Cerita saya

Lama juga saya tak menulis disini....

Malah, cuti sekolah saya kian berakhir rupanya....
Bermula awal cuti sekolah hingga kini....macam2 dah berlaku, macam2 perkara yg dah saya buat untuk diri sendiri...adakalanya menguntungkan dan adakalanya menerbitkan rasa kecewa dan penyesalan dalam diri....

Apapun sekali lagi, masa terus berlalu...terkilan iya, tapi menyesal sudah tiada gunanya..

2 minggu pertama cuti, masih ke sekolah: mengajar kanak-kanak pemulihan dan bertugas. Sayangnya tak semua yg datang..ke mana mereka dan apa yg mereka buat yer...

sepanjang cuti....sempat belajar masak roti jala, Syirian onion bread, muffin. buat dadih,Kek buah kukus, masak pau goreng dan menghabiskan masa dgn kakak2 kesayangan saya..K.Pisah, K.Sal, K.Fidah dan tentunya K.Suraidah.....

Sempat bersama Sarah...menghabiskan sisa sebelum dia bergelar isteri org...Malah sama-sama memeriahkan majlis mereka.Tahniah yer Nizam N Sara....

Sempat jadi baby sitter dan

Paling mengejutkan, tindakan saya menyepikan diri ke rumah Linda di Sentul selama seminggu..merajuklah tuh..hehehehe....Wa, Linda, Cha dan k.Ti sudah semestinya pergi bekerja..dan apa yg saya buat hanya duduk, makan dan tidur....oh ya sempat juga melawat Zoo Negara, jog di Taman Tasik Titiwangsa dan naik eye on Malaysia.....

Pada waktu yg sama...meriah cerita Lima di Langkawi, kecoh kisah Hindraf, tragis bencana alam yg ada disana sini, dan tentunya glamour anugerah skrin......

Dunia ini penuh dengan cerita...

Bila saya berjalan dan memerhati mereka yg ada dijalanan...saya sering berfikir apakah cerita mereka...apakah yg telah mereka lalui...apakah rasa yg mereka pendam.....dan apakah yg mereka nilai dan mereka impikan...

Apakah sama dengan pedih yg saya rasa...Kuatkah mereka menghadapi apa jua yg ada.....Malah sejauh manakah mereka percaya bhwa mereka akan menemui apa yg mereka citakan.

Di sini..ini cerita saya...perjalanan saya ke penghujung...my journey to the end... Mempercayai bahawa setiap satu punya penghujungnya, derita akan berakhir...bahagia akan diduga..kerana bumi ini berputar. Malahan jarum jam itu sendiri berputar, kdg2 diatas, kdg2 dibawah. Dan logiknya kita akan melalui setiap sesuatu, berakhir dan bermula kembali...untuk kita melepasinya dan mengakhirinya sekali lagi
Yang penting perjalanan harus terus..jatuh tersungkur harus bangun...berjaya melewati onak dan duri..tidak perlu bangga diri. Sesekali saya rasa tersungkur yg amat sangat..dimalukan malah memalukan diri sendiri.

Namun...harus belajar dari kesilapan dan jangan sesekali putus asa dengan kehidupan ini........
Hayati dan nikmati kehidupan yg sekali ini sebaiknya......

Life is a countinous experience. It is given 2 us in stages, one day at a time, DO NOT LOOK BACK and grief about the past, FOR IT IS GONE FOREVER!! Do NOT TROUBLED by the future, AS ALLAH WILL PROVIDE. LIVE IN THE PRESENT AND MAKE IT SO BEAUTIFUL THAT IT WILL BE WORTH REMEMBERING...

I used to believe..Life Never Promised to be wonderful...we need to keep on struggling and fighting, suddenly i realized that the beauty comes from me. The beauty of life should be created by me....MAKE IT SO BEAUTIFUL THAT IT WILL WORTH REMEMBERING...MAKE IT REALLY, REALLY WORTH REMEMBERING....Keep on struggling and fighting making our life to be worth remembering!!!

Bagi mangsa dan keluarga mangsa banjir dan bencana sekitar Malaysia, Pahang, Johor, Kelantan, Trengganu dan N.Sembilan...Takziah dan mga kalian berjaya melepasinya.....

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+