:: HaPPy BiRthDaY Ma ::

"Tampa dia,tiadalah saya..Tampa kelahiran dia, tiadalah kelahiran saya"


Sketsa 1:
"Sedapnya kalau dapat kuih tepung pelita.." kata-kata yang pertama kali disebut oleh si anak sebaik shj pulang dari asrama. Mama cuma tersenyum. Malam itu selepas Isha' si anak menanti mama pulang dari surau seperti biasa. Banyak benar perkara yang ingin diceritakan tentang hal asrama dan sekolah. Mama pulang agak lewat bersama kuih tepung pelita yang diidamkan…


Sketsa 2:
Perut memulas tak tentu hala. Kepala pula bagai nak pecah. Panas, bahang dan terik tak dapat nak diluahkan…pada siapa anak mengadu..ahh biar sajalah…Anak sudah dewasa menginjak usia 23 tahun dan hampir 24 tahun, sudah boleh berkeluarga..takkan masih tak mampu menahan sakit yang sedikit. Tapi..tak kan tiada yang ingin ambil tahu…..dalam melayan perasaan, mengerang kesakitan, tiba-tiba terkejut dek tangan hamba Allah yang dipanggil mama lembut menyapu minyak pada perut si anak…jam berdenting tiga kali..3 pagi…tak lena tidurkah dia?


Sketsa 3:
"Agaknya ini balasan Allah atas dosa mama pada arwah nenek dulu?" Mama mengeluh menyalahkan diri sendiri. Pelik….sepanjang pemerhatian si anak, mamalah anak paling lurus, lembut dan menurut kata. Mama cuma tidak mahu menunding jari pada sesiapa. Krisis keluarga merupakan perkara biasa yang seringkali dihadapi apabila anak-anak melalui proses keremajaan. Namun, apa yg terluah cukup mengajar si anak menilai dan seterusnya mengambil pengajaran…


Sketsa 4:
Macamana awak baca Fatihah ni..awak tak sembahyang ke kat rumah?
Gadis kecil itu menggeleng
Ustazah yang seorang ini naik berang…"Eh dah besar awak nih..mak awak tak ajar awak sembahyang ke?"
"Mak saya pun tak sembahyang ustazah!"
Ustazah tersentak dan hati kecil hamba Allah lain yang turut bersama ketika itu mengucap syukur saat mengenangkan desakan mama untuk sama berjemaah bersamanya….



"…dan hendaklah kamu berbuat baik sesungguhnya kepada ibu bapa…Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya."
( An Nisa':36)


.:: Ma, proud to have you as my Mother…SelamAT HarI LAhiR ::.

Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Kembara Rohani yang baru.. .