Hari Guru: 16 Mei 09


Sambutan hari guru di sekolah meriah...


Awal pagi
setelah nyanyian Lagu Negaraku dan Guru Malaysia serta bacaan ikrar..
aerobik : tarian poco-poco
(ish...memang tak reti langsung.....)
kemudian, potong kek, nyanyi lagu untuk gurubesar (harijadinya pada hari guru)
cabutan bertuah, persembahan tarian bangra dan seni silat cekak hanafi..

pertandingan tarik upih, tiup tepung dan tak tahan sekali baling cikgu dgn belon
sayu bila budak2 buat mural atas kain...cop tangan sendiri




mural tersebut dibawa mengelilingi kumpulan cikgu yg berkumpul di tgh2




dengan ucapan dan jeritan ' terima kasih cikgu!!' love that moment sooo much
dan hadiah hari guru thn ini: pnuh pengertian tersendiri

kek, chocolate, gula-gula dan biskuts.. (hmm saya memang suka..) mungkin harapannya agar cikgu akan sentiasa manis datang ke kelas....



Perhiasan diri, hmmm mungkin anak murid mahu cikgu agar sentiasa menarik hadir ke kelas





koleksi cawan dan tupperware serta bekas-bekas kecil dan comel yang lain.... mungkin mereka mahu diingati sebagai anak2 comel yg sering memenuhi hari-hari saya sebagai seorang cikgu



Namun, andaikata kalian boleh memahami harapan guru ini...yg mahu kalian indah peribadi dan pekerti...menghormati malah tentunya berjaya di dunia dan akhirat....
dan andai kalian boleh menyelami betapa kasihnya hati guru ini terhadap kalian...

Rasa kerdil dan tak layak untuk menerima penghargaan dan harapan..kerana betapa budi yg ditabur sebenarnya tidak setanding dgn apa yg diterima....

Terima kasih.....kerana mengajar seorang guru erti tanggungjawab, kasih, sabar dan erti hidup. Terima kasih kerana mengisi hari-hari diri sebagai khalifah seterusnya memberi peluang untuk diri mengumpul amal buat bekal di akhirat....

Moga kita sama-sama memahami antara satu-sama lain.......

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+