Friday, August 26, 2016

Tips hj 1

Tips bila jemaah ramai dan takut bila keluar ke tandas dah tidak boleh masuk ke dalam masjid... Ambil wuduk dalam telekung guna botol. ( botol ni boleh spray2 tapi saya tuang je air kat tangan )

Jangan lupa bawa towel yg sederhana besar untuk alas supaya lantai dan sejadah tidak basah.
Beg sandang tu buat bantu penahan telekung saya waktu wudhu'

Adalah Rasulullah saw berwudhuk dengan satu Mud dan mandi dengan satu Sho' hingga lima Mud.
(HR Imam Bukhari : 201 dan Muslim : 325) *Mud ialah cupak : ukuran untuk 1 cupak : 625 gram = 750 ml.
Sho' ialah gantang : ukurannya bersamaan dengan 4 cupak = 3 liter air.

Tak sampai satu liter pun Rasulullah wudhu'.

Wednesday, August 24, 2016

Sakit

Tidak pernah gi klinik dan mc di Malaysia

Saya tewas disini... Moga ALlah ampunkan dosa saya yang banyak...

Tuesday, August 23, 2016

Lorong itu

Jalan pergi dan balik kami ke masjid

Tidak ada masalah untuk mencari ole2 buat sahabat dan teman

Kami mencari yg terbaik, yg istimewa, yg lain dr yg lain

Suami mencari yg made in Saudi Arab...rata2 made in China, bangladesh dan ada dr japan.

Masih belum ada yg berkenan dihati kami...Pintu hati kami bagai ditutup untuk membeli.. Hasrat membeli jubah utk sendiri masih belum kesampaian kerana tiada yg berkenan di hati

Jika benar hingga nnti...masih belum ada yang kami beli

Maafkan kami

Hadiah bekalan kalian kami buat ganti sedekah pekerja dan wakaf quran di Alharam

Ada yang kami guna buat tmbng teksi bila lewat utk ke masjid

Kami iring doa:
Sebagaimana kalian mempermudahkan kami dgn hadiah kalian, ALlah mudahkan setiap urusan kalian, lepaskan beban dan rungkaikan setiap kesulitan, sampaikan hajat dan berikan pilihan yg terbaik dalam kehidupan, temukan cinta dan bahagia yg berpanjangan....sebagaimana kalian mengenali dan mengingati kami, doa kami agar ALlah tidak meninggalkan  kalian  walau sedetik pun dalam rahmatnya...Kalian akan melalui jalan ini..Jalan yg membawa kalian merasa sangat2 dekat dgn pencipta....Jalan yg selalu mengingatkan kita bahawa tujuan kita syurga bersamaNya..bukan sendiri, tapi kita semua bersama... Apa guna bersahabat jika tujuannya bukan ke Syurga bersama. Inshaallah

Saturday, August 20, 2016

Dia...

Pilihan untuk melaksanakan ibadah disini

Pilih kawan2 seangkatan dan sama jantina sekepala utk bergerak

Atau

dgn pasangan masing2... Saya pilih bergerak dgn dia... Yang faham kepala angin saya
Yang mengiyakan walau saya tau saya salah
Yang sabar tunggu saya
Yang mengingatkan saya dalam diam...
Yang sanggup bergerak sama laju dgn saya
Yang ALlah ciptakan untuk saya
Yang akan sama2 tua kemasjid kelak dgn saya...
Yang berjanji akan ke syurga dengan saya... Moga ALlah mengambilkira setiap langkah, amal ibadat dan niat kami... Moga ALlah redha dan buka pintu syurga buat kami sekeluarga
Buat KiTA SeMUa.... AMIN..amin YaRabbal Alamin....

Wednesday, August 17, 2016

Insan luarbiasa

9 thn dia bertugas menjaga rumah ALlah ini

Berjauhan dr keluarga

Katanya anaknya ramai dan sudah bercucu di Indonesia

Tp saya yakin dia bahagia kerana dia bertugas dlm rumah sang pencipta... Tgnnya x berhenti bekerja saat saya bertanya ttg quran utk diwakafkan

Beli shj di toko luar...pastikan jenis yg diterima di Haram jika tidak bakal di bawa keluar ke masjid2 lain... Oh ya..supaya tidak ditipu, dia maklumkan harganya biasa SR50 satu...Nah ini dia info dr penjaga rumah ALlah ini.

Cerita mekah 1

48.3 celcius...panas, tapi kami dtg bkn utk bersenang-senang..
Moga ALlah berikan kami keazaman yang tinggi, kekuatan dan kesihatan yg baik dan tidak mensia-siakan peluang yang ada

Ziarah tapak rumah Abu Jahal yang kini menjadi salah satu pusat tandas awam masjid adalah menjadi kemestian setiap hari. 😁

Bekas tapak rumah ketua Quraish atau tandas yang ini letaknya dekat dgn tempat sa'e... Nanti kalau dtg cari ek...😊

Saturday, August 13, 2016

Hampir....

Moga ALlah permudahkan setiap urusan..berikan kekuatan dan kesihatan yang baik...kukuhkan kebergantungan dan tawakal kami...inshaallah...

Selamat tinggal Rasulullah

Intai kami antara nampak esok jgn rindu-rinduan

Selawat atas nabi Shallallahu alaihi wassalam

Friday, August 12, 2016

Disini....


Disini Saidina Abu Bakar dipilih bg menggantikan Rasulullah SAW sebagai khalifah islam yg pertama. ..

Langit Madinah

Langit Madinah yang bakal ditinggalkan 😢

Wednesday, August 10, 2016

Usaha dan anak

Ini cerita 2 hari lepas

Dalam masjid...tiba2
Saya didatangi seorng makcik Turki...bercakap2 bahasa yg saya tidak faham... Yg saya faham 1x fatihah dan 3x al ikhlas...(sungguh2 dia tnjuk dgn jari) kemudian digosok2 perutnya....kemudian satu lagi ayatnya " baby"

Dalam terpinga-pinga

Ditepuk pula makcik dr Bangladesh... Errr... Macam ayam dan itik la kami bertiga... Makcik Bangladesh ni pulak....Alhamdulillah ada kakaknyer yg boleh berbahasa inggeris... Makcik Bangladesh ni bg tips utk dpt baby...alamak

Ambil tasbih
Pegang satu manik: baca selawat dlm solat hembus

Manik ke dua...bg org lain baca selawat hembus

Manik ke tiga org lain sampai habis... Rendam dalam zam2
Minum airnya bersama suami dlm masa 41 hari selepas solat fajr

Makcik turki angguk2 jer dengar
Saya iyakan ajer... Nak ambil gambar....haram kata makcik Bangladesh....terpana sebentar saya... Sahabat yg sedang berusaha mndptkan anak cuba yer. Tp ramai tuh nk hbskan satu tasbih...cari tasbih kecik je ye...hihihi dia tak cakap pula tasbih berapa biji... Sekian...

Tuesday, August 09, 2016

Cerita Raudhah 2

Alhamdulillah

Sudah 3 kali menziarahi baginda dan Raudhah dgn 3 cara berbeza

1. Saya menyertai mereka dr Asia Barat...badan2 mereka besar2 dan saya antara org Malaysia yg degil dan tidak mahu mendengar kata
Dihadapan Rasulullah saya malu sendiri.

2. Saya menolak kerusi roda...memimpin makcik yang uzur menyampaikan hajat mereka ke Raudhah... MashaALlah saya tidak perlu berebut-rebut.....ada ruang tersedia buat saya
Saya mohon ampun atas apa yg telah saya lakukan

3. Saya bersama jemaah Malaysia...menunggu giliran, duduk melepaskan jemaah negara lain dan melangkah dgn tenang tanpa berlari-lari dengan keyakinan di hati ada ruang dan waktu buat diri... ALlahuakbar
Saya dpt solat taubat dan hajat
Saya dapat berlama-lamaan dlm Rudhah...doa dan berdoa... Andai kalian ada peluang ke sini, jangan gentar. ALlah jaga kalian..akan ada ruang dan waktu yg ALlah simpan buat kalian...percayalah...... Nabi Muhammad Saw tahu apa yg kalian lakukan..... bersopanlah dihadapan baginda...

Masjid Nabawi

Lihat bulatan bewarna hijau yang bertulis itu.. Itulah tanda tapak masjid Nabawi yang sebenar

Tapak di mana Rasulullah menjadi imam

Tapak para sahabat berhimpun dan mengutip mutiara dr Rasulnya

Tapak mereka yang jauh meluah rindu dan menemuinya...

Monday, August 08, 2016

Ibadah

Ibadah

Bukan sekadar amali solat, puasa, haji dan lain-lain... Berjalan, mentafsir

Mengajak untuk sama memahami

Sama untuk mencintai

Sama untuk mengambil iktibar

Moga ini jadi ibadah saya juga... Cintailah Madinah....
Cintailah Rasulullah... Selawat dan salam buat Rasul junjungan

Tegurlah saya bila saya salah.... Apa guna bersahabat jika bukan ke syurga bersama...

Kematian

Awal pagi ini

Memeluk waris salah seorang jemaah Malaysia yg telah meninggal dunia buat hati rasa sayu... Dia bakal beroleh syafaat mu

Dia dibangkitkan bersama2 mu

Jasad dia hampir dengan mu

Kekasih ALlah: Muhammad SAW

Kematian itu sebaik-baik peringatan.

Dari ALlah kita datang, kepada ALlah kita kembali....

Kembara

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada”
(Al Hajj : 46)

#Kembarahaji1437Hijrah

Sunday, August 07, 2016

Cerita raudhah 1

Lain perasaannya..... Membawa mereka ke raudhah
Menolak kerusi roda...
memimpin yg seorang lagi.... Dengan

Berebut-rebut sesama sendiri... Nikmat ALlah yang manakah yang kamu dustakan.... Rindu mama sangat2

Pintu 30



Salah satu pintu yg membawa kaum wanita ke lorong raudhah

Hari ni kau mungkin berlari-lari dan melepasi penjaga raudhah madinah

Adakah itu membawa kalian ke taman syurga...raudhah yang kekal abadi

Allahuakbar....aku jadi malu sendiri....

Saturday, August 06, 2016

Sirah

Disinilah Rasulullah SAW berdoa selama 3 hari berturut untuk memperolehi kemenangan dalam peperangan ahzab

Perang Ahzab terjadi hasil hasutan yahudi bani nadhir yg telah diusir dr madinah

10000 org tentera ahzab dibentuk utk serang Madinah.

Nabi Muhammad SAW gali parit sepanjang 3km hampir 6 hari berdasarkan cadangan Salman Al Farisi... Tentera musuh x dpt masuk... Setelah hampir sebulan...umat islam memperolehi kemenangan setelah tentera musuh berundur... #ziarahbumianbiya

Uhud

Sabda Nabi: uhud inilah bukit yang kami mencintainya dan dia mencintaiku
#ziarahbumianbiya

Masjid Quba

Masjid Quba'

Rasulullah SAW bersabda : siapa yg berwudhuk di rumah dan kemudian menunaikan solat 2 rakaat di Masjid Quba' akan dianugerahkan ganjaran seolah2 mengerjakan umrah... #ziarahbumianbiya

Kurma

Madinah mmg terkenal dgn tanah yg subur dgn kurma... Nabi Muhammad SAW bersabda mereka yang makan ambil 7 biji kurma ajwah seawal pagi akan terpelihara dari sihir.... Rasulullah -Shallallahu ‘Alaihi Wasallam- bersabda tentang keutamaan dan keberkahan makanan dan kurma di Madinah :

من أكل سبع تمرات مما بين لابتيها حين يصبح لم يضره سم حتى يمسي ”
Barang siapa yang memakan 7 buah kurma diantara (Kurma yang tumbuh di Madinah) pada waktu pagi, maka ia tidak akan mendapatkan bahaya dari racun hingga waktu petang”. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih-nya No. 2047 dari Sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash  #ziarahbumianbiya

Thursday, August 04, 2016

Kelana Jaya : 1437 H


Daddy's little girl
ALlah pelihara kamu princess
Kami pergi tak lama inshaallah

KTO2: saudi airplane

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...