Monday, May 18, 2009

Another princess is already a queen...

Wedding of Nor shaheeda Nawawi : my cousin
17 May 2009
Venue: Restaurant Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa


Doorgifts: cute cakes
Flowergirls: The twin. her own niece


The king and queen:


May ALLah bless both you!!!!!

Hari Guru: 16 Mei 09


Sambutan hari guru di sekolah meriah...


Awal pagi
setelah nyanyian Lagu Negaraku dan Guru Malaysia serta bacaan ikrar..
aerobik : tarian poco-poco
(ish...memang tak reti langsung.....)
kemudian, potong kek, nyanyi lagu untuk gurubesar (harijadinya pada hari guru)
cabutan bertuah, persembahan tarian bangra dan seni silat cekak hanafi..

pertandingan tarik upih, tiup tepung dan tak tahan sekali baling cikgu dgn belon
sayu bila budak2 buat mural atas kain...cop tangan sendiri




mural tersebut dibawa mengelilingi kumpulan cikgu yg berkumpul di tgh2




dengan ucapan dan jeritan ' terima kasih cikgu!!' love that moment sooo much
dan hadiah hari guru thn ini: pnuh pengertian tersendiri

kek, chocolate, gula-gula dan biskuts.. (hmm saya memang suka..) mungkin harapannya agar cikgu akan sentiasa manis datang ke kelas....



Perhiasan diri, hmmm mungkin anak murid mahu cikgu agar sentiasa menarik hadir ke kelas





koleksi cawan dan tupperware serta bekas-bekas kecil dan comel yang lain.... mungkin mereka mahu diingati sebagai anak2 comel yg sering memenuhi hari-hari saya sebagai seorang cikgu



Namun, andaikata kalian boleh memahami harapan guru ini...yg mahu kalian indah peribadi dan pekerti...menghormati malah tentunya berjaya di dunia dan akhirat....
dan andai kalian boleh menyelami betapa kasihnya hati guru ini terhadap kalian...

Rasa kerdil dan tak layak untuk menerima penghargaan dan harapan..kerana betapa budi yg ditabur sebenarnya tidak setanding dgn apa yg diterima....

Terima kasih.....kerana mengajar seorang guru erti tanggungjawab, kasih, sabar dan erti hidup. Terima kasih kerana mengisi hari-hari diri sebagai khalifah seterusnya memberi peluang untuk diri mengumpul amal buat bekal di akhirat....

Moga kita sama-sama memahami antara satu-sama lain.......

ponteng kuliah....

Sebagai manusia... kata-kata kita akan sering diuji.
Bila berkata mampukah kita melaksanakannya...

Saya pernah berazam utk tidak meninggalkan kuliah surau annur (http://www.surauannur.net/) setiap ahad...

Merancang akan hadir pada setiap kelas...


Sayangnya


masuk minggu ini dah 2 minggu saya tidak hadir... aduh sayangnya........

Ponteng kali pertama - hujung minggu ke 2 bulan may : hari ibu..



Sabtu 9 May : tiada kelas tambahan thn 6 cuti wesak, temankan mama ke pasar Puchong...
beli stok lauk... dan belajar kenal ikan...hehehhe dan

Ahad 10 May: hari ibu, ikut mama balik kg, di kg ada majlis maulidilrasul...merangkap sambutan hari ibu...terlepas kuliah di surau annur, tapi dpt dgr ceramah yg disampaikan oleh ustaz Baharuddin Abdullah (hehehe merangkap bapa sendiri..) utk org kg...

Memandangkan hari tersebut hari ibu, saya biarkan ibu2 mendengar kuliah abah dan saya bersama adik sibuk di bawah menyediakan makanan utk ibu2 dan tetamu yg hadir....
Lantaran itu, saya tidak fokus pada isi ceramah walau pun boleh didengari dari dapur surau...

Ponteng kali ke 2- minggu ke hujung 3 bulan may : hari guru

Sabtu 16 May: tiada kelas tambahan thn 6 , sambutan Hari guru sekolah
dan
Ahad 17 May: Kenduri sepupu saya... di restoren Nelayan, Titiwangsa..

Bukan setakat perkara itu sahaja, ada banyak perkara yang lain yang saya pernah ucpkan, dan tanpa saya sedari rupanya saya tidak mampu untuk melaksanakannya.....apatah lagi bila memberi nasihat atau menegur org lain..rupa-rupanya diri sendiri masih belum sempurna...
rupa-rupanya diri sendiri terlalu lemah berbanding org yg ditegur dan dinasihati..

Apakah patut alasan manusia itu sentiasa lupa masih boleh diterima...

Berazam untuk jadi baik...sentiasa mahu jadi baik...
Namun saya yakin kata-kata ini akan diuji lagi.....

Moga ALLah beri saya kekuatan...kesabaran dan ketabahan.....

Sunday, May 03, 2009

KULIAH AHAD: 3 MEI 09

Lewat lagi =) Memandangkan sudah berhenti mengajar tusyen, mama pesan bawa adik2 sekali.

Penceramah kali ini Ustaz Husayni dari Perlis... dan isi kali ini berkisar tentang sikap dan sifat2 mulia Rasulullah.

Ketika saya tiba, Ustaz sedang membincangkan sifat Rasulullah yang pertama iaitu :

S.E.N.Y.U.M

Saidina Ali meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ialah org yang sentiasa bermanis muka. Katanya lagi bagaimana gelodak perasaan Rasulullah ketika itu, baginda akan sentiasa tersenyum dan bermanis muka. Namun, Rasulluh akan bertindak berbeza ketika beliau marah, dan marah Rasulullah itu sudah tentunya semata-mata kerana ALLah.

Rasulullah sendiri berkata ; siapa yang

1. Memberi sesuatu kerana ALLah
2. Menahan sesuatu kerana ALlah
3. Marah kerana ALlah
4. Mencintai kerana ALLah
maka sempurnalah imannya.....

Sesungguhnya senyuman itu adalah ajaran islam. Malah ustaz menegaskan wajib pula bagi seorang isteri untuk bermanis muka pada suaminya. Ustaz pesan biar apa keadaan pun isteri wajib senyum....dan derhakalah jika bermasam muka pada suami. Usah menolak apa yg telah ditetapkan ALLah...dan jika tidak mahu melaksanakannya maka ustaz pesan jangan kawin...hehehehe

Ustaz bercerita: Satu hari dtg seorg wanita bertanya kpd nabi tentang hak-hak seorg suami dan Rasulullah menjawab : seandainya keluar nanah dari kepala dan mengalir nanah tersebut hingga ke lutut dan seandainya kamu membersihkan nanah tersebut dengan menjilatnya dari lutut ke kepala, ia masih belum menunaikan hak-hak seorg suami........

(saat ini saya sgt kagum dgn mereka yg berani menyahut cabaran bergelar isteri...syabas!!! Namun untuk mereka yg bergelar suami, bertimbang rasalah ..)

Berbalik tentang kisah sifat Rasulullah yg sering tersenyum. Ustaz menegaskan:
Jangan kamu pandang ringan perkara maaruf walaupun kecil biarpun hanya bertemu dgn saudara mu dan bermanis muka. Sesungguhnya senyuman itu bakal dikurniakan pahala sedeqah.

dan sedeqah itu sesungguhnya menghapuskan dosa-dosa

Kali ini Rasulullah bercerita tentang seorg wanita yg dtg bersama anak kecil meminta makanan dar rumah Rasulullah. Saat itu Rasulullah tiada di rumah dan ketika itu hanya ada Aishah.
Saidatina Aishah memaklumkan bahawa dalam rumah tersebut tiada makanan lain kecuali 3 biji tamar...

( SubhanaALLah, dalam rumah Nabi..utusan Allah..hanya ada 3 biji tamar! Nabi , lelaki merdeka yang diwahyukan ALLah kepadanya dan diminta untuk menyampaikan kepada umatnya..hanya ada 3 biji tamar)

Saidatina Aishah memberi 2 biji tamar kepada wanita dan anaknya dan berkata sebiji tamar itu akan dikongsi bersama Rasulullah

(Romantiknya Aishah dan Rasulullah =) sebiji tamar kongsi 2 hmmm...)

Tiba-tiba anak perempuan itu menangis dan Saidatina Aishah tidak sampai hati..beliau memberi tamar yang satu itu kepada anak perempuan itu...

dan saat Saidatina Aishah bercerita hal tersebut kepada Rasulullah..Rasulullah akur dan berkata bersedekahlah hatta setengah dari tamar, sesungguhnya sedekah itu menyelamatkan diri dari api neraka...

(Rasulullah confirm tak masuk neraka, pun bersedekah...kita yg tak confirm masuk syurga nih???? Rasulullah yang telah dilantik menjadi nabi saat Adam belum lagi menjadi roh dan jasad itu pun turut bersedekah. Contoh mana lagi yg perlu kita turuti)

maka senyumlah dan indahnya hari kita bila ia dimulakan dgn senyuman.. moga yg membaca blog saya ini sedang tersenyum kala ini =)

sifat seterusnya L.E.M.A.H - L.E.M.B.U.T

Ummu Salamah pernah menghantar sup kepada Rasulullah ketika beliau berada di rumah Aishah melalui pembantunya.

( Salah satu makanan kegemaran Rasulullah ialah sup lengan kanan kambing... dan pernah diceritakan bahawa seorg sahabat telah mempelawa Rasulullah untuk makan sup tersebut..beliau meminta pada sahabat tersebut shingga lebih dari 2 kali...dan kali ketiga sahabat Rasulullah berkata bukankah kambing hanya ada 2 lengan...lagi 2 dibelkang dipanggil kaki tau... dan RAsulullah bersabda...seandainya engkau terus mengambil tanpa mempertikaikannya, nescaya akan keluar dari periuk tersebut lengan-lengan kambing yang lebih dari itu...)

Saat pembantu Ummu Salamah mengatakan bahawa beliau membawakan sup dari Ummu Salamah untuk Rasulullah, Saidatina Aishah menepis tangan pembantu tersebut hingga tumpah dan pecah mangkuk tersebut....

Rasulullah tegur Rasulullah dgn cara yang baik: cemburukah kamu wahai si pipi merah....
dan baginda meminta Saidatina Aishah menggantikan mangkuk tersebut dgn lemah lembut

(wanita tetap wanita...sedangkan isteri Rasulullah shaja sudah ada sifat cemburu...apalagi wanita biasa...seperti saya dan wanita lain diluar sana.... =) .....)

Dalam kisah yang lain pula diceritakan bahawa : Rasulullah seringkali dicela dan dicaci oleh seorg lelaki yahudi yang buta di pasar madinah....padahal pada waktu yg sama...Rasulullah yang menyuapkan lelaki yahudi makanan setiap pagi tanpa disedari oleh lelaki itu sendiri....
Sehinggalah saat kewafatan nabi, tugas Rasulullah itu telah digantikan oleh Saidina Abu Bakar...
Lelaki tersebut dpt merasakan perbezaannya...katanya jika lelaki sebelum ini, iaitu Rasulullah beliau akan melembutkan roti tersebut sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya...

indahnya akhlak rasulullah......

biarpun nabi lembut namun nabi tidak menafikan ketegasan apabila perlu, malah lihat sahaja mereka yang berada di belakang nabi:

1. Saidina Abu Bakar: sifatnya mirip nabi, malah Rasulullah sendiri berkata andai dia boleh memilih siapa yang bakal dijadikan kekasih selepas ALLah dia memilih Saidina Abu Bakar yang lembut hatinya...
2. Saidina Umar...seorang yang tegas namun masih lagi diktiraf oleh Rsaulullah....
3. Saidina Ali..seorang yang tidak banyak bersuara, namun sekali beliau berbicara ia bagai mutiara...dan beliau juga gagah, ahli ibadah yang diperakui keperkasaan dan kebolehannya...

jelas, tegas dan lembut itu perlu pada waktu dan ketikanya...

Rasulullah T.A.W.A.D.U.K dan rendah d.i.r.i orangnya

Satu hari Rasulullah sedang duduk bersama Saidina Jibrail.. Tiba2 langit berbunyi bising. nabi bertanya kepada Saidina Jibril dan beliau mengatakan bahawa pintu langit terbuka dan bakal turun malaikut untuk menemui Rasulullah..

Turunlah malaikat yang diperkatakan menawarkan 2 perkara dari ALLah kepada Rasulullah:
1. menjadi raja dan rasul
2. menjadi hamba dan rasul

dan Nabi Muhammad SAW memilih hamba dan rasul...

tawaduknya baginda hingga diriwayatkan bahawa baginda hanya memiliki 3 helai pakaian dan ada pula mengatakan ianya adalah 4 yang terdiri dari jubah bewarna putih, hijau, hitam dan merah.

Rasulullah seorang yang T.I.D.A.K B.E.N.G.I.S, tidak kasar, T.I.D.A.K bersuara keras, tidak menjerit-jerit di pasar, tidak melakukan perkara keji dan T.I.D.A.K S.U.K.A M.EN.C.E.L.A

Nabi Muhammad juga akan memuji pada mereka yang selayaknya menerima pujian..
Rasulullah SAW pernah memuji Uthman, mengatakan betapa malaikat juga malu kepadanya..
Rasulullah pernah memuji saidina Umar mengatakan bahawa sekiranya Saidina Umar lalu di satu lorong, nescaya syaitan akan berlari mengikut lorong yang lain...

Rasulullah orangnya T.I.D.A.K K.I.K.I.R , TIDAK KEDEKUT n TIDAK B.A.K.H.I.L

Orang yang dermawan dekat dgn ALLah, dekat dgn syurga dan jauh dari api neraka
Orang yang bakhil, jauh dgn ALLah, jauh dgn syurga dan dekat dgn api neraka

Pada suatu hari dtg seorg wanita yg ingin memberi slendang yg dikaitnya sendiri kpd Rasulullah.

( memakai selendang yang disangkut pada bahu sebelah kanan adalah sunat...macam meletakkan serban di bahu kanan juga)

nabi kelihatan sangat berkehendak dan suka pada selendang tersebut, beliau membawanya masuk ke rumah dan kemudian keluar dgn memakai selendang di bahunya... Dalam perjalanan, beliau ditegur oleh seorang sahabat yang memuji selendangnya dan meminta dipakaikan selendang tersebut ke bahunya...

Nabi tidak banyak dalih dan terus memberi selendang tersebut kepada lelaki itu dan kemudiannya berlalu.....

Sahabat-sahabta nabi yg lain memarahi lelaki itu dan lelaki itu menjawab..sesungguhnya dia tidak mempunyai niat lain kecuali menginginkan agar selendang yang dipakai oleh Rasulullah itu menjadi kain kapannya apabila mengadap ALLah kelak...dan ia benar2 terjadi, lelaki itu wafat dan dikafankan dgn kain selendang tersebut!!

Nabi tidak kedekut.....

Dalam kisah yang lain, Nabi muhammad SAW duduk bersama para sahabat, beliau tiba2 dahaga dan seterusnya meminta salah seorg dari sahabatnya meminta semangkuk susu dari seorg penternak unta yg mempunyai unta yang banyak...

Saat sahabat nabi meminta kepada penternak unta tersebut, penternak tersebut menolak malah enggan memberi..

Nabi pesan pada sahabat yang mjeminta tadi minta pada org lain dan kali ini seorg yg mempunyai unta kurang dari penternak tersbut, dan kali ini tuanpunya unta itu bermurah hati dan memberi kan susu untanya pada sahabat nabi...

Atas apa yg berlaku Nabi berdoa agar:

Perbanyakkan lah rezeki untuk penternak unta yang pertama dan
cukupkanlah rezeki yang ada sehari untuk hari yang dilalui bagi pemilik unta yang memberi susunya kepada nabi.. kenapa begitu?

Kerana Rasulullah melihat mereka yang memiliki kekayaan dunia, miskin amalannya dan begitulah sebaliknya.....

selain itu

Nabi Muhammad SAW tidak suka berbantah-bantah : malah, Nabi Muhammad sgt suka pd org yg cepat mengalah..Jangan diteruskan perbalahan...

Nabi Muhammad tidak suka pada org yg banyak cakap

Nabi Muhammad juga akan menjauhkan diri dari perkara yang tidak memberi manfaat dan kepentingan...

Ustaz pesan...apabila dtg sesuatu perkara pada kita...timbanglah dgn al quran dan hadith..

benar...timbanglah dgn Al Quran dan Hadith...

dan ustaz menamatkan dgn kisah ulama terkenal Sirri Al Sirgati di Baghdad...

Pada suatu hari, kota Baghdad terbakar dan seorg pemuda menemui Sirri dan berkata bahawa
semua bangunan telah terbakar kecuali bangunan kedai Sirri... Sirri mengucapkan alhamdulillah dan sejurus kemudian beliau merasakan sangat mementingkan diri sendiri. beliau tersedar dan beristighfar atas tindakannya...

beristighfar atas kalimah alhamdulillah....

Moga saya juga bukan tergolong dlm mereka yg mementingkan diri sendiri....
berkongsi apa yg baik.....

kisah manusia agung yg perlu dijadikan contoh....dan moga bertambah lagi kasih dan cinta serta bangganya kita semua menjadi umatnya dan jgn lupa =) S.E.N.Y.U.M

Saturday, May 02, 2009

waktu....

Adakah waktu itu juga memiliki perasaan? Waktu hanya menjalankan suatu takdir, ia berganti, berputar dan berjalan. Tidak ada kekuatan apa pun mampu menghentikan waktu dari terus berputar. Manusia tidak dapat melakukan apa pun, sekuat apa pun hati mereka melawan kesukaran dan penderitaan, namun mereka harus akur dan mengakui bahawa kepada waktulah mereka akan menyerahkan segala-galanya.....

Kitab Cinta yusuf & Zulaikha, ms 295 karya Taufiqurrahman Al-Azizy

Cuti 1 Mei...menghabiskan sisa-sisa novel yg masih belum ditamatkan......
memenuhi waktu yg dikurniakan ALLah...

Waktu tidak pernah berbicara, sedar-sedar ia jauh dah meninggalkan kita.....

Dalam sebulan ini, saya lelah....memenuhi tanggungjawab dalam waktu yang diperuntukkan...
malah adakalanya membiarkan waktu itu berjalan menurut takdir yang telah ditentukan....

namun sebagai manusia, saya harus terus hidup.....

Rutin harian berjalan seperti biasa..
pg...menghantar adik2 ke sekolah,
tghari jemput adik2 balik dan kembali menghantar shifa ke sekolah agama...
Ptg adakala saya membuat kelas tambahan untuk pelajar saya..malam memenuhi tusyen dan adakalanya ke kelas agama memenuhi tuntutan spiritual yg semakin menipis dalam dada...

cuma....

rasa iman yg semakin menipis ini tidak dapat dielak....
rasa terlalu leka dgn kesibukan dunia...
memenuhi harapan dan impian org lain....
hinggakan jadual agak penuh dgn kelas2 tambahan dan tusyen.....
semangat terus teruja untuk melihat setiap anak murid berjaya....
perasaan itu sngt indah, memenuhi impian org lain......

namun, akur...

gigih saya untuk itu semua, mengurangkan semangat saya pada fokus sebagai hamba...
Jika dulu kehadiran kuliah ahad saya cemerlang....kini belum sempat penceramah pulang, saya sudah pulang lebih awal.... ada kelas tusyen.....
Jika dulu, saya sempat menyelak Al quran setiap hari selepas maghrib... kini seusai solat maghrib setiap isnin, saya perlu bersiap...ada kelas tusyen...
dan banyak lagi jika dulu yg saya tinggalkan......kerana ada kelas tusyen dan tuntutan lain

dan sekali lagi waktu itu terus berlalu....

1 mei kali ini...saya nekad, saya berhenti tusyen setiap ahad..... namun, aduh !!! dtg pula permintaan untuk tusyen individu... antara kasihan dan tuntutan diri sendiri...saya kembali menilai...

Biar jauh mana waktu itu berjalan...seharusnya hari ini lebih baik dari semalam....
Sedih...apakah saya semakin baik dari dulu...
Kadang kala rasa marah bila dipuji......rasa hina bila diri diperkata tiada cela...

Mereka tidak tahu... malah mereka tidak kenal siapa diri...
Namun Alhamdulillah...

Dalam keadaan yang serba kekurangan dan penuh kelemahan ini...
ALLah tutup kekurangan dan aib yang dimiliki....
ALLah beri peluang untuk disayangi malah dihormati.....
dan tentunya peluang itu adalah ruang untuk terus memperbaiki diri....

mustahil untuk sempurna, namun akuilah bahawa manusia itu penuh kelemahan...
Pandanglah kesempurnaan yg ada, namun harus disemat dalam diri bahawa manusia tetap manusia...punya kekurangan dan kelemahan....agar kelak, bila kekurangan itu kelihatan...kita redha... agar nanti bila kelemahan itu tampak, kita tidak mengeji malah datang untuk membantu serta memperbaiki diri.....

Waktu yg telah ALLah tetapkan untuk kita cukup sempurna... ada awal dan ada akhirnya....
Namun apa pengisian dalam waktu yang beredar terletak pada diri....

Dalam senyap, waktu akan terus berlalu....
dan dalam sepi moga diri akan lebih memahami.....

menyerahkan segalanya pada waktu tidak bermakna kita membatu.....
menyerahkan segalanya pada waktu bermakna kita percaya pada ketetapan yg ditentukan ALLah....

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

dan sekali lagi ya ALLah....
tunjukkan saya jalan yg lurus.....

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...