pagi itu......

Awal pagi Ahad.

Sibuk membancuh cucur bilis buat sarapan pg dengan mama....

Namun, cerita adik saya Hamdi tentang teman Yamannya yg tidak mahu mengimami solat hajat berjemaah menarik perhatian saya....

Apatah lagi bila isu..syiah, wahabi, salaf diperbincangkan...

mengingatkan saya tentang perbincangan awal pg di hadapan Darusyifa' minggu lepas.....

Perbincangan saudara seislam yg baru saya temui hari itu...... :)


Seronok juga dengar mereka berbincang....mendengar pandangan disamping lontaran ilmu yg telah mereka perolehi...

Saya?!?!hmmm manalah pandai berhujah...ilmu pun tak seberapa, namun secara tak langsung saya menyedari sudah wujud satu aliran keterbukaan dalam memperbincangkan topik ilmu berkaitan agama (Bayangkan awal2 pg mereka dah boleh berbincang....kagumnya).

Lebih-lebih lagi dgn isu kehadiran mufti perlis yang baru, Dr Asri Zainul Abidin. Saya senang dengan pandangannya, segar. Namun tidak sepatutnya kita terus menerima tanpa meneliti, menerima segalanya membuta tuli. Tetapi, itu tidak bermaksud kita harus menolak sama sekali tanpa mengkaji serta tidak memberi peluang untuk dia bersuara dan menyatakan pendapatnya.

Ruang untuk perbincangan dalam islam amat luas, apatah lagi sekiranya ia mampu mempertingkatkan nilai ilmu yang dimiliki oleh seseorang. Namun, Islam juga tidak menggalakkan perbalahan, apatah lagi pertengkaran dan permusuhan.Adakalanya isu yg diperbincangkan sukar menemukan jawapan yg nyata. Bak cerita 2 org yg bergaduh menentukan mana yg datang dulu ayam atau telur....Hahahaha, mujur perbincangan pg itu berakhir dengan baik.

dan saya lebih senang mendengar............

apa jua tujuan dan hajat kalian (kakak dari Muar, Pegawai Tentera Port Dickson dan Pemuda TV3) hadir di situ pagi itu.....moga yang kusut bakal terungkai, yg sukar bakal dipermudahkan, dan yg terbaik dari ALlah sentiasa mengiringi kalian.... (",)

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+