Sunday, April 26, 2009

KULIAH AHAD: 26 APRIL 09

Kuliah terakhir untuk bulan April...
Selalunya, saya yang lewat untuk ke kuliah, kali ini penceramah yang lewat...penceramah muda ini perlu mengambil masa dari program yang dihadirinya sebelum ini...
(Saya cuma risau jika ceramahnya habis lewat.. saya perlu mengajar tusyen jam 10.45 pagi kelak.....)

Untuk mukaddimah, ustaz membacakan hadith Rasulullah yg menyarankan untuk bangun malam

Hadith dari Ibnu Abbas: Brangsiapa yg bangun 1/3 malam, maka dihilangkan daripadanya 1/3 amalan jahat drpd hidupnya dan dijauhkan dari golongan yang sesat:

Ustaz muda Amir Muttaqin b. Ghani kali ini bercerita tentang 4 golongan yang sesat...

1. Golongan yang tidak mengerjakan perintah ALLah dan menurut hawa nafsu.

Golongan ini tidak buat apa yang disuruh dan tidak meninggalkan apa yang dilarang.
Manusia itu terjadi dalam keadaan yang cukup mulia, bahkan kemuliaan itu bertambah apabila kita bertakwa kepada ALlah... Kemuliaan itu juga bukan berdasarkan seniority atau pangkat atau sebagainya.. Malah Saidina Ali sendiri pernah berkata: Lihat pada apa yang dikat dan bukan pada siapa yang berkata.... ini menunjukkan nilai manusia itu bukan pada siapa tapi pada apa yang dimiliki. Dan ketakwaan itu adalah sesuatu yang oleh kita miliki.

Kemuliaan itu berdasarkan takwa yang kita miliki. Namun dalam kemulian kejadian manusia itu, ALLah campakkan dalam dirinya keinginan dan nafsu. Atas dasar itu manusia ini memerlukan tarbiah dan tarbiah itu mampu mengawal hawa nafsu manusia.

2. Orang yang sesat ialah mereka yang melakukan maksiat dan mengharapkan ALLah mengampunkan dosanya...

Untuk isi yang ini Ustaz bercerita pengalamannya memandikan mayat seorang pondan..... malah rasanya semua maklum betapa seorg yng melakukan kesilapan, ALLah menunjukkan bukti siksaan nya didunia lagi... Saya tidak pandai bercerita hal ini...mungkin kerana bukan saya mengalaminya....atau mungkin keadaannya terlalu teruk...namun nyata sekali balasan ALLah tetap ada untuk makhluk yang mengikngkari perintahnya, melawan ketentuan ALlah adalah satu kesilapan besar!

3. Mengerjakan amalan tetapi dalam masa yang sama mengerjakan maksiat dgn harapan amalan dapat menampung maksiat yang dilaluinya....

( Ketika isi kali ini jam menunjukkan pukul 10.29 pg...saya dah gelisah..
Ada satu lagi isi yg belum ustaz sampaikan...dan saat ini saya perlu memikirkan mana yg lebih aula dan afdhal.. tidak boleh membiarkan anak2 murid saya menanti terlalu lama.. perlu menunjukkan contoh yg baik adalah lebih utama.. tepat 10.30 saya keluar surau dan terlepas isi yang seterusnya.... =(

Alhamdulillah, bila tiba di rumah selepas mengajar, isi terakhir saya perolehi dari mama tersayang....

4. orang yang sesat ialah mereka yang mengerjalan amalan baik namun masih lagi mengumpat...

Nota kali ini kurang huraiannya, mungkin juga kerana fokus saya yg takut terlepas tusyen anak-anak murid saya.....apapun, moga ada kebaikannya walaupun sedikit...dan sekali lagi moga saya mampu istiqamah untuk menghadiri kuliah kali ini, malah mengikut sunnah Rasulullah untuk memanjangkan serta menyampaikannya...

Moga saya, dan umat islam keseluruhannya bukan di kalangan org yg sesat...moga kita semua sama-sama masuk syurga...kan best masuk syurga ramai-ramai hmmmm... amin

KULIAH AHAD: 19 APRIL 09

Kuliah ini disampaikan oleh penceramah senior yang sangat terkenal Ustaz Ismail Kamus

dan sekali lagi saya terlewat =) saat saya tiba Ustaz sedang berkata:

Biar semua makluk yang ada sujud dan taat kepada ALlah, darjat ALLah itu tetap yang tertinggi, dan sekiranya semua makhluk menentang ALLah, ia masih tidak mampu menjatuhkan ALLah malah darjatnya tidak berubah, masih lagi yang tertinggi.....

Saya suka apa ug Ustaz sampaikan...moga kita sama2 memahaminya melah mengakui kekuasaan ALLah itu....

Tajuk kali ini ialah: Tanda-tanda bagi seorang hamba ALlah.....

1. berjalan di mukabumi ini dengan merendah diri.

Ustaz kata org yang sombong itu adalah orang yang tidak berakhlak... namun ustaz memberi pengecualian kepada mereka yang sombong itu sendiri. Ustaz kata tidak mengapa untuk sombong pada orang yang sombong....

Contoh ustaz menarik: Seorang peminta sedekah meminta sedekah darikita, kita beri dia RM2...kata peminta sedekah itu: apa kelas RM2! Ustaz kata kita perlu sombong balik...ambil balik duit tuh dan jangan bagi lansung....hehehe balasan bagi mereka yang tidak bersyukur...
dan contoh orang yang sombong seperti Firaun dan Qarun

2. Apabila org lain tidak berpuas hati dan memperkatakannya, hamba ALLah berdiam diri

Jangan lawan orang yang marah kerana marah itu sebenarnya dalah penyakit gila. Malah Rasulullah sendiri menunjukkan teladan yang baik apabila berdiam diri apabila dicaci dan diperkatakan...

Ketika isi ini, ustaz turut menyentuh serba sedikit tentang taubat. Ustaz kata Taubat yang diterima ALLah ialah apabila pekerjaan jahat itu dilakukan ketika seseorang itu melakukannya dalam keadaan jahil... Ulama mentafsirkan untuk amal jahat oleh seorg muslim berlaku ketika mereka tidak beriman, dan tidak beriman itu termasuk dalam jahil... kerana

Tidak mencuri seseorang itu sekiranya ketika itu dia beriman, dan begitulah juga halnya dengan amal-amal jahat yang lain...

Maka tercabutlah iman seorang muslim pada ketika dia melakukan kejahatan..

3. Ketika orang lain tidur hamba ALlah bangun untuk solat Tahajjud...

Antara petua untuk bangun malam ialah, tidur awal =) , kurangkan makan di waktu malam dan amalkan tidur sekejap sebelum zuhur...

Sesungguhnya bangun malam untuk beribadat kepada ALLah itu, balasannya ialah syurga....
Kata Al-Balaghi: aku cari lampu untuk syurga ku dan aku temui ia dalam solat malam...

Dr Aidh berkata: solatlah tahajjud atau malam walau beberapa minit lagi hampir ke subuh...
Harus menguatkan azam, takut pada azab ALLah dan tamaklah pada pahala....biarpun tidur itu lazat namun ianya adalah lazat yang tabii..

4. Hamba ALLah itu ialah orang yang berdoa minta dilindungi dari azab api neraka.

Bimbang dan takut untuk menjejakkan kaki ke neraka...Jangan sangka amalan kita mampu untuk menjamin kita masuk syurga..... Sesungguhnya tiada jaminan syurga dengan amalan sebaliknya hanya dengan rahmat ALlah Taala. Tambahlah keazaman dan berdoa setiap hari!

5. Bila berbelanja, menderma... tidak berlebih dan tidak berkurang... bersederhana

6. Tidak berdoa dan memohon melainkan kepada ALLah SWT....

Ustaz kata ramai org yg suka hidup walaupun tidak beriman...sebaliknya ramai org yg tidk suka mati walau beriman.... panjang atau pendeknya umur seseorang itu...penghujungnya tetap sama. mati. Kepada ALLah juga kita akan dikembalikan. Sia-sialah hidup kita jika ianya hanya dipenuhi dgn amalan untuk kesenangan dunia sahaja..

Jangan cabut takdir ALLah...pohonlah hanya pada ALLah... dan....
jangan sanggup jaga orang berbanding menjaga diri sendiri...jagalah diri untuk akhirat....

KULIAH AHAD: 12 APRIL 09

Penceramah kali ini seorang wanita, ustazah Salbiah dari Seremban.

Saat kelas minggu kali ini....saya agak lewat. tercengang-cengan juga menyalin nota yang tidak dapat dipastikan apa fokus utamanya.......

Namun, setelah diteliti...ia banyak berkisar kepada sikap kita yang seharusnya realistik dalam kehidupan....

Malah kita harus memegang realistik itu dari sudut pandangan yang telah disediakan oleh ALLah. Malah ALLah menyediakan panduan yang harus kita fahami.

Ustazah berkata memahami ayat AL Quran sebagai jalan yang sempit adalah salah...
Seharusnya kita perlu baca, faham dan jelas tentang jalan-jalan orang yang soleh dan jalan2 org yang berdosa yang terdapat di dalam AL-Quran dan tidak memahami AlQuran melalui cara untuk berubat, atau menggunakan alternatif Al Quran untuk tolak bala dan perkara remeh yang lain.

Ustazah bercerita betapa realistiknya apabila Rasulullah menerima wahyu saat usianya 40 tahun. Saat itu Rasulullah sangat arif malah kenal benar dengan selok-belok kota Mekah. Rasulullah kenal penghuni setiap kediaman dan sudah tentunya arif dengan kejiranan yang ada. Bahkan ini memudahkan proses pengembangan dakwah Rasulullah SAW.

Ustazah turut menekankan realistiknya konsep kejiranan. Betapa ALLah menyediakan pahala untuk bersilaturrahmi, malah kita disuruh memulakan sapaan, menegur dan berbaik-baik dengan orang yang tidak mahu menegur kita.

Ustazah turut menyentuh tentang harapan. Ustazah kata, harus ada seseorang yang menghidupkan harapan-harapan manusia. Berilah harapan, memahami kegelisahan, masalah dan keperluan. Ajar dan jangan hanya memberi komen, bersikap realistik, tegur jika ada kesilapan dan kekurangan...dan tegurlah dengan baik, kerana manusia sukar menerima kekerasan.
Ustazah juga ada menyebut betapa pendidikan itu adalah pengorbanan (sebagai seorng guru,saya sangat suka ayat ini!!!)

Realitinya: ambillah manfaat daripada masyarakat.
Realitinya: Perlu ambil tahu dan sedar tentang keadaan kawasan setempat
Realitinya: Kita perlu belajar dan mengambil Al Quran yang lengkap itu sebagai panduan untuk menghadapi realiti kehidupan...

Paling suka sekali bila ustazah menganjurkan kita untuk berjalan dimuka bumi ALLah ini dan melihat realiti dunia...seronok bila dengar ustazah bercerita tentang niagara falls...satu keajaiban dunia yang semestinya real.....hmmmm realitinya bila nak pergi sana????

KULIAH AHAD: 05 APRIL 09

Kuliah oleh ustaz Zulkifli Ahmad...

Nabi Muhammad SAW mengajar kita mengabdikan diri kepada ALLah dalam segenap hal....
Hadith nabi kesemuanya mengajar kita mengabdikan diri kepada ALLah dan menjauhi taghut.

Dalam diri manusia itu ada 2 perkara:
1. Takwa dan
2. Sifat keji

Takwa akan dibimbing bila manusia belajar, dan terdapat 3 perkara penting dalam diri ketika berada di dunia ini.

1. Jihad : Mereka yang berjihad, wali-wali ALlah yang berjihad itu sebenarnya memelihara agama ALLah....

2. Menuntut Ilmu : ia membantu kita mengelakkan diri kita dari disesatkan... Ilmi merupakan sesuatu yang diajar, dipelajari dan diamalkan .

3. Bekerja mencari rezeki.

Hidup jadi manis apabila ketiga-tiga perkara penting tersebut dilaksanakan.

Ustaz bercerita tentang surah Ad Dhuha dan tafsirannya yang berkisar kepada manisnya perjuangan, malah asbabul nuzul bagi ayat tersebut turut menyentuh hati... Diturunkan ayat tersebut saat orang2 kafir merancang untuk membunuh nabi, nabi mengetahuinya dan balik kerumah untuk serta berselimut...lantas, turunlah ayat tersebut...

Nabi kita SAW turut mengajar kan kita adab berdoa...bila didatangkan musibah, Nabi Muhammad tidak segera meminta agar musibah itu dijauhkan, sebaliknya beliau meminta pada ALLah agar diberi kekuatan untuk menjadi hamba yang sabar malah bersyukur...SubhanaALLah.

Ustaz membincangkan kenapa kita hari ini jadi jahat....kesimpulan ringkas yang boleh dibuat, kerana jiwa kita kosong.. dan betapa perlunya kita sebagai hamba dan khalifah melaksanakan program bukan untuk diri sendiri sebaliknya membentuk keseluruhan umat menjadi baik....

Untuk itu Ustaz berkata sebagai khalifah yang bersaudara kita perlu menunaikan 4 hak bagi saudara kita:

1. bantu kebaikan yang telah mereka lakukan. Apabila melihat kebajikan yang dilakukan oleh seseorang, kita hencdaklah memujinya.

Malah Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk menerima kebenaran walau datangnya dari orang yang fasik....

2. Memohon ampun atas dosa-dosa orang lain.
3. Mendoakan dibelakangnya, sebut nama-nama mereka tanpa pengetahuan.
4. Hendaklah mencintai orang yang bertaubat daripada mereka....

Akhir sekali ustaz berulangkali mengingatkan agar jangan perasan bahawa kita ini sudah cukup baik..... Sebagai manusia kita mesti ada kesilapan dan kita bukannya Nabi yang maksum...

Ustaz menasihati kaum-kaum ibu agar istiqamah dan kata-kata ustaz yang sangat menyentuh hati saya:

Seorang wanita solehah itu adalah lebih baik dari seribu lelaki yang ada....peliharalah diri dan istiqamah...

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...