Saturday, June 24, 2006

J.O.D.O.H


Sejak akhir2x ini isu jodoh sering mendapat perhatian umum.....
dari isu wanita profesional yang tidak berkahwin....kahwin misyar,isu tiada jodoh Erra,Yusri dan Noraniza Idris, dan sudah tentu isu jodoh Siti Nurhaliza yang masih menjadi tandatanya dan rahsia.....

Anehnya, masyarakat tidak muak dengan cerita sebegini..namun inilah realitinya bila kita hidup bermasyarakat

selagi manusia itu hidup,sudah tentunya perkara yang berkaitan dengan kehidupan ini terus diperbincangkan.....apatah lagi bila perjalanan hidup kita ini masih lagi menitikberatkan isu adat dan sudah tentunya syariat yang perlu dipatuhi....cuma sesekali rasa muak bila ia terlalu diperkatakan,dan tentunya cuak bila harapan tinggal impian......namun meyakini bahawa ia fitrah yang telah ditentukan Tuhan... terselit rahsia dalam setiap perancangannya....


Saya juga akur keyakinan terhadap ketentuan Tuhan ini jugalah memberi kekuatan buat sahabat Naemah, Normah, Azmila, Noor Ilyana dan Norhanani Shahbani untuk menghadapi hari bahagia bergelar isteri.......
Moga kalian hadapi saat darah manis musim pertunangan kalian sebaiknya.....

Dan sudah tentunya saya tidak layak membicarakan apa yang bakal dihadapi......apapun setiap satu perkara ada dugaan dan cabarannya, sudah tentu kebahagian kalian menjadi sebahagian dari harapan saya.......


Moga persahabatan kita jua kekal hendaknya........dan yang terbaik untuk kita semua sentiasa insyaALlah......

p/s: Selamat pengantin baru kak Saliza dan Zuhdi....semoga jodoh berkekalan insyaALlah




Thursday, June 22, 2006

+Tragedi Hari Temuduga II+

Balik dari temuduga..kepala dah sedikit pening…alhamdulillah hari nih cuti, ambil cuti awal-awal lagi…….tapi tetap gi sekolah untuk hantar shifa' dan zaki ke sekolah.

Dalam kereta kepala tambah pening dengan soalan-soalan shifa'…..terpaksa minta dia diam sekejap…..dan dia pun diam penuh tandatanya…

Sebenarnya macam-macam plan hari nih

Nak gi bayar duit keta
Nak gi service kereta…. (Dah sebulan pakai kereta baru hehehe….)
Janji nak jumpa naem di officenya dekat Darul Takaful hari nih……..
Nak settlekan kutipan bacathon dalam akaun PIBG

fikir gak 2 3 kali…mana satu nak buat…..akhirnya saya park kereta di Stesen UKM dan ambil train ke Bandar Tasik Selatan seterusnya ke stesen Sultan Ismail….

Hujan renyai hari tuh..tapi redah juga…saya jalan ke Maju Junction, kes kecemasan…agak tak larat juga tapi rasa boleh bawa diri lagi….bila dah ok nak jalan hujan pula…

Alang-alang di Bangunan Maju Junction, jengok member2 opis lama, lagipun hujan makin lebat..nak jalan ke Darul Takaful tuh agak jauh….

Bilik Pegawai Tadbir cik G semakin tersusun sekarang…bilik barulah katakan
Sempat gak lawat bilik Setiausaha Sulit Menteri yang baru En.Nassar.
wah…duduk dengan menteri sekarang..hehehe congrate…apapun seperti yg En. Nasar katakan semua nih pinjaman dan sementara sahaja……tabik la dgn abg saya sorang nih
Tahniah juga dengan kehadiran second baby tak lama lagi..
Waktu saya tinggalkan baru anak pertama…..nih nak masuk 2 dah
Alhamdulillah..by the way..nice knowing u too

Keluar Opis dapat payung baru Kementerian dari G…hehehe thanks….

Jumpa Naem..ambil barang…

Balik agak lewat dan sakit kepala tiba-tiba datang pula…ambil train ke KL sentral…..

Dari KL sentral ambil train ke UKM….dalam train tak de tempat duduk….berdiri ….entah kenapa kepala jadi berat dan pandangan kabur……

Saya pitam hari tuh dalam train dari KL sentral ke UKM, mujur ada hamba Allah yang baik hati bagi tempat duduk…..dan payung hadiah dari G tertinggal entah dimana………………

+Tragedi Hari Temuduga I+

Tiga malam sebelum temuduga (temuduga untuk pengesahan jawatan guru) tidur awal tapi sering terjaga 3,4 kali,tidur pula mimpi bukan-bukan. Sempat juga membelek buku bekal dari gurubesar sebagai persediaan temuduga : falsafah pendidikan, teras RMK 9, Konsep pembelajran dan macam-macam lagi…..

HARI TEMUDUGA

4 pagi : mata dah berkelip-kelip tak boleh tidur…
5 pagi : Dah buka internet nak tengok cerita dalam suratkhabar hari
nih…..

9.00 pagi dah ada depan bilik temuduga walaupun surat temuduga mencatatkan maklumat seperti di bawah:

Tarikh : 21-06-2006
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Aras 1 BlokB3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Putrajaya


Penemuduga , Tuan Sarjeet Singh…..ahli suruhanjaya

11 lebih masuk bilik temuduga…dub dab dub dab……..

Ceritakan sedikit tentang kelebihan diri kamu sebagai seorang guru…..
Entah kenapa saya blank tiba-tiba, ambil masa yang lama untuk jawab…..dan serius sampai sekarang tak ingat apa yang saya dah jawab untuk soalan tuh…..

Bila hari guru?
14 Mei eh 13 Mei………serius saya pernah ada maklumat nih dalam kepala otak saya tapi suddenly lost….

Apa tema hari guru…
Saya pun tak ingat saya jawab apa…….tapi saya sure maklumat nih pun pernah ada dlm otak saya

ِApa relevannya PIBG?
Nih pun saya tak ingat saya bantai apa

PLUS singkatan untuk apa?
Lebuhraya utara Selatan, P untuk apa yer..isk keluarlah cepat……Projekla makcik

SPP tu apa? Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Ibupejabat dia dimana?
Putrajaya

MBB singkatan untuk apa?
Maybank..Malayan Banking Berhad

Angelina Jolie tuh siapa?
Pelakon…isk cepatla pula kamu menjawabnya….

Siapa suaminya?
Kalau tak silap Brad Pit…

Apa isu terbaru dia?
Lahirkan anak ..

Di mana?
Afrika……

Rudi Hartono tuh siapa?
Pemain badminton

Negara mana?
Indonesia

Sebutkan 2 negara selain Malaysia, nama pemimpin dan ibu negara
Filipina, Gloria Marcapagal Arroyo, Manila
Indonesia, Bambang Susilo Wahyuno, Jakarta

Beri satu isu pendidikan…
Masalah disiplin…

Pukul berapa warta perdana?
Muka konfius….8,8.30 kot….

Soalan terakhir… Germany lawan Ecuador siapa menang…
Muka terkejut ha….tak berjawab..serius tak tahu pun

Keputusannya….Pengetahuan Am yang sangat lemah, banyakkan membaca dan jangan ambil lewa sesetengah perkara (akui kesilapan diri), cepat panik (memang pun)…, dan terlalu lembut (hey….iya ker?!) perlu ada keyakinan dan ketegasan dalam diri……Selain itu nasihat tentang betapa pentingnya mengetahui apa yang ada disekeliling kita bukan setakat bidang kita tapi keseluruhan apa yg berlaku disekeliling kita….tak lupa juga nasihat supaya menjadi guru yang baik dan tak mensia-siakan peluang yang ada

Keluar bilik temuduga dah rasa sedih sangat……….apapun Terima kasih En Sarjeet, InshaAllah saya cuba perbaiki mana yang kurang…..namun rasa tidak selamat tetap ada dalam diri…

Kawan2 yg bakal ditemuduga…All D Best K……..Moga apa yang tertera bakal jadi panduan sikit sebanyak……

kawan-kawan tolonglah doakan saya lepas temuduga nih………..kecewa sangat dgn apa yg berlaku hari ini sebenarnya…tolong saya yer doakan saya tau…Doakan saya jadi guru yang memang layak berada di sini….sedih dengan diri sendiri…….isk..isk..isk

Sunday, June 18, 2006

+ WatchinG ClOuDs+


On a day when the sky is brilliant blue and the clouds move by in their formations of different shapes, call your children to interpret their shapes. Ask them what they can see. Are there animals,people or shapes of other living things or objects? Can they see dinosours, elephants, eagles, tigers, etc? Bring sketchbooks for urself and ur kids and draw what you see above u. Do not disagree with ur children. Instead, be fascinated with what they describe to you.

Fantasy and imagination are important ingredients for creative mind. By asking your children to associate cloud shapes with animals,you are nurturing their natural and inborn of associations. This will stregthen their powers of observation and correlation, a fundamental creative skills. After all, creativity is about the ability to make connections between two or more unrelated objects or events


Tip No 11 from book entitled Nurturing Creative Children by Dr. Yew Kam Keong Page 32.

Sjak jadi cikgu nih, dah mula pandai baca buku keibubapaan seperti ini, walaupun belum bergelar ibu lagi…..adakalanya ia mengimbau telatah diri sendiri sewaktu kanak-kanak….

Watching clouds is one of my favourite things to do during childhood…Unfortunately I used to do it alone ….
dan lama betul saya tak buat benda2 macam tuh…….dan kali ini ia mengundang interpretasi yang berbeza…….Besarnya keagungan Pencinta….SubhanaALlah…

lega rasanya dan terlepas sebentar beban terpikul di dada dan resah yang bersarang di hati…………

my journey continues……..

Milla: Takziah…….K.Liza, Nani, Azlin: Tahniah……………

~ Walau dimana pun kita langit yang menaungi kita semua tetap sama ~

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...