Saturday, September 06, 2014

Kek Caramel Kak Sal

Hasil Ladies day Out..... 22 Ogos 2014

Bahan-bahan asasnya



Mula-mula panaskan oven yang diisi dengan air pada tempat loyangnya...kita akan bakar guna teknik waterbath

Seterusnya



LAPISAN 1
Gula hangus....
3 sudu besar gula hanguskan..
Api perlahan....bila keperangan...padam api renjis2 air





LAPISAN 2
1 tin susu cair ideal
5 biji kuning telur
1 cawan gula
2 sudu teh esen vanilla
Kacau hingga sebati dan gula pasir hancur









LAPISAN 3
5 biji putih telur
1 sudu teh cream of tartar
1 cawan gula aising
Jangan libatkan air dalam adunan ini walau setitik pun ye...Putar high speed.. sampai terbalik tak jatuh tauuu



Manisnye muka cikgu kami .... :)

LAPISAN 4
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 biji kuning telur
* kacau perlahan-lahan yang ini dulu hinggga sebati

kemudian baru masukkan sedikit demi sedikit
1/2 cawan minyak jagung atau minyak sayuran
3/4 cawan air sejuk

supaya tidak bergentel










Masukkan adunan lapisan 3 tadi ke dalam lapisan 4 sedikit demi sedikit...Gabungkan 2 adunan ini




Masukkan adunan 2 ke dalam loyang gula hangus


Masukkan gabungan adunan 3 dan 4 ke dalam loyang yang sama



Bakar dalam oven 45 minit suhu 180 darjah..

Bawah loyang tu ada air tau....

Jangan buka oven 1/2 jam pertama dan check kalau air dah semakin kering tambah airnya

Bila nampak dah masak..sejukkan dahulu baru terbalikkan ...atau terus masuk dalam petiais dan terbalikkan bila mahu dihidangkan... Rasanya MAsyaALLah sentiasa menjadi igauan kami cikgu2 sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi...

Terima Kasih banyak Kak Salmiah Rahmat untuk resepinya...terima kasih untuk makan-makannya...terima kasih untuk dapur luas cantik untuk kelasnya...terima kasih untuk ramah tamah melayan kami sebagai tetamu....terima kasih untuk sabar melayan anak murid yang pelbagai karenahnya....Terima kasih untuk semua-semua



kakak 2 tersayang yang jelita semuanya...maaf  untuk laporan yang lewat ye....Tegur saya bila tersilap, betulkan saya andai tersalah...


Anak-anak ibu....Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila....ini hasil ladies day ibu....So, my dear..once ur outing for girl's or boy's day.please bring something home ..bukti apa yang awak buat sepanjang hari...ataupun laporan macam apa yang ibu buat hari ni....hehehehehe

Apapun....Jangan sia-siakan nikmat masa yang ALLah beri...gunakan untuk kebaikan dan sesuatu yang mendatangkan manfaat...hubungkan silaturrahim...jaga peribadi dan hargai setiap detik....

Dengan siapa dan apa yang kalian lakukan kelak....mungkin luar pandangan mata ibu...namun doa ibu mengiringi agar sentiasa di dalam pengawasan ALlah.....

Sunday, July 20, 2014

Bersaudara

Bila namanya bersaudara


Saling ada antara satu sama lain


Cuba untuk memahami biar pun berbeza


Saling menghormati tanpa mengira status dan usia


Susah senang biar bersama


Saling melengkapi, saling menasihati, saling memperbaiki diri



Bila Kasih kalian kerana ALLah yang satu
Tidak mungkin berkelahi

Bila panduan Quran dan Sunnah
Tak mungkin lari matlamat yang jitu
meski pun beza umpama Saidina Umar dan Abu Bakar

ataupun langit dan bumi....milik ALLah jua

dan jangan lupa


Palestinian, mereka di Syiria, mesir, Iraq dan negara-negara islam lain
mereka juga saudara kita

Jika ada berpeluang untuk jihad bersama
Doa ibu mengiringi agar Syurga menanti

Namun jika tidak
Doa kalian ibu harap tidak berhenti......

22 Ramadhan 1435H

Friday, July 18, 2014

+ TUHAN Sedang Menguji Kita +


Janji Allah adalah pasti. Sebagaimana Allah menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian, sebagaimana Allah menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan, begitu juga janjinya bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka beriman selagi tidak diuji.

Allah berpesan, jika belum datang ujian, janganlah menyangka bahawa kita ini ahli syurga.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh Dan dengan merasai kelaparan Dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda Dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar; iaitu orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata "sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH Dan kepada ALLAH jualah kami kembali"(Al Baqarah:155-156)


17 Julai 2014 MH17 ditembak dan mengorbankan 295 nyawa... dan kisah Gaza diserang masih belum berhenti.... tenanglah wahai hati....siapapun empunya diri..yakinilah inilah ujian datang dari Ilahi...

Thursday, June 12, 2014

Muhasabah perkahwinan


Anak-anak
Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah….
Sambutan?? Kejutan??

Ibu teruja untuk macam2…tapi seketika ibu terdetik…usia kami baru 4 tahun, kalau anak kecil…ada yang baru boleh memikir…baru belajar dan baru cuba untuk memahami..

Apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang sudah 10, 12, 15 tahun berkahwin…
Makanya..ibu tukar strategi…Menilai semula erti perkahwinan ini, meletakkan kertas peperiksaan di hadapan ibu setelah 4 tahun belajar…..

Alhamdulillah kami telah bersama 4 tahun….Bahagia….sangat bahagia…namun, setakat mana bahagia itu…..akan berhenti di sini kah?…dunia ini…atau bahagia ini mampu bawa kami ke syurga…bawa kita semua ke syurga.

Setakat mana kami saling mengenali antara satu sama lain?
Setakat mana kami benar-benar memahami satu-sama lain?
Setakat mana kami menampung kelemahan antara satu sama lain?
Setakat mana kami cuba memperbaiki diri kami untuk kebaikan perkahwinan ini?
Ungkapan bercinta hingga syurga banyak kami terima dalam kad-kad tahniah buat kami 4 tahun lepas…
Setakat mana pula usaha kami untuk merealisasikannya?

Serius…jika ajal kami sampai…benarkah hujung jalan kami ini syurga? Bercinta di syurgakah kami kelak?
Apa sahaja yang kami lakukan sekarang, benarkah ia mampu membawa ikatan yang termetri ini ke syurga? Membawa bukti ikatan kami…kalian tentunya  ke syurga jua?
Dalam keadaan kita sekarang ini, Ke syurgakah keluarga kita ini sayang?

Oh ya…ini soalan terakhir sepatutnya…. Soalan pertengahan
Ikhlaskah kita sekeluarga?
Tahajjud, Qiamullail, taubatkah kita sekeluarga?
Jemaah kah kita sekeluarga?
Sunnah Rasullullah, itukah amalan keluarga kita hari ini?
Al Quran..Kalamullah di dada ibukah? Ayahkah? Kalian kah sayang? Dibaca hari2?
Benarkah zina dan maksiat dan yang haram itu telah ibu ayah jauhkan dari keluarga ini….dari hasilan ikatan perkahwinan ini?

Masa dan detik yang berlalu….perkataan, tindakan, perayaan….apakah telah ikatan perkahwinan ini isi dengan niat untuk kembali bertemu di syurga

ALLahu Akbar

Benar, kami telah melepasinya 4 tahun lalu…dan sekali lagi kami bahagia…Namun setakat mana bahagia itu sayang. Setakat mana gembiranya 4 tahun itu sayang….kosong atau berisi? Cantik bagai bunga api atau indah seperti purnama yang tenang, kekal dan menjadi bukti kewujudan tuhan.
Sudahkah 4 tahun ini meningkatkan kebaikan dalam diri kami?
Sudahkan 4 tahun ini meningkatkan takwa dan cinta kami buat ALLah?
Sudahkah 4 tahun ini memperbaiki kelemahan kami?
Sudahkah 4 tahun ini menampung kekurangan kami?

Dan sudahkan 4 tahun perkahwinan ini mendatangkan kebaikan dan manfaat buat agama tercinta kami?
Sayang….setakat mana pula isteri ini memegang tanggungjawabnya sebagai isteri? Setakat mana pula usaha ibu ini memastikan impian membawa mereka yg hadir dlm ikatan perkahwinan ini bertemu di syurga? Ke syurgakah pelakon tambahan ini, isteri, ibu ini?

Suami…Abdul Rahman Abdullah…kita telah melaluinya 4 tahun lalu…dan moga kita akan berjaya melaluinya lg…kali ini dan sekali lg tanpa jemu…Moga ikatan perkahwinan ini mendtngkn kebaikan buat diri kita, membentuk diri menjd org yg lbih baik dr  semalam, mampu  memperbaiki kelemahan kita, mningkatkan kecintaan dan ketakwaan kita buat Rabbul Izzati….dan tentunya memberi kebaikan buat islam deen kita….
Isteri ini mencintai suaminya kerana Allah…inshaallah moga cintanya ke syurga….

Anak-anak

Jika kalian berkesempatan untuk memperingati tarikh ini…ingatkan jua kami tujuan perkahwinan ini…apa jua bakal berlaku kelak….bantulah kami agar kita sama-sama dapat berkumpul di syrga nanti…
Doakan ibu, ayah dan ikatan perkahwinan ini…..


Salam sayang…

Kami.

Thursday, June 05, 2014

+7 Sya'ban 1435 H+

Bulan Islam, Hari ini Nuha Salsabila genap setahun...


Bidadari Ibu


Jelita ibu


puteri di hati ibu


'Aishah Humaira' ibu


Sayang dan kasih ibu buat kamu tidak ada bezanya berbanding abang....
Umpama sepasang mata, itulah ibarat kalian berdua buat ibu
Bagai sepasang tangan...demikianlah kalian di hati ibu...

Kudunglah ibu tanpa salah satu dari kalian berdua
Cacatlah ibu jika hilang satu mata.....

Nuha Salsabila...

Dalam diam ibu melakar impian dan harapan

biarpun wanita namanya lemah
tapi doa ibu agar kamu gagah

Dalam ayu dan lembutnya kamu
Ibu tahu kamu teguh
kerana di hati kamu utuh
meyakini bahawa tiada mampu siapa menyentuh
Kerana yakin kamu Tuhan itu ALlah

dengan alasan itu sayang
hati kamu tidak akan rapuh
biar seribu dugaan perasaan sayang dan cinta datang berlabuh
Tiada yang retak mahupun terbelah
Tiada sengsara mahupun gundah
bila hati benar2 milik ALLah

Simpan hati itu sayang
bukan ibu menghalang atau mengekang
tapi ibu tidak mahu kamu lemah
menangisi cinta yang tak sudah-sudah
sedangkan cinta itu cerita indah
bila ia bersama ALlah

Peliharalah dirimu sayang
Jagalah maruahmu
Binalah dinding di sekitarmu
Bukan untuk menyendiri
Namun untuk menyelamatkan diri
Menghindari diri dari jadi bahan fitnah dan sasaran

Kamu bakal punya kelebihan sendiri
Biar apapun kamu cantik dimata ibu

Doa ibu akan sentiasa mengiringi
Cinta ibu buat kamu juga tidak berhenti
Namun sekali lagi
cinta ibu kerana ALLah

Moga kita bertemu di syurga lagi...
Doa dan impian ibu setiap hari..

Thursday, May 15, 2014

+16 rejab +

Hari ini ibu tidur lewat.....

Ibu siapkan conggo bar yang akan Abg Amin bawa esok sempena sambutan hari guru dan hari ibu di playhouse...

Ibu siapkan juga hadiah untuk aunty-aunty Abg Amin di playhouse....

Baru semalam ibu berbincang dengan ayah..tentang keputusan kami menghantar Abg Amin ke playhouse pada usia yang awal.....dan hari ini, ibu baru sedar tanggal 16 Rejab Jumaat esok...Amin genap 3 tahun...

SubhanaALlah...
Tanggal 16 Rejab 3 tahun sudah ibu sedang bertarung nyawa melahirkan kamu,
16 Rejab yang lalu, ibu ternanti-nanti kehadiran kamu.....
16 Rejab itu juga...sayu hati ibu saat kamu diletakkan di atas dada ibu dgn merah darah yang masih bersisa....

16 Rejab esok...
ibu bakal menghantar kamu ke sekolah..meraikan sambutan hari guru dengan kawan-kawan lain...
namun siapa tahu kerana
16 Rejab yang bakal tiba esok..masih jadi rahsia ALlah

Ibu tidak tahu apa yang terjadi 16 Rejab tahun seterusnya
atau apa berlaku 16 Rejab 2 tahun, 3 tahun atau 5, 6 tahun akan datang.......

Ibu sungguh-sungguh tidak tahu..
Namun sayang, Ibu sungguh-sungguh yakin.....
Menadah tangan berdoa untuk anak ibu ini.....
Agar setiap 16 Rejab yang dilaluinya...
Merupakan hari untuk dia beralih kepada yang lebih baik....

Agar detik kelahiran 16 Rejab itu....
Tidak sia-sia walau sedikitpun....

Selamat Ulang Tahun Kelahiran sayang...
Benar...Masihinya kamu Lahir tanggal 18 Jun 2011
Hakikatnya ....sebagai muslim...kamu tiba kedunia tanggal 16 Rejab 1432

Membesar lah kamu sebagai muslim sayang....
Diberi kekuatan emosi, rohani dan keimanan yang teguh
Melaksanakan tindakan berpandukan Quran dan Sunnah
Melangkah kerana yakin Tuhan itu Allah...
dikurniakan Kesihatan yang baik untuk terus beribadah
Mengambil dunia sebagai jalan untuk kita bertemu di syurga...Inshaallah

dan sungguh ibu cinta kamu kerana ALLah.....
Moga ibu sentiasa diperingatkan kamu itu milik Allah jua...
Moga sayang ibu yang tumpah....berpada-pada dan kena pada tempatnya...

Monday, May 12, 2014

arjuna beta




Adakalanya kita tidak mampu meluahkan sesuatu..
Ibu pinjam lagu ini...dan ibu harapkan anakanda-anakanda ibu memahami