Kapal
Kita semua ada jalan hidup kita yang tersendiri. Setiap orang ada jalan hidup sendiri dan setiap jalan itu tidak pernah sama. Ada orang banyak bengkoknya, ada orang lurus sikit, ada orang tenggelam timbul, pendek kata tidak ada yang sama dan serupa.
Perjalanan hidup kita ibarat sebuah kapal yang mula meninggalkan pelabuhan. Entah apalah yang akan di temuinya di tengah pelayaran. Entah apa yang akan dihadapi; omak besar, ikan jerung, hantu laut, ikan duyung, ribut. Semua kemungkinan boleh terjadi.
Tapi bila kita dah berada di tengah laut, apa pun yang mendepani, kita tak boleh berpatah balik. Kalau masih dekat mungkin tidak menjadi masalah untuk berpatah balik, tetapi tatkala telah berada di tengah lautan, mustahil kita mahu berpatah semula. Tak mungkin, sebab perjalanan seterusnya dengan berpatah balik itu lebih kurang sama payah. Lebih baik teruskan walaupun di depan nyata ada ombak besar dan ada ribut gila.
Begitulah hidup kita. Kita semua ibarat kapal-kapal belaka. Sudah lama meninggalkan pelabuhan dan sekarang sedang menghampiri destinasi. Entah bila sampainya kita pun tak tahu. Yalah, usia kita mana kita tahu di mana sudahnya, di mana akhirnya. Apa yang berlaku di tengah-tengah mana kita tahu.
Perjalanan hidup kita memang tidak boleh predict. Kita Cuma boleh rancang apa yang ingin kita lakukan, atau kita nak elak, tapi kalau nak terjadi ia akan terjadi juga. Kapal yang belayar tu, sebelum belayar tentu dia yakin akan menempuh laut bergelora.
Tapi ia berlayar juga meninggalkan pelabuhan. Di tengah-tengah perjalanan nanti kalau berlaku sesuatu pa yang mereka boleh buat untuk mengubahnya?
Tak boleh buat apa-apa kecuali berusaha mengatasinya tapi untuk menghentikan sebarang petaka di laut tidak mungkin mampu.
Macam tulah hidup kita, macam kapal. Perjalanan kapal ibaratnya usia kita, tamsilannya pada umur kita. Kita semua kapal-kapal yang sedang belayar sekarang ini. Yang banyak bebannya lambatlah perjalanannya, yang sedikit bebanannya lajulah ia membelah laut.
muka surat 158 Jangan tidak-tidak
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

Comments