Friday, July 23, 2021

Naluri ibu dan hamba.

 Alhamdulillah, Maha besar ALlah yang mengurniakan nikmat yang paling besar Islam dan iman.. Mudah-mudahan ALlah kurniakan ihsan dan tawakal yang tidak berbelah bagi.

.

Harijadi nenek.

.

Ibu rancang untuk berkunjung bersama ayah petang nanti

.

Awal pagi ciksu datang bawakan rambutan dari nenek 😅

ALlah..

.

Bila jadi ibu... Betapa rasa itu mula ibu fahami SubhanaALlah yang mengurniakan ibu untuk memahami dan merasainya 

Rambutan nenek dan cik Nor bagi ibu buka satu2 letak dalam bekas, anak-anak tak perlu bergaduh dengan semut yang banyak... Naluri itu datang sendiri... 

Allahu Rahman ALlahu rahim... Bayangkan rahmah dan kasih sayang seorang ibu sudah cukup besar, cukup menakjubkan, berada dekat dengan ibu memeluknya sudah cukup menenangkan... apatah lagi ALlahu Rabbi yang mengurniakan rasa tersebut.. MashaaALlah.. 

Maka anak-anak... sentiasalah bersyukur untuk nikmat hari ini kerana tanpa kita sedar apa sahaja yang kita perolehi lantaran doa dan barakah ibu.. Dan tentunya kasih sayang ALlah yang memilih kita untuk menerimanya.. 



ALlah.. Kita tiada apa-apa yang nak diberikan wahai anak. Kita hamba, mengangkat tangan pun atas ihsan ALlah yang memberi kuasa, mahu berdoa itupun mungkin atas doa si ibu yang mahu anaknya jadi hamba yang sentiasa berhubung dengan ALlah.. 

Syukurilah nikmat yang sedikit, pandang yang kita ada, jangan tangisi yang tiada kerana mungkin mudaratnya telah ALlah jauhkan dari kita. 

Cantik dunia ini.. ALlah cipta penuh warna, suka dan duka supaya kita dapat nikmatinya

Bagaimana kita nak faham suka kalau kita tak pernah rasa duka dan sedih. 

Bagaimana kita nak bezakan kematangan, kalau kita tidak bermula dengan keanak-anakan. 

Bagaimana kita nak hargai sihat, bahagia, tenang jika kita tidak pernah rasa sakit, pedih atau gelisah. 

Maka anak-anak, teruslah melangkah, apa pun yang kalian hadapi.. Jika segalanya sukar, bersyukurlah kerana ALlah mahu kalian mahu menikmati kebaikannya selepas itu inshaa AAllah... 

Jika segalanya mudah.. Syukurilah kerana ia bukan kerana anak-anak tapi inshaallah kerana doa mereka yang menyayangi mu..Mereka yang pernah berurusan dengan mu, mereka yang berada di sekeliling Mu Dan paling penting kerana rahmat dan kuasa ALlah yang memilih mu dari segenap manusia.. Syukurilah.. Sujud dan rasailah dengan sikap kehambaan kita tidak pernah memiliki apa-apa... 

Banyakkan sebut nama ALlah...ALlahu mujib.. Moga bahagia dunia dan akhirat hidup mu wahai anak-anak

Abdul Muhaimin, Nuha Salsabila dan Abdul Mateen

Moga tercapai impian dan cita-citaMu.. Apapun ia



Doakan ibu agar dapat ikut jejak nenek.. Mendoakan yang terbaik untuk anak dan cucu... Moga ALlah jaga nenek, teruskan keberkatan dan rahmat dalam hidupnya hingga jannah impiannya  

Moga ALlah himpunkan kita semua dalam syurga nya.. 

sungguh ibu sayang kalian.. Kerana ALlah

Wednesday, July 21, 2021

Cerita

 Maha suci ALlah yang bukan sahaja Al Khalik menciptakan setiap individu berbeza sejak zaman Nabi ALlah Adam, malah menyusun cerita yang unik untuk setiap mereka itu termasuk kita.

.

ALlahu Bari'.. Ibu selalu percaya setiap individu punya kisah tersendiri.. Yang di atur dan disusun sangat cantik oleh ALlahu rabbi..Menakjubkan bukan... hingga kita sangkakan ia adalah kebetulan... Anak2.. Yakinlah.... Tiada kebetulan dalam islam... ALlahu Bari'


Ada banyak kisah musim Covid ini

Kisah yang ALlah lakar untuk kita tadabbur buat bekal dalam kehidupan

Kisah yang menjadi ujian buat penentu akhir kehidupan bertemu tuhan kelak. 

Musim covid ini.. 

Kisah turun naik kes yang adakalanya menjadi hitungan buat penilaian pulihnya bumi. 

Kisah ada yang tewas berakhir dengan keputusan membunuh diri

Kisah bendera putih usaha dan ikhtiar tanpa henti. 

Kisah menteri dan selebriti yang menjadi idola kemudian pengikut berubah hati. 

Kisah ujian dan dugaan para ilmuwan malah mereka yang memanggil ke arah kebaikan. . 

Kisah netizen yang mudah tersinggung saat musim covid ini, dari kata2 dan tulisan yang adakala umpama menyindir diri

ALlahu

Perhati dan usah cepat melatah, tunggu dan tanya ALlah. Jangan ditunding mana yang salah 



kerana percayalah mereka ada kisah tersendiri.. 


Kisah yang diatur buat ujian bagi empunya diri..tidak kisah dia pemimpin atau selebriti yang menjadi idola dan ikutan muda mudi, atau orang baik2 yang maklum dan diketahui... . Sama macam kita yang memerhati..ALlah turut duga dan uji...

.

Tanya ALlah apa yang perlu kita perbuat kali ini... 


Kongsi atau muhasabah diri...Cerita ini buat tambah iman dalam hati atau jadi maksiat buat diri. Doakan mereka dan doa lah buat diri sendiri.. Bukankah doa senjata buat mukmin yang menjadi janji Ilahi. 

Lumrah manusia.. Suka dengar cerita macam kalian suka dengar cerita ibu sebelum beradu.. Malah ALlah bercerita serba serbi dalam Al Quran kalam yang paling tinggi.. 

.

Tapi ingat cerita dunia perlu ditapis dan disaring rapi.. Moga cerita kelak kukuh dalam minda bawah sedar diri.. Membawa kita lebih baik hari ini dan nanti.. 


Hari ini ibu kongsi buku Prof Kamil.. Mashaallah cerita-cerita yang memotivasi diri... Cerita yang menanam rasa dan impian ingin kesyurga.. Bukan sendiri tapi bersama semua nanti.. 

ALlahu..ALlah janjikan yang terbaik setiap hari.. Cuma kita sebagai hamba perlu mencari... 

Cari buku ini nanti.. Baca dan hayati, betapa ibu mahu kalian memahami.. Dunia ini lukisan dan aturan ilahi.. Yakini melangkahlah dengan azam dan sematkan dalam hati kita mahu ke syurga nanti.. 

.
Kita perlu usaha..
Sungguh ibu sayang Abdul Muhaimin, Nuha salsabila dan Abdul Mateen. 

Friday, July 16, 2021

Damai dan tenang

 


Alhamdulillah ibu berjaya menamatkan bacaan sebuah buku lagi

.

Membaca adalah cara ibu lari jauh dari memikirkan situasi yang berlaku hari ini, cubaan untuk melarikan diri dari tekanan, depressi dan anxiety. Adakala ibu cuba dengan jauhkan diri dari media sosial, mengemas rumah, memasak, membaca dan menulis untuk kalian semua....Apatah lagi bila  ALlah beri ruang. ABC (ALLah bagi Cuti) untuk ibu. Mudah-mudahan ia menjadi sebahagian dari ibadah.

.

Buku kali ini ibu baca seiring dengan kebangkitan perjuangan pembebasan Palestin yang nampak kian giat dijalankan tahun ini. Untuk pengetahuan anak-anak, tahun ini..Bumi Gaza berdarah lagi, peristiwa yang berlaku Ramadhan baru-baru ini membuka mata banyak pihak. 

Malah, Mashaallah ia menyemarakkan rasa persaudaraan yang kuat dan teguh..Nanti ada masa-masa anak-anak cari maklumat tentang "israel koyak" dan "Sheikh Jarrah". 

.

Dalam buku ini ibu temui Jafah, Hebron, Haifa, Juruselem dan beberapa nama lain..watak-watak yang terdapat


dalam komik Gaza anak-anak...Buku ini tentang realiti yang berlaku di Palestin, bumi yang tercatat dalam Al Quran, bumi para Anbia'. 

.

Seperti biasa, setiap pembacaan membangkitkan naluri ingin berada di tempat yang kita baca. Inshaallah dengan izin ALLah jua, ibu ingin rasa tenang dan damai yang diperkatakan.. Moga ALLah beri ruang dan peluang untuk sama sujud di bumi anbia'.

.

Dalam pengamatan ibu, penulis banyak tekankan tentang solat jemaah. ALLahuakbar, anak-anak tahu kan waktu Covid ini, kita tidak boleh ke rumah ibadah, masjid dan surau sesuka hati..ruang dan peluang yang dahuluya ALlah buka seluas-luasnya untuk semua sudah tidak ada. Tidak semua boleh ke masjid, tidak semua yang beratur kemasjid dapat memasukinya.

.


Gambar ini ibu ambil setahun lalu 17 Julai 2020, masih lagi hari Jumaat. Waktu itu masjid dibuka dengan limitasi tertentu, dan ibu dalam perjalanan balik sekolah... .

Waktu itu apa yang ibu fikir

Orang awal yang bersusah-susah pasti dapat masuk Inshaallah.

Mungkin juga  kalau sudah cukup, ahli jemaah boleh mencari surau atau masjid lain dan beratur..

Tapi, kalau syurga? Benar yang bersusah-susah dan rahmat ALlah Inshaallah dapat menikmatinya, namun dalam barisan yang panjang itu adakah ibu terselit sama....adakah nanti ibu nampak kalian di barisan hadapan atau belakang ibu...Allah.. Ataupun ibu hanya memandang barisan tiada pun dalam barisan Nauzubillah.. Doakan ibu.

Pesanan ibu kali ini..sentiasa ambil peluang melakukan kebaikan , nikmati apa jua tindakan dan situasi hari ini. 

Dalam situasi pandemik...Ibu suka sangat bila dapat mengajar anak-anak membaca Al-Quran, mendengar hafazan anak-anak malah membaca mathurat bersama waktu petang...Nikmat yang manakah yang perlu ibu dustakan..biar pun kadang ibu lihat anak-anak tarik muka masam sebab masa itu masa kalian untuk menonton malah mahu menghabiskan masa main game dengan kawan-kawan...Terima kasih anak-anak masih patuh dengan permintaan ibu, kalian anak soleh-solehah ibu Inshaallah.

.

sebab ibu belajar satu dari buku ini

Anak-anak di rumah perlu di ajak ke masjid. Jangan dibiarkan mereka membuat keputusan sendiri. Ajakan juga mempunyai dua kemungkinan. Pergi ataupun tidak!

Moga bila kalian membaca ini kalian akan meneruskan mathurat petang dan membaca Al quran setiap hari biarpun ibu sudah tiada nanti.. Moga kalian faham, bahawa ibu mahu kalian ke syurga... Mudah-mudahan dapat bertemu di sana.. 

Jangan lupa selawat hari Jumaat.

salam sayang, ibu

Wednesday, July 14, 2021

Tanda buat kita


Anak-anak 

Hari ini.. Masih lagi dalam situasi wabak Covid 19

Keadaan dan situasi di Malaysia hari ini mendebarkan. Menakutkan? ALlahu tiada yang lebih menakutkan dari menerima azab Allah... Mudah-mudahan ini ujian.. Tanda sayang ALlah pada kita hambanya. 

Benar,  ALlah tinggalkan tanda di segenap ruang mukabumi.. 

Tanda kita ini masih dalam perjalanan ke Negara abadi

Ibu seronok sangat dapat tanda ingatan di ruangan autograf buku pilihan bacaan ibu hari ini.. 

Namun sebenarnya lebih utama, terima kasih  tak terhingga kepada penulis  kerana meninggalkan tanda di hati ibu..

.

ALlahu 

Ada banyak bab dan perenggan dalam buku ini yang melekat di hati ibu

Kebanyakan bab buat ibu teringin sangat nak mengelilingi dunia. Mentadabbur alam.. 

Lucukan, ibu lahir di luar negara, tapi tidak pernah keluar dari Malaysia (kecuali tanah haram) sejak dipos balik ketika berusia 2 tahun.. (ibu tak ingat ada tak cerita pada anak-anak, nanti ibu tulis sini)  ALlahu Bari'

Ada bab buat ibu rindu sangat tanah haram. Satu-satu nya tanah luar Malaysia yang ibu kunjungi dek nekadnya ibu mahu mengerjakan haji pada usia muda.. Allahu 'Azim

Rindu kenangan mengerjakan haji...

Malah bulan Zulhijjah ini menjadikan rindu ibu itu sangat kuat.

.

Ada bab buat ibu mengaitkannya dengan kisah #justiceforBella,  malah buat ibu tersentak

(Bella cerita anak OKU yang dalam siasatan akibat didera. Bella anak murid salah seorang sahabat baik ibu sebelum diambil jadi anak angkat.., dan anak2 tentu ingat Hanan sepupu kalian, yang sama macam Bella anak syurga) 

Sedangkan manusia yang dikatakan sempurna akal fikiran, belum tentu waras di sisi Tuhan. Barangkali Balqis mampu berlari laju di akhirat nanti berbanding manusia sempurna di dunia yang terikat dengan perbuatan anggota tubuh badannya. Di mahkamah Al Hasib nanti tahulah manusia semua siapakah yang lebih sempurna di sisi Tuhan Nya (mukasurat 125)

.

Dan setiap pembacaan, mengajar ibu mengulang 99 Asma ul Husna

Moga ALlah rahmati puan Raudzah Roslan sekeluarga.. Barakallahufikum.. Anak-anak bila pun kalian baca catatan ibu ini.. Doakan juga untuk puan Rudzhah sekeluarga

Anak-anak : Abdul Muhaimin, Nuha Salsabila dan Abdul Mateen

Lalui setiap detik dan saat, nikmati dan syukuri suka, duka, pedih dan perit.. Kerana setiap itu adalah nikmat. Tanda kita masih hamba. Dan itu jugalah tanda Dia, Maha Pencipta tinggalkan untuk kita. 

Mudah-mudahan covid ini tanda Dia ALlahu rabbi sayangkan kita semua. 

Mudahan-mudahan tulisan ibu ini juga meninggalkan tanda buat anak-anak ibu semua, Abdul Muhaimin, Nuha Salsabila, Abdul Mateen ( waktu ini awak baru setahun 6 bulan, cerita awak seiring dengan kisah Covid dunia ini) dan mungkin anak-anak murid ibu yang pernah belajar dengan ibu.

❤️ Ibu

Vaksin



Semalam kes covid di Malaysia mencecah 11 000..Hari ini masih lagi 11 000 lebih

.

Hari ini atas lintasan hati yang  ALlah kirimkan buat salah seorang sahabat ibu, ibu dapat peluang mendapatkan suntikan vaksin.. ALlahu Hafiz, ALlahu Bari', ALlahu Muhaimin

.

Sayu rasa hati

.

ALlahu Bari'

Yang Maha Merancang

Hari ini hambaMu melalui sebahagian dari takdir dan ketetapanMu.. 


Allahu Akbar.. 

Yang Maha Besar

Mudah-mudahan usaha ini meningkatkan tawakal dan kebergantungan kami pada kekuasaan dan kebesaran mu Ya ALlah


ALlahu Malikul Mulk

Yang Memiliki Segenap Kerajaan

Mudah-mudahan usaha kami ini menzahirkan keimanan kami terhadap qada  qadar dan ketetapanmu.. 


ALlahu A'fuww

Yang Maha Pengampun

Ampunilah dosa-dosa kami, hamba yang menzalimi diri sendiri..


ALlahu Syahiid

Yang Maha Menyaksikan

Saksikanlah usaha kami ini Ya ALlah


ALlahu 'Jabbar

Yang Maha Kuasa

Angkatlah wabak ini.. Ya ALlah

ALlahu Mujib

Yang Maha Mengabulkan Doa

Perkenankanlah permintaan hamba-hambaMu.. 

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALlah.. 

Tuesday, July 13, 2021

Cerita Satria


Satu hari Muhaimin tanya ibu dah baca Hikayat Satria-satria Pejuang?

.

Satu hari dari hari-hari yang berlalu, ibu ambil masa untuk membacanya

4 hari

5 buah buku kegemaran Abdul Muhaimin 


Mashaallah, maha suci ALlah yang menganugerahkan idea 💡 dan bakat menulis cerita yang bukan sahaja menarik minat seorang anak berusia 10 tahun malah menimbulkan rasa kagum ibu berusia 41 tahun menyelak lembaran demi lembaran, sedar-sedar 4 hari berlalu dan 5 buku telah tamat. 


Moga setiap tulisan diberkati dan memberi kebaikan. 

Anak - anak , teruslah membaca. Mudah-mudahan ia menanam jati diri yang baik, menyubur rasa cinta dan semangat perjuangan yang positif. 


Untuk ibu. Adakalanya masuk ke dalam imaginasi dan fiksyen anak-anak membawa diri jauh dari kekalutan dunia yang kini penuh tipu daya..Mudah-mudahan menanam rasa percaya  yang haq akan sentiasa menang. 

Ibu letak sini perenggan yang menjadi kegemaran ibu.. Satu hari nanti bila ibu tiada, dan kalian baca buku ini... Doakan ibu 😊 agar doa ibu anak2 ibu teguh berpendirian lagak umpama satria-satria pejuang Islam makbul.. In shaa AaLlah.. 

Hikayat satria-satria sejati 1

"Ini ialah agama realistik. Ya Tuhan Maha Berkuasa. Tetapi dijadikan dunia ini sebagai ujian. Dan menjadi tanggungjawab kita menghadapi ujian-ujian ini dengan baik. Dengan tabah, dengan cekal. Ada hari Tuhan memberikan kita bahagia, tenang, senang. Tetapi ada hari Dia akan menguji menguji hamba-hambaNya dengan kesusahan, ketakutan, kesempitan... "


Hikayat satria-satria sejati 2

"kita rasa lemah, tapi kita yakin dan percaya yang Allah memperkasakan kita. Kita rasa macam tak boleh menang, tapi kita yakin dan percaya Allah akan memenangkan perjuangan ini. Kita rasa macam sia-sia, tetapi kita yakin dan percaya Allah akan emmberikan ganjaran kepada kita untuk perjuangan ini. Kerana kita beriman dan yakin akan itu semua, maka kita akam sabar dan istiqomah."

Hikayat satria-satria sejati 3

"Kita hidup berhadapan pelbagai mehmah dna tribulasi. Kerana dunia ini merupakan medan ujian. Maka, solat menjadi titik kerehatan ditemgah-tengah keserabutan dunia. Waktu untuk kita mengembalikan kewarasan akal, kembali fokus, menyedari kewujudan ALlah dan mengadukan segala-galanya kepada Dia. Memohon kekuatan dan kemenangan. Meminta kesabaran dan kecekalan. 

Hikayat satria-satria sejati 4

"Dunia ini tidak lain kesenangan yang menipu daya, Lutello. Aku bersyukur bertemu dengan Ariki dan Satria-satria Sejati, yang memperkenalkan aku dengan Islam. Hatiku lapamg dam sejahtera. Dunia ini sementara, kalah sementar, menangnya pun sementara."


Hikayat Satria-satria Sejati 5

Tiada kebetulan. Semuanya menurut aturan Tuhan. Tugas manusia ialah berusaha keras, membuat keputusan memilih apa yang dirasakam terbaik. Selebihnya, dia perlu bergantung kepada Allah SWT. 


Allah pasti tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya. 


Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...