Catatan buat anak


Allahuakbar, suatu hari balik dari rumah mama, nenek anak-anak semua. Nenek hulurkan buku ini pada ibu. Nah, simpan nanti bagi anak-anak baca. ALlahu..ini catatan ibu yang ibu tulis akhir 2013..MashaALLah   sekarang 2021 .banyak yang ibu lupa...lupa untuk muhasabah malah lupa untuk memperingatkan diri..


.

Banyak yang telah terjadi sepanjang 8 tahun berlalu, iman turun dan naik, dugaan datang dan pergi dan kalian semua kini kian membesar..hari ini kalian bukan lagi berdua tapi bertiga.

.

Ibu simpan disini catatan ibu, pesan buat anak-anak ibu...

Abdul Muhaimin, Nuha Salsabila dan hari ini ada Abdul Mateen

Tips kehidupan: Ibu sentiasa berdoa agar anak-anak ibu dapat menjalani kehidupan dengan selesa, tenang dan gembira. Menghargai setiap detik dan waktu yang dikurniakan ALLah walau apa jua situasi.

Caranya banyak, namun sebenarnya ia bergantung kepada diri kita sendiri

1. Sentiasalah berfikiran positif. Sangka baik. Caranya cari ruang untuk bersyukur.

2. Terima kenyataan : Sabar dan redha, Dr Muhaya pesan..sabar ialah bila wajah kita tampak tenang, tapi hati sakit dan redha ialah bila wajah kita senang dan hati kita tenang. Yakini segala yang berlaku adalah dalam perancangan Allah.

3. Pilih kawan. Sejujurnya ibu bukan orang hebat. Sekali sekala ibu mengeluh, adakala hati sakit tapi alhamdulillah kawan-kawan ibu sentiasa ada.

Pilih kawan, pastikan berada di kalangan kawan-kawan yang memberi impak positif. Realitinya kita tidak mampu bertahan sendirian untuk menghadapi situasi tidak terduga. Carilah sahabat, mereka adalah yang berkata benar meski pahit untuk kita terima. Mereka ikhlas memberi pendapat, mampu mendengar dan sentiasa ada di sisi kita. Mereka adalah orang yang menyimpan nama kita dalam senarai doa mereka.

4.Tanya Allah untuk setiap keputusan ..Allah lebih tahu mana yang terbaik. Bangun malam untuk istikharah, nanti andai keputusan itu memberikan situasi kurang selesa, kita masih boleh menerimanya kerana kita yakin itu perancangan ALLah, kita perlu menghadapinya. Tahajudlah, taubat, solat hajat, derma lakukan apa sahaja untuk berhubung dengan ALah.

5. Catat. Perjalanan kehidupan kita ini, apa yang belum, sedang dan akan berlaku telah di catat di luh mahfuz. mengapa tidak pula kita sendiri yang melakar impian, harapan dan cita-cita kita sendiri. Biarlah Allah menentukan takdir tersurat dan tercatat, dan kita harus mentadbir berdasarkan apa yang telah kita lalui, sedang, impian dan harapan

Agar kita tahu apa yang kita mahu, terus berusaha bila buntu dan kita ada panduan untuk memulakan sesuatu. Catatlah masa hadapan yang menjadi impian, moga jadi doa yang dimakbulkan. Catat masa silam agar jadi panduan, catat hari ini bagi memastikan kedudukan diri. Ibu lihat ramai orang-orang berjaya yang suka menulis dan punya catatan.

6. Baca. Kita tidak mampu menulis dan mencatat jika kita buta huruf. Kita tidak mampu menulis impian dan harapan jika kita buta huruf, dan kita tidak mampu merancang kehidupan tanpa maklumat...

Bacalah wahai anak, buku Al Quran, suratkhabar, flyers apa sahaja..carilah ilmu kumpul maklumat dan percayalah, kalian adalah orang yang berbeza dari mereka yang tidak membaca. Percayalah, tanggapan kehidupan kalian turut berdasarkan apa yang sering kalian baca. Bacalah apa sahaja yang mampu membantu kalian menghadapi kehidupan.

7. Lepaskan..bersedia untuk melepaskan sesuatu demi kebaikan agama, bersedia untuk melepaskan sesuatuuntuk kebaikan bersama. Bersedia melepaskan sesuatu meyakini takdir dan ketentuan pencipta...bersedia melepaskan kerana tiada satu pun di dunia ini hak milik  kekal kita, lepaskanlah apa sahaja, harta, orang kesayangan, masa silam atau boleh jadi salah satu anggota tubuh badan kita atau apa sahaja. Lepaskan lah dengan redha kerana bila kita hamba mahu memiliki sedangkan satu waktu ia harus pergi...ia hanya akan menyiksa diri..lepaskanlah dengan redha..


8. Redha..tolonglah redha, kalian tidak akan bahagia selagi tidak redha. sabar itu bila tampak di wajah penerimaan untuksatu perkara, namun dalam diam hati masih terasa sakitnya dan mungkin pedih.....Sebaliknya redha bila wajah tenang itu hasil dari hati yang akur dan syukur. Meyakini ia sesuatu yang perlu dihadapi dan tidak mungkin boleh dielak. Ia akan berlaku dn seharusnya yang perlu dilakukan sekarang untuk peluang masa akan datang..

Jangan nilai tulisan ibu ini berdasarkan peribadi ibu sendiri..

Kerana ibu akui banyak kekurangannya. Nilailah tulisan dan catatan ini sebagai doa dan harapan agar anak-anak ibu mampu menghadapi realiti kehidupan. Ibu mahu kalian kuat, teguh berpendirian..kerana ibu tidak lahirkan kalian hanya semata-mata kecewa dan berputus asa dengan kehidupan sebaliknya

.

Tolonglah bahagia


Jika kalian jumpa buku ini, simpanlah lah ada banyak pesan lain yang ibu tulis...ibu catat di sini agar mudah kalian capai, mudah-mudahan bermanfaat buat yang lain juga.

Salam sayang kerana ALLah 

Ibu 

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+