Posts

Showing posts from January, 2010

Tolong beritahu dia....

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada redha.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di situ syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong ingatkan si dia, aku sayangkan dia kerana akhlaknya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. . Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. T

1431 Hijrah & 2010 Masihi

Lama tak mengupdate blog, waktu2 terluang saya lebih banyak membaca hasil tulisan sendiri. Mengimbas apa yg telah saya tulis. Tempat saya membina kreativiti dan mengaktifkan penggunaan otak kanan dan kiri. Dari catatan kehidupan, luahan rasa dan kini saya lebih banyak menulis isi2 kuliah2 yg dihadiri. Ada kala rasa otak tepu dan beku. Terasa perbezaan hasil tulisan dulu dan sekarang. Mungkin faktor usia menjadi alasan dan mungkin sekali diri sudah semakin kurang membaca berbanding dulu. Kini, melalui fasa2 kehidupan mengikut ketetapan dan takdir ALlah. Masa itu berjalan tidak mengira apa pun. Dan dari perjalanan masa itu kita melewati 1001 malah lebih ribu rencah kehidupan. Tidak mungkin sama sekali masa akan berputar kembali..mustahil Dulu saya awal 20 an kini hujung 20 an Dulu belajar kini bekerja Dulu murid kini guru Dulu rasa selesa diam dalam rumah mama dan abah, kini teringin punya rumah sendiri Melewati fasa kehidupan yg baru menimbulkan perasaan yg pelbagai. Teruja, kadang2 kel

Kuliah Ahad 27 Dec 2009

Penceramah untuk kuliah terakhir 2009 ialah ustaz Zulkiflee yg bersuara lunak. Kuliah kali ini bercerita tentang perlunya untuk kita sebagai hamba ALLah mencari sesuatu untuk memelihara keimanan diri kita. Sesungguhnya pokok2 atau asas orang beriman itu 1. Beriman kepada Allah swt. Ia diterjemahkan dalam a. ucapan b. perbuatan c. iktikad hati Percaya bahawa setiap rezeki, kebaikan dan kemudaratan, segala sesuatu itu semuanya dari ALLah. Sesungguhnya umat Islam itu sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri, betapa Allah itu sebenarnnya memelihara umat islam itu sendiri. Antara kekuatannya: 1. Geografi: kedudukan umat islam biasanya mnjadi laluan utama perdagangan malah jauh dr gunung2 berapi. 2. Mempunyai jumlah yg ramai 3. Ekonomi : mempunyai hasil ekonomi yg baik seperti getah dan kelapa sawit 4. Sumber petroleum utama 5. Akidah yg menjadi kekuatan utama. Maka, apabila tercabut kekuatan yg satu ini maka akan tercabutlah sem

Kuliah Ahad 15 Nov 2009

Penceramah kali ini memulakan ceramah dgn peringatan. Barangsiapa yg mahu menemui Allah dalam keadaan sebagai islam, mukmin, maka jagalah solat dan peliharalah dengan betul. Allah telah menjanjikan syurga bagi mereka yang melaksanakan 5 fardhu sembahyang dengan sempurna. Malah, pada hari kiamat kelak, solat akan menaungi kita dan menjadi a. Naungan dari cahaya matahari b. Mahkota dikepala c. Cahaya yg berjalan dihadapannya d. Menjadi pelindung e. Hujah bg orng2 yg beriman f. Memberatkan timbangannya g. Pembantu menyeberangi sirat h. Kunci untuk ke syurga Solat itu adalah tasbih, tahmid, takdis, takzim, qiraah dan doa. Sementara seafdhal-afdhal solat itu ialah apada awal waktunya. Ada beberapa perkara yg perlu diperhatikan ketika mendirikan solat. Awal solat adalah ilm. Sesungguhnya amalan yg sedikit adalah lebih baik daripada amalan yg banyak tp jahil. Malah pernah diriwayatkan bahawa orng alim yg tidur lebih ditakuti daripada orng yg tidak tidur kerana ilmunya. Janganlah kita mempelaj

Kuliah ahad 8 Nov 2009

Kali ini berkisar tentg riba’ dan jualbeli. Ustaz Mohd Izwan Mahyuddin memulakan kuliah dgn bacaan ayat al-quran dari surah Al-Baqarah ayat 275 dan 276. Beliau menghuraikan riba sebagaimana yang disabdakan oleh rasulullah sebagai 1 daripada 7 dosa besar. Beliau seterusnya membacakan hadith yang mksudnya membayangkan kepada simbolik positif dan negartif dalam kehidupan. Setiap satu perkara di dunia ini ada positif dan negatifnya, dan ini termasuklah jualbeli. Antara contoh perkara baik yg sering disebut untuk kita bawa mati ialah: anak yg soleh, ilmu yg bermanfaat dan sedekah atau kebaikan yg berpanjangan. Selain itu ditekankan juga bahawa setiap umat itu mempunyai fitnya tersendiri dan fitnah bagi umat Nabi Muhammad SAW kini ialah harta. Nabi Muhammad SAW berkata pada satu saat umatnya tidak terlepas dari debu2 riba. Riba’ itu termasuk dlm bidang ilmu muamalat atau fiqh muamalat. Salah satu riba’ yg diberi nama riba’ ad duyun bermaksud lebihan dari transaksi pinjaman. Dalam islam pinja

Kuliah Ahad 1 November 2009

Kuliah kali ini khusus untuk ibu2 yg baru mendapat bayi....hmmm ustazah Kalthum memang rajin memberi petua untuk yg berkeluarga.. Tatacara membelah mulut kanak2 (tahnik) beserta doanya 1. Letakkan bayi dihadapan pelaku tahnik 2. Baca Bismillahirrahmanirrahim 3. Menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW 4. Membaca ayat 12-14: Surah Al Mu’minun Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati yg berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan “pati” itu setitis benih pada tempat penetapan yg kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian kami ciptakan daging2 itu menjadi beberapa tulang; Kemudian Kami balut tulang2 itu dgn daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yg lain sifat keadaannya. Maka Nyatakanlah kelebihan dan ketinggian ALLah sebaik-baik pencipta. 5. Baca Surah Al Falaq 1 kali 6. Baca Surah AN Nas 2 kali 7. Membaca doa : Aku berlindung dgn kalimah All