Wednesday, November 21, 2012

Sajak Al Fateh....

21 Oktober lepas..ibu dan ayah telah menghadiri seminar 'parenting gaya al fateh'
dan kami berdua sangat berharap agar sajak yg dibacakan ini bakal dihayati sebaiknya dalam hati kalian.



My intention is to obey Allah and fight in His cause

My aim is to crush the non-believers with my soldiers, those of God

My mind is set on achieving victory

and earning the pleasure of Allah

I use my tongue and my hand to strive in the cause of Allah

What is worthier in this life than submitting to God

I am full of enthusiasm to change this world

and become victorious with the help of Allah

I hope that the power of the state and Allah's power will prevail on Earth

I long to fight hundred thousand times in the cause of Allah

Tuesday, November 20, 2012

Rahsia ibu...

Hari terakhir persekolahan...dan hari terakhir juga lah kiranya bergelar guru kelas, ibu didatangi buah hati ibu yang seorang ini sambil menghulurkan 'paper bag' buat ibu. Ada 3 hadiah tau dalamnya...

hmmm...susah-susah jer Akmal Fariz nih...

Dia nih memang buah hati ibu...kalaulah ibu budak darjah enam lagi...dah lama ibu jadi secret admire dia... :)

Dalam diam ibu sangat mengaguminya...Bukan sahaja terbaik akademik..malah sikap dan sahsiahnya juga menambat hati ibu....

Tidak disangka... dia juga pemain bola kelas ibu...kelas ibu menang tau antara kelas-kelas lain tahun 6....Dia boleh main bola..hmmm macamanalah dia main dengan spek mata nya tuh...

Dia juga wakil sekolah bercerita bahasa inggeris ....dia bukan mudah dibuli : ibu pernah dengar dia kata tidak boleh pada Azaim Syahmi (pelajar kelas ibu) untuk perkara yang tidak disukai... dia juga turut bermain dalam kelas namun dalam adab dan tertib yang sangat terjaga..... Dia ada diri dia sendiri

Dia boleh hidup bersendirian dan dia tidak kisah berkawan...cukup pandai membawa diri..tidak terpengaruh sedikit pun dengan keadaan persekitaran....

Dan petang itu, ibu menghubungi ibu atau mama Akmal Fariz sendiri...bukan sahaja untuk mengucapkan terima kasih untuk hadiah yang diberikan tapi untuk mengorek rahsia bagaimana mendapat anak yang baik macam Akmal Fariz.... :)

Saya tiada apa-apa rahsia cikgu...saya didik dia sama macam ibu-ibu lain. Sama macam kakak-kakak saya didik anak-anak mereka..cuma Alhamdulillah dari kecil dia memang senang untuk disuruh..dan cepat mengikut bila diajar...

Ibu tak puas hati..hmmm takkanlah puan tak ada ayat-ayat amalan ketika mengandungkan Akmal....

Hmmm takdelah cikgu..sama sahaja macam ibu-ibu lain cuma saya tidak pernah tinggal doa untuk anak-anak setiap kali selepas solat...

Nah..itu dia jawapannya doa....  
ALLah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah : 186: Dan apabila hambaku bertanya kepadamu mengenaiku..Sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada Ku...

Apatah lagi doa seorang ibu yang sangat humble, merendah diri dan cukup bersopan seperti puan Hindun ibunya Akmal. MasyaALlah, subhanaALlah dan Alhamdulillah tidak lepas dari mulut ibu ini dan berulangkali dilafazkan....kata-katanya cukup lembut, bahasanya tersusun dan teratur....masakan tidak yer anaknyer begitu yer....(Anak-anak itu menurut apa yang diperhatikan bukan mengikut apa yang dikatakan.... )

ibu selitkan juga apa yang pn lina karim emailkan pada ibu suatu waktu dulu...


Seperti yang kita tahu, beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang diberikan kepada seorang ibu. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa untuk berdoa untuk diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan tunggu anak kita bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat untuk berdoa. Senario biasa manusia adalah seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah. Berdoalah seawal yang boleh. Jika berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka masih suci belum lagi dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..

Saya ungkapkan semula kata-kata imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada diwaktu siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka, janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."
Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan. Juga berdoalah untuk orang lain tanpa mengetahui orang yang didoakan itu mengetahuinya kerana malaikat akan mengaminkan doa tersebut sambil berkata "..dan untuk kamu doa yang sama  juga". Marilah kita bertukar-tukar doa.. InsyaAllah.

Abdul Muhaimin dan anak ibu lainnya....jangan risau....ibu sentiasa doakan kalian...cuma kalian harus ingat tingginya nilai doa seorang ibu.....Moga jadi anak-anak yang soleh dan solehah ye sayang ibu.... dan jangan lupa sampaikan salam ibu pada Akmal Fariz bin Zulkifli andai kalian bertemu dengannya suatu hari nanti....


                                

Saturday, November 17, 2012

impian atau angan angan

Hari ini 3 Muharam 1334 Hijrah. Bahang awal Muharam tahun baru Islam kali ini panas bila khabar serangan tentera Israel ke atas tanah Palestine yang sudah masuk 4 hari dan kian diperhebatkan pada awal 1 Muharam 1334 Hijrah ini.





Kasihan saudara-saudara kita sayang... Amin ingat lagi buku yang ibu beli untuk Amin....



Nanti jangan lupa bacakan untuk adik Amin k..... dan jangan lupa mereka itu saudara-saudara kita

Apa agaknya cerita tanah Palestine ketika Abdul Muhaimin membaca entri ibu kali ini? Bukan sahaja Palestine malahan tanah islam yang lain Syiria, Rohingya dan beberapa buah negara Islam lainnya... Masih begitukah sayang? Jika benar, bukankah terlalu lama mereka terseksa, terutama sekali tanah Palestine yg bertahun lamanya dijajah dibumi sendiri.....

Waktu-waktu begini, ibu sering teringat saranan Pn Lina Karim ibu Darwish dan Darwisya ...
Katanya..anak-anak Israel tidak sempat untuk menikmati hidup tapi kita di bumi bertuah ini memiliki anak-anak yang mempunyai peluang yang baik untuk memenuhi hadith Rasulullah yang ini:

 Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kamu bersedih?” 
  
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari  SEBELAH TIMUR  dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat­ku yang memenuhi 
bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” 

Anak-anak bukan untuk ibubapanya berbangga...namun anak-anak ini adalah milik ALLah yang dipinjamkan..dan mungkin inilah caranya untuk kita membantu saudara kita buat masa ini...Untuk kita sama-sama mengembalikan harga diri dan fitrah kita..

Ibu sering berdoa sayang..agar anak ibu ini muslim yang disayangi ALLah..Kuat spiritual, emosi dan intelektualnya...Hadith Rasulullah:

Seorang mukmin yang kuat lebih disayangi dan lebih dicintai ALLah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan ALLah serta jangan BERSIKAP MENGALAH... Hadith Sahih Muslim No:4816

Untuk siapa kekuatan itu jika bukan kita kembalikan haknya kepada ALLah....Dengan doa ibu ini...maka kembalikan lah apa yang Amin dan adik-adik miliki kepada ALLah...

Sayang-sayang ibu.....moga kalian merupakan sebahagian dari anak-anak muda dari timur itu...Ibu tidak tahu sebesar manakah kumpulan itu..namun ibu mengharapkan agar setiap zuriat ibu adalah sebahagian darinya...

Semoga kebangkitan tentera al fateh yang kukuh cintanya pada ALlah itu akan kembali berulang dan anak-anak ibu adalah sebahagian darinya...

Terima kasih Pn . Lina Karim atas impian yang tidak pernah terfikir ini...namun benar impian akan jadi angan-angan bila kita tidak berusaha...dan usaha perlu berterusan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam..Moga ibu-ibu semua akan konsisten untuk menghidupkan tentera-tentera al fateh dalam ahli keluarga kalian...dan mungkin sahaja bayangan al fateh itu sendiri... ALLahu Akbar.....

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...