara kata2nya lebih kurang yg saya ingat..maklumlah dah 7 ke 8 tahun lepas, x boleh ingat kata2 yg tepat tp lebih kurangla...

" Maahad Hamidiah , sekolah agama..Universiti Islam Antarabangsa..kenapa pakaian awak tak melambangkan ilmu yang telah dipelajari??? kat sini wanita pakai pakaian gelap2, bangun sebelum subuh, tahajud kemudian selepas subuh dhuha...awak sanggup......"

Waktu tuh saya berbaju kurung dan tudung biasa, dan tudung saya masih lagi menutup bahagian dada.....mungkin tidak lengkap kerana warnanya ceria sangat...

Banyak lagi kata2nya yg menghentam saya..sayalah yg kena, sebab Ana memang sekolah biasa, masuk U pun, bukannya UIA..... Waktu tuh Ana memang terkejut dan saya tahu pandangannya pandangan kasihan.... tapi saya diam sikit pun airmata tak saya tumpahkan..

tapi keluar dari sekolah tahfiz tersebut, airmata saya dah mengalir... benar..beza benar saya dibandingkan dia...Moga ALLah beri saya petunjuk dan hidayah .......

Bezanya juga..di UIA, ketika saya sebilik dengn seorng hamba ALLah yg berpurdah ketika semester pendek..bicaranya lembut, kami makan setalam walaupun saya tidak berhijab dan bertudng labuh, kami baca ma'thurat bersama2 walaupun saya tidak berjubah gelap..

Dan itulah bezanya 2 pendakwah tersebut pada pandangan mata saya........

Tahniah Amie Sofia, kalaulah anda membaca hasil tulisan saya ini...... sayalah antara orang2 yg memerlukan dakwah anda.........

Wanita di luar sana, moga kita semua anak, isteri dan ibu yg solehah...Amin....

Monday, December 05, 2011

hah..dah sunat? kecik lagi..sian dia...

" dah sunat ye kak.."

senyum jer...

" kesian dia...sakit ek...." hmmmm

banyak kali juga lah soalan yg sama diajukan setiap kali buat pemeriksaan untuk Amin di klinik desa....

sakit ke dia..hmmm tapi tengok macam ok je..pagi tuh sunat petang tuh dia dah main2 air dah....

Salahke sunat ketika baby nih..hmmm mungkin orang kita banyak dipengaruhi oleh budaya melayu itu sendiri..bersunat tunggu besar sikit...kemudian ada majlis khatan dikampung2..ada juga upacara mandi berendam ramai2 dalam sungai....

Waktu menyuarakan hasrat untuk khatankan Amin ketika baby lagi, nampak macam abang agak ragu2..tapi dia ok jer....

Dalam bahasa Arab sunat nih kita panggil khitan...maksudnya memotong qulfah yakni kulit yang menutupi kepala zakar......

Wajib ke khitan nih??? Menurut riwayat Imam Ahmad di dalam musnadnya dari Hadis Ammar bin Yasir katanya: Rasulullah telah bersabda:

Diantara fitrah ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak (menggosok gigi), memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu di kemaluan dan khitan...

Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a pula berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Fitrah itu lima iaitu, khitan, memotong bulu di kemaluan, emnggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak

Hmmm tapi dimanakah pula letak hukumnya?? Sebenarnya para fukaha banyak yang berselisih pendapat tentang ini.. Yang mengatakan sunat ialah Al Hassan Al Bishri, Imam Abu Hanifah dan setengahnya dari Hambali..Mereka berlandaskan dalil yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus daripada Nabi S.A.W, bahawasanya baginda bersabda:

Khitan itu sunat untuk lelaki dan suatu penghormatan untuk perempuan

Yang kata wajib pun juga ada berdasarkan dalil2 nya, salah satunya daripada Imam Ahmad dan Abu Daud yang meriwayatkan daripada 'Utsaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya: bahawa dia telah mendatangi Rasulullah s.a.w seraya berkata Saya telah memeluk Islam. Maka sahut baginda; Bersihkan dirimu dari rambut kufur dan berkhitanlah...

dan banyak lagi dalil2 lain..itu kena cari sendirilah yer... yang pentingnya. wajib atau tidak ia sebahagian dari sunnah Rasulullah...

Sekarang nih bila pula masa yang sesuai untuk khitan?.. inilah isunya..menurut pembacaan saya dari buku : Pendidikan anak2 dalam Islam (buku nih bagus tau..bacala)mukasurat 125 Kebanyakan Ilmuwan Islam menyatakan khitan itu wajib ketika anak sudah hampir akil baligh, kerana tidak berapa lama lagi ia akan menjadi mukallaf untuk mematuhi segala hukum syariat dan perintah ALLah...

Tetapi yang afdhalnya, hendaklah wali anak itu mengkhitannya di hari-hari pertama selepas ia dilahirkan, supaya nanti apabila ia sudah sempurna berakal, faham segala urusannya serta dapat membezakannya, ia sudah pun mendapati dirinya sudah berkhitan..

Dalilnya pula adalah dari Hadis yang diriwayatkan oleh AL Baihaqi daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengaqiqahkan untuk Al Hasan dan Al Husin serta menghitannya pada hari ketujuh...

Jadi gitula sebabnya..kami khatankan Amin awal2.... Alhamdulillah senang nak jaga...

Macamana? ada berani???? hehehe.. mehla sama2 ikut sunnah nabi........

Saturday, November 26, 2011

memanfaatkan dan menghargai apa yg dimiliki

Alhamdulillah ..saya bernafas lagi untuk menyambut tahun baru... 1433 hijrah

Azam baru..hmm terlalu banyak azam dah dibuat...
mahu memiliki, meninggalkan sesuatu malah mengharapkan kesempurnaan...
Azam silih berganti...tidak menjadi kesalahan bukan?

Sempena tahun baru, lembaran baru, maal hijrah yang sering dikaitkan pengorbanan dan penghijrahan...saya hanya mahu menikmati kehidupan mendatang dengan MEMANFAATKAN DAN MENGHARGAI APA YANG SAYA miliki hari ini.....

cukuplah apa yg saya ada sekadarnya...bukan bermaksud saya berada di dalam zon selesa cuma saya mahu belajar mensyukuri....

Manfaat, memperolehi kebaikan daripada satu-satu perkara...tekad mahu mengoptimumkan manfaat dari apa sahaja yang telah saya miliki.....no more baju baru, no need kereta baru or even bag baru....manfaatkan dari apa shj yg telah ada... selama mana msih boleh digunakan....

dan tentunya saya mahu memanfaatkan setiap detik dan waktu yg ada sebaiknya..biarlah setiap detik 1433 ini menjadi ibadah..dipenuhi dengan kebaikan.....

Menghargai..tanda terima kasih untuk satu2 perkara.... tindakan yang melambangkan rasa berterima kasih.....

Ada ketikanya kita terlalu menghargai hinggakan tidak memanfaatkan...

Saya terlalu menghargai hadiah hantaran saya..hinggakan losyen dan minyak wangi pemberian suami masih banyak lagi......ada juga buku2 yang saya terima sebagai hadiah saya letak dan susun cantik2 dalam rak buku tanda penghargaan namun masih tidak dibaca..pernah juga dek kerana terlalu menghargai...makanan yg diberi tamat tarikh luput almaklumlah sayang untuk dimakan.....


Ada ketika sebagai manusia saya juga banyak memanfaatkan namun kurang menghargai...


Kita sering memanfaatkan mereka yg ada disekeliling kita namun adakalanya kita kurang menghargai....
Saya akui adakalanya saya banyak memanfaatkan kebaikan orang2 yg kita sayang namun jarang pula tindakan saya untuk menghargai mereka.....

Memandangkan saya berjiran dengan mama...mama sering hantar lauk..memanfaatkan kedudukan berjiran ini sangat menguntungkan..namun lama sudah rasanya saya tidak melakukan sesuatu yg menggembirakan mama...mungkin kejutan secara tiba..hmmmm

Sebagai isteri...saya beruntung bersuamikan seseorang yg sangat ringan tulang...membantu saya dalam melaksanakan kerja2 rumah...namun saya sendiri tidak pasti setakat mana tindakan menghargai telah saya tunjukkan adakah cukup dengan terima kasih...

Sebagai teman...saya beruntung dikelilingi dengan teman dan sahabat yg baik....sering membantu dan menyokong saya dalam apa jua keadaan...namun setakat mana saya membalas budi mereka..

adakalanya saya hubungi mereka bila nak beli barang jer.....hehehe khas untuk my bestest buddy eina, namun tiada lagi masa senggang kami untuk bercerita seperti dahulu...menghabiskan masa bersama...dan alasannya tentu sekali fasa baru yg sedang saya lalui.. Fasa sebagai ibu dan isteri... Bukan setakat Eina, malah rakan sekerja yg saya temui hari2 juga ada yg mengeluh busynya makcik nih....hehehe maaflah Ta...sampai gossip terbaru pun tak sampai ke telinga...

Buat semua saya mohon ampun dan maaf....

saya bersyukur dgn apa yg saya miliki, saya bersyukur dgn kehadiran kalian semua, tekad saya kali ini saya mahu lebih menghargai dan memanfaatkan apa yg ada.....

untuk langkah pertama...saya manfaatkan blog saya ini...moga memperolehi kebaikan buat semua sebagai tanda menghargai peluang saya untuk bernafas lagi....

sebelum terlewat hargailah dan manfaatkanlah 5 sebelum 5

senang sebelum susah
kaya sebelum miskin
masa lapang sebelum masa sesak
sihat sebelum sakit dan tentunya
hidup sebelum mati

Salam Maal Hijrah 1433 semua..

Saturday, June 18, 2011

apa ada pada nama...

Muslim, Abu Daud dan At Termizi telah meriwayatkan daripada Samurah bin Jundub r.a katanya: Telah berkata Rasulullah S. A. W " sebaik-baik nama kamu di sisi ALlah Azzawajalla ialah Abdullah dan Abdur Rahman"


Abu Daud dan An Nasai tela meriwayatkan daripada Abu Wahab AL Jasymi r.a katanya telah berkata Rasulullah S.A.W : Namakanlah anak-anak kamu dengan nama-nama para Nabi. Dan sebaik-baik nama di sisi ALLah ialah Abdullah dan Abdur Rahman. Yang bagus ialah Haris, Hamman, dan yang buruk sekali ialah Harb dan Murrah"


Awal kehamilan, saya dan suami sangat teruja... merasai keajaiban dan keagungan ALLah dalam rahim sendiri sangat menakjubkan.. dan antara perkara pertama yg bermain di minda kami ialah bagaimana nak kami panggil namanya nanti....


Kami mahu nama itu melambangkan peribadinya...orangnya... dan tentunya nama yang perlu kami beri itu nama yang baik2..

Kalau boleh nama yang bakal menjadi sebutan baik2

Kalau boleh nama yang baik di sisi ALLah Azzawajalla


Kalau menurut hadith tadi, Saya dah dapat tuanpunya nama yang baik di sisi ALLah tentunya suami saya Abdul Rahman bin Abdullah d -_-b .....dan sekali lagi menamakan anak dengan nama yang sama akan menyebabkan kekeliruan hehehe...kali ini


saya mahu namanya membuatkan saya bangga

saya mahu namanya membuatkan saya tidak kecewa

saya mahu namanya juga turut menjadi sebutan para malaikat


Kami percaya...segalanya bermula dengan nama....bila nama yang dipanggil itu baik..inshALlah itulah doa mereka yang memanggil untuk tuan punya badan..


Tidak perlu nama yang melambangkan tingginya pangkat dan darjat ..kerana siapapun seseorang itu, dia tetap hamba






Tidak perlu nama yang terlalu unik hingga hilang maknanya...bukankah panggilan itu doa yang baik untuk tuan empunya diri


Alhamdulillah..kami namakan bayi kami ini Abdul Muhaimin bin Abdul Rahman bin Abdullah


Semoga dia sentiasa ingat dia cuma hamba.........

Semoga dia sentiasa ingat bila kami tiada, dia adalah hamba kepada yang Maha Memelihara..ALlah itu ada...


Memandangkan namanya agak panjang..kami gelar dia Amin...

Sebagaimana gelaran Rasulullah S.A.W


Mungkin dia tidak setanding Rasul junjungan, namun dihati kami mengharapkan agar dia dapat menjadikan rasulullah contoh terbaik


Moga dihatinya ada ALLah dan Rasul sentiasa


tinggi sangat cita-cita ibu ini kan sayang....tapi itulah harapan ibu..kalau suatu hari nanti anak ibu ini membacanya..ibu mahu Amin tahu... mengapa nama itu yang kami pilih


itulah doa ibu dan ayah , tanda kasih dan sayang kami untuk Amin, Abdul Muhaimin.... Hamba kepada yang Maha Memelihara

Wednesday, April 20, 2011

pesan buat anak....

Alhamdulillah usia kandungan saya kini mencecah 30 minggu, Sudah 7 bulan rupanya..merasakan kehadiran keagungan ALLah dalam diri...

" Apakah redha hai golongan wanita, bahawasanya seorang wanita yg sedang hamil dari suami yg telah dinikahinya dengan halal. ALLah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orng yg berjihad fisabilillah. Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anknya, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali hingga manusia tidak mengerti betapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya. ALLah memberi dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka ALLah memberi pahala seperti memerdekakan 70 org hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLah"

Riwayat Al Hasan B. Safwan Tabrani & Ibnu As Sahin & Salamah yang menyusukan Sayyidina Ibrahim putera Rasulullah.

Namun, gentar takut dan harap silih berganti.

Takut dengan tanggungjawab yang bakal dipegang dalam diri..
Gentar dengan ujian yang hanya ALLah yang mengetahui dan
Harapan yg tidak putus pada ILahi...

Lantaran itu, saya selak surah Luqman yang sering saya bacakan untuk dia yg ada dalam diri. Moga dia belajar memahami...

Hari ini saat, dia masih tiada dihadapan mata saya, namun dengan izin ALLah saya akui kelak saya dapat memeluk dan menciumnya juga nanti. Saya bacakan dia surah ini buat bekal perjalanan dia disini nanti...

Harapan saya, bila nanti saya tiada di depan matanya lagi...tiada lagi peluang untuk dia memeluk, mengusap dahi mahu menciumnya, moga dia tidak lupa membacakan yasin buat bekal saya di sana nanti. Kerana dialah anak soleh saya.........

Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan ALLah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dr awal mengandung hingga akhir menyusukannya, dan tempoh menceraikan susunya ialah dlm masa 2 thn; dgn yg demikian bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua ibubapamu, dan ingatlah kpd Akulah jua tempat kembali untuk menerima balasan.

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan Ku sesuatu yg engkau -dgn fikiran sihatmu- tidak mengetahui sungguh adanya, maka jgnlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dgn mereka di dunia dgn cara yg baik. Dan turutlah jalan orng2 yg rujuk kembali kepadaKu dgn tauhid dan amal2 soleh. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya. Maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yg telah kamu laksanakan.

Luqman menasihati anaknya dengan berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara yg baik atau yg buruk sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi dalm batu besar atau di langit atau di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh ALLah untuk dihakimi dan dibalasnya kerana sesungguhnya ALLah maha halus pengetahuannya, lagi amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yg mungkar, dan bersabarlah atas segala bencana yg menimpamu. sesungguhnnya yg demikian itu adalah perkara2 yg dikehendaki diambil berat melakukannya.

Dan janganlah engkau memalingkan muka mu kerana memandang rendah kpd manusia, dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya ALLah tidak suka kepada tiap2 orng yg sombong, takbur lagi membanggakan diri.

Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu semasa berkata-kata, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai

(Luqman:12-19)

Saturday, April 09, 2011

31 Tahun.....

Alhamdulillah, usia saya menjengah 31 tahun...


dan


Terima kasih ALLah mengurniakan saya suami yg sering menghargai...


Disebalik apa yg dilihat moga singgah jua doa buat saya agar tetap menjalani kehidupan kerana ALLah...mempelajari kesilapan dan mengakui kelemahan diri. Malah tabah menjalani kehidupan bersama kelak....



Terima kasih ALLah untuk hadiah ini.... Terima kasih untuk kehidupan yg dilalui sehari-hari, terima kasih untuk ujian yg membentuk diri, terima kasih untuk keluarga, teman dan sahabat yg hadir di sisi, terima kasih untuk suami yg sangat memahami.. terima kasih ALLah...



Moga diri sentiasa dalam perlindungan Ilahi dan moga ALLah tidak meninggalkan saya pergi tanpa mengingatinya...



Firman ALLah dlm surah An Nisa: Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka hormatilah semula orang itu dengan penghormatan yang lebih baik daripada itu, ataupun penghormatan yang serupa dengannya....

Saturday, March 05, 2011

RISK

To laugh is to risk appearing to b fool
to weep is to risk appearing 2 b sentimental
to reach out 4 another is 2 risk involvement
to xpose feeling is 2 risk xposing ur true self
to place ur ideas and ur dreams b4 a crowd is to risk their loss
to love is to risk not being loved in return
to live is to risk dying
to hope is to risk despair
to try is to risk failure

but..risk must be taken bcause the greatest danger in life is to risk nothing
the person who risk nothing, does nothing , has nothing and is nothing

they may avoid suffering and sorrow but they cant
learn, feels, change, grow, love and lie
chained by their attitudes they are slaves
they havelost their freedom

only a person who risks is free

Thursday, February 17, 2011

my prayer......


I do not pray for riches
I do not pray for fame
I care not for glory
Or a great and famous name
I only pray for wisdom
That to my children I may be
A wise and loving mother
As my mother was to me

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...