Thursday, January 29, 2009

Maafkan saya..biarkan saya...

Hasan sangat nakal. Setiap kali saya mengajar, tumpuannya tidak pernah pada saya. Saya bercakap, dia bercakap. Malah namanya sering saya sebut dalam kelas.....

sering saya bebelkan dan sering saya marah.Tidak pernah pun satu kerja yang saya beri disiapkan dengan sempurna........

Adakalanya sesi pembelajaran terganggu dek kerana memberi perhatian yang lebih pada Hasan. Adakalanya saya berdiri disebelahnya hingga selesai kerja, jika tidak kerjanya entah ke mana.......

Setiap hari mengadap Hasan, angin saya tidak baik.... rungutan saya adakalanya tidak hanya dalam kelas.....geram.

Satu hari saya masuk ke kelas Hasan mengajar seperti biasa.......
Hasan tidak lagi saya endahkan. Saya tidak kisah sama ada dia membawa buku atau tidak? malah saya tidak kisah jika dia bermain? sekalipun dia bermain dengan teman sebelahnya, saya arahkan temannya berpindah tempat.......sikitpun saya tidak kisahkan dia..... Malah saya tidak memandangnya langsung....

Keesokannya sama, kenapa perlu saya abaikan yang lain hanya kerana Hasan...... begitu juga hari ketiga, keempat dan seterusnya...........

Setelah seminggu, saya mula sedar perubahan Hasan..... dia mula fokus, kerja saya mula disiapkan biarpun ada yang salah..... dan saya kembali memandang wajahnya...

Manusia seringkali melakukan kesilapan.......sering lupa dan sering tersilap langkah......
manusia itu insan.

Adakalanya, manusia harus dibiarkan untuk dia berfikir sendiri hakikat dan kebenaran....
Jangan diasak setiap hari....mungkin dia jemu dan mungkin juga dia bakal keliru......
Akur bahawa kebaikan itu adalah sesuatu yang harus diterima,
Namun seperti Hasan, adakala saya cuba mencabar malah mungkin menduga.......
Maafkan saya....

Adakala merasakan diri seperti Hasan, ingin diberi perhatian lebih.
Jangan marah saya kerana saya akan sukar untuk menerima.. tapi biarkan saya.....
Doakan agar petunjuk dari ALLah mengiringi keputusan yang bakal dibuat

Na... if u read this, I want u to know on that day..... I felt like crying, being blamed and eager to end up our conversation....but still, do understand ur expecting the best for my life..... Ur my best friend

sekali lagi, awak kecewa pada saya dengan tindakan dan keputusan yang saya buat untuk orang lain... hati saya memang keras dari dulu...

sekali lagi, mungkin tindakan dan keputusan saya terlalu cepat untuk itu semua....dan mungkin melulu

Kali ini,biarkan saya dan tinggalkan saya.......

benar..... mengapa menolak kebaikan yang tiba????....

cuma, biarkan saya.....

yes, i should sit down calmly, giving myself a deep thought n muhasabah diri...
me and myself only.......

moga keputusan yang baru kelak bukan untuk diri sendiri, bukan kerana orang lain tapi ikhlas kerana ALLah Taala

Monday, January 26, 2009

peringatan kematian untuk erti kehidupan

25 Januari 2009

Awal pagi itu rasa sungguh2 malas untuk ke surau seperti biasa...
Apatah lagi bila tghari nanti ada tamu yg bakal bertandang... Kawan2 si Asmak.

Hmm alasan je tuh, iman itu turun dan naik...mood manusia juga begitu, malah ada kajian yang mengatakan mood wanita lebih cepat berubah berbanding lelaki...hmm ye ke? nampak gayanya malas dah semakin menyinggah..
Tapi kalau tak pergi sekarang... azam untuk istiqamah menghadiri majlis ilmu tak akan terlaksana...

Tiba di surau annur...

Siapa yer penceramah kali ini...ish mudanya penceramah kali ini

dan mukaddimahnya menjadi satu lagi alasan untuk saya kembali menaip disini.....
Panjang juga mukaddimah ustaz muda nih....katanya :

Rasulullah pernah bersabda: Ada 5 golongan yang datang ke majlis ilmu...

1. Golongan yang alim dan menyampaikan ilmu yang dimilikinya
2. Golongan yang belajar...
( Hmm, mujur bawa buku catatan seperti biasa, :) pedih juga dengar kata-kata perlian ustaz muda seorang ini. )
3. Golongan yang mendengar...
4. Golongan yang mencintai ilmu

Namun Rasulullah berpesan, jganlah jadi golongan yang kelima..(sayangnya ustaz tak terang lebih lanjut pula bab satu ini)

mukadimah yang penuh dengan sindiran, namun masih lagi beralas...hehehe. Moga tindakan saya kali ini menyenaraikan saya dalam golongan yang teratas sekali..kalau boleh tersenarai dalam setiap golongan kecuali yang ke5 tuh....

Dan isi ceramah dalam kelas kali ini berkisar tentang Ayat 18, Surah An Naba' Juz 30...

"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok"

Muadz b. abal bertanya : Aku tidak faham ayat tersebut ya Rasulullah
Rasulullah menjawab: Perkara inilah yang paling aku takuti sekali, pada akhir zaman kelak, manusia akan dibangkitkan kembali dalam 12 golongan dan hanya satu golongan sahaja yang layak untuk memasuki syurga.
11 golongan lagi akan dibangkitkan dalam pelbagai bentuk dan rupa.... (Sayangnya Rasulullah pada kita kan....rindunya menatap wajah org yang sayangkan kita.....)

Golongan pertama: Golongan yang dihidupkan tanpa kaki dan tangan.
(Lucu pula bila ustaz minta dibayangkan keadannya seperti buah terung, namun ngeri pula rasanya bila ustaz kata ini adalah balasan untuk mereka yang sering menyakiti hati tetangganya... Adakala kata kita tak beralas, tindakan kita untuk diri sendiri, moga2 saya dan keluarga dijauhkan dari tergolong dgn kumpulan terung2 ini. Nauzubillah.)

Golongan kedua: Mereka yang dibangkitkan menyerupai babi...bukan seperti babi tapi menyerupai babi....Golongan inilah yang sering melengahkan waktu solat....
( Sejak masuk sekolah dan mula mengajar, agak sukar untuk melaksanakan solat di awal waktu.....kadang2 pekerjaan dan tanggungjawab semasa yang ada seumpama merantai kaki dari melangkah untuk berwudhuk..ish, tapi saya tak nak menyerupai babi...hmm pelu tegas pada diri!!!! patutlah sejak buka sekolah nih mood kian turun.....kesian iman saya...hehehe)

Golongan ketiga: Golongan yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular berbisa....dan mereka inilah yang tidak menunaikan zakat.

Golongan ke4: Keluar darah dari mulut mereka, inilah balasan bagi mereka yang suka berdusta dan becakap bohong. (siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri)

Golongan ke5: Mereka yang dihidupkan dalam keadaan berbau busuk.. hmm inilah balasan bg org yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan...

Golongan ke6: Mereka yang dicincang pada tengkuk dan bahunya...itulah balasan untuk mereka yg suka tengok maksiat...

Golongan ke 7: Mereka yang keluar tak berlidah, nanah dan darah ada di mulut mereka: inilah balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

Golongan yang ke8: Mereka yang keluar terbalik...kepala dibawah, kaki diatas...ini untuk orang2 yang berzina ketika hayatnya didunia.

Golongan yang ke9: Mereka yang berwajah hitam, mata biru dan perut penuh dengan api...Eksklusif untuk hamba-hamba ALLah yang makan harta anak yatim...

Golongan ke10: Sesiapa yang rasa nak hidup kembali dalam keadaan kulit yang bernanah dan berkudis....buat-buatlah derhaka pada kedua ibubapa masing2.... (Ma dengan abah, K. Ni minta maaf !!!!!!!!!! )

Golongan ke11: Mereka yang buta hati dan mata, gigi seperti tanduk, bibir sampai ke perut...dan dari perut ke peha keluar kotoran.....ini hanya untuk mereka yang minum arak dan minuman keras lain

dan tentunya: golongan yang ke 12......Golongan yang beramal soleh, menjauhi diri dari maksiat, jemaah 5 waktu malah mati dlam keadaan bertaubat.....dan inilah yang bakal mencium bau syurga, yang pantas melalui titian siratulmustaqim, yang wajahnya bercahaya seperti bulan purnama....

Di mana ya saya??? solehahkah saya hingga layak tergolong ke golongan ke 12???? Benarkah saya tidak menyakiti hati iran saya? Benarkah saya tidak melengahkan solat? benarkah saya tidak pernah berasa hati dengan mama dan abah, malah meninggi suara? Benarkah saya bukan anak derhaka????

Rasa sangat jauh...apatah lagi saat ini saya rasa iman semakin goyah.....
solat saya kian hilang keinginan untuk khusyuknya... dimana silap saya?????
Istiqamah saya semakin pudar.

Moga ALLah tidak terus berpaling dan meninggalkan saya.......
Moga saya masih lagi tersenarai dalam senarai mereka yang menerima rahmat dan hidayahnya...

Saya hamba yang sering menzalimi diri sendiri...........

Terima kasih atas peringatan untuk kematian, semoga ustaz terus diberi kekuatan untuk berdakwah. Untuk lebih banyak peringatan lagi, intailah www.ibnughani.blogspot.com . Moga ilmu yang bermanfaat itu akan terus tersebar luas....

Moga ALLah pandang usaha saya ini malah menjadikan ia alasan untuk menambah rahmat dan hidayahnya pada diri yang serba kekurangan ini.......

Tuesday, January 20, 2009

WE WILL NOT GO DOWN

But our spirit will never die!

http://michaelheart .com/Song_ for_Gaza. html

WE WILL NOT GO DOWN

(Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart) Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down

In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain

But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down

In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Wednesday, January 07, 2009

Kacamata sikecil

Hari ni bilik guru, sedang sibuk menanda buku... masuk dua anak murid saya...entah apa yang dicari.. yang pasti bukannya saya...

Sempat juga si Redhwan dan Hasan menegur dan memberi salam pada saya...

Sebelum keluar...tiba2 si Redhwan berpatah balik ke globe yg ada tak jauh dari meja saya..

Memutar-mutar globe itu sambil berkata; mana negara Israel huh???(Ada ke Negara Israel ????)

Dari kacamata budak berusia 12 tahun: Kalau semua negara bersatu kita boleh kalahkan Israel yang kecil ini.......

Tangan saya berhenti menulis rancangan mengajar...budak berusia 12 tahun sudah pandai menilai..

Semalam ketika saya masuk ke kelas.. masing-masing sibuk buka buku teks matematik.. tapi Redhwan leka dengan suratkhabar Berita Harian, ruangan dunia dan tentunya berita kekejaman Palestin.....

Dan saya terpaksa menyuruh dia menyimpan akhbar tersebut...

Israel nih cikgu kejam sangat....


Dia kenal bahawa mereka yang ada di Palestin sana adalah teman-temannya...

Ada yang seusia dengannya...

Dia tahu apa yang berlaku adalah tidak adil!!!! Maha suci ALLah, dia menilai mana yang benar dan mana yang salah.....


Andai Israel boleh mendidik anak kecil mereka membenci Islam.. mengapa tidak kita menanam semangat mencintai saudara dan sahabat kita yang lain....... mempertahankan nilai dan harga diri...................


STOP SUPPORTING CHILD KILLERS!!!!!!








Adalah menjadi kewajiban bagi membantu saudara sendiri...mereka saudara kita...

Berat mana masalah yang kita hadapi adakah ia mampu menandingi beban yang telah ditanggung oleh saudara kita di Gaza sana.....
Kita di dunia tidak diciptakan oleh ALLah bersendirian, kita ada orang sekeliling dan setiap satunya mempunyai fungsi dan sebenarnya adalah harta untuk kita... ada nilai malah ia adalah sokongan untuk ibadah yang kita lakukan..

jika tidak masakan ALLah ciptakan imam, untuk kita ikuti.
Jika tidak, masakan ALlah ciptakan ibu untuk kita hormati, bapa untuk memberi naungan..
Sahabat , jiran dan teman untuk melahirkan rasa dan perasaan....

Untuk apa senyuman kita jika tidak disampaikan kepada yang lain..

Kerana kita tidak perlu sendiri...
Sebagaimana yang lain memerlukan kita dan kita memerlukan yang lain

Mereka di Palestin perlukan kita...
Sampaikanlah doa dan laksanakan kewajiban yang perlu kita tunaikan..

Redhwan.....Ketua kelas ini akan sentiasa menyampaikan terima kasih cikgu setiap kali saya keluar kelas selesai saya mengajar.....

Kali ini kalau lah boleh awak dengar; TERIMA KASIH REDHWAN!!!

URL: http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...