No More Yeah,YeAh cuTi sekolah for Me!!

Awak bukan anak yg ditinggalkan di tepi2 jalan, depan masjid atau dalam tong sampah…
Awak ada ibu dan ayah yg sanggup pelihara awk dari kecil… Yang sanggup kerja lebih hanya untuk sediakan makan, tempat tinggal dan hantar awak ke sekolah…

Bayangkan betapa beruntungnya kalau awak takda…duit yg digunakan untuk belanja awak tuh boleh guna untuk dia beli rumah ,barang yg dia suka…

Tapi dia pilih untuk jaga awk….. Duit yg dia ada dia guna untuk beri awak makan, bagi awak baju cantik2…..sediakan pendidikan, hantar awak pergi sekolah supaya awak jadi org pandai… Sebab apa.. sebab sayangnya mereka pada awak…

Cikgu sendiri…boleh biarkan awak…. Tak masuk kelas….duduk bilik guru dan tak kisah awak buat kerja,pandai atau tak pandai,tahu ke tak tahu ke…. Apa untung cikgu kalau ajar awak? Sama jer kalau cikgu tak mengajar….gaji cikgu tetap penuh…tapi cikgu pilih untuk ajar awak..berusaha agar awak faham…. Semak kerja sekolah awak……pastikan awak boleh buat soalan….. Kenapa?…sebab cikgu pun sayang awak

tapi

Sampai hati awak buat org2 yg sayang awak macam nih…Awak tahu tak betapa berkecainya hati cikgu dan mungkin hati mak bapa tgk keputusan awak begini…..
Tak pandai, bodoh…cikgu tak marah..tapi apa yg cikgu perhati…masing2 kurang usaha…malas….tak mahu nak cuba..ambil sambil lewa… Awak dah tahun 6..tidak sama mcm awk drjh 1 dulu…..

Orang yg berani ialah orang yang sanggup berhadapan dgn kelemahan diri dia sendiri… Kita kata askar berani kenapa? Kerana dia sanggup berhadapan dgn tembakan dan peperangan…..Kalau kita nmpak org lawn harimau…kita kata beraninya org tuh, kenapa?? Sebab org tuh berani berhadapan dgn sesuatu yg menakutkan semua orang…. Awak kata matematik susah…malas nak buat malas nak kira??? Penakut dan pengecutnya awak sebab benda yg sebegitu pun awak tak berani nak berhadapan……. AWak kena lawan,
usaha… U. S.A.H.A

Sebahagian daripada bebelan yg saya ingat untuk hari terakhir persekolahan sebelum cuti penggal pertama…

Saya geram sebenarnya…..45 orang dari 3 kelas yg saya ajar gagal…A Cuma 3 orang sahaja, itupun dari 1 kelas yg sama… Ngee sedih…..
Sempat’ basuh’ 2 kelas…..

Sebelum saya bersurai saya pesan pd budak untuk bawa kertas peperiksaan mereka pd ibubapa mereka dan cakap

“Mak ini keputusan periksa saya…..saya tidak lulus@saya tidak dapat A kali ni, TAPI saya janji AKAN USAHA untuk dapat A UPSR nanti…..”
Saya pesan dan suruh mereka ulang kata2 saya, saya pesan juga suruh mereka lihat reaksi dan wajah mak mereka nanti…

Isnin nanti…cikgu tunggu awak untuk kelas pemulihan……. Kalau pun awak tak nak dtg, cikgu tetap dtg… terpulanglah pada awak, cikgu malas nak paksa…awak dah hampir dewasa…awak nilai sendiri mana baik dan mana buruk …( No More Yeah, yeah cuti sekolah for ME!!!!!!!)

Tak sangka…tiba2 Nik Athirah Husna yg turut gagal kertas math dtg pada saya.

Cikgu…saya bukan tak nak belajar tp….saya tidak boleh belajar ramai2 saya tidak faham…

Dan dia menangis teresak-esak……….

Saya jadi sayu…………………

Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Kembara Rohani yang baru.. .