..........
Isteri enggan bermadu jerut mati 2 anak
Utusan Malaysia, 20 Februari 2007/2 Safar 1428
Terpanggil untuk menulis sesuatu tentang apa yang ada di dada akhbar hari ini….
Aneh sekali bila memikirkan dimanakah letaknya nilai kasih seorang ibu, apatah lagi nilai dan rasa bertuhan yang seharusnya ada dalam diri insan….
Sedih dengan tindakan si suami, benar manusia berhak untuk berasa sedih
Sebagai manusia, semua orang berhak untuk sedih. Sekuat manapun seseorang itu dia berhak untuk sedih..Dia itu manusia.
Malahan ia merupakan anugerah tuhan untuk menilai kehidupan. Namun, sedih bukan bererti kita harus akur dengan perasaan dan terus mengalah pada kehidupan.
Bak kata Dr Tuah….kehidupan kita macam kapal…kita akan terus berlayar meninggalkan perlabuhan, Di tengah-tengah jalan kalau berlaku sesuatu, tak mungkin kita mampu mengubahnya….tapi kita mampu berusaha untuk mengatasinya malahan terus berjuang agar layar kita tidak hanyut.
Tamsilan pelayar dan kapal yang ada dalam diri kita perlu diperhalusi dengan baik. Sebaik dan seteguh mana pun kapal itu, kapal tetap hanya kapal yang menjadi sebahagian dari apa yang ada di dunia ini. Ia pasti lebur dan hancur……hanya cara dan ketikanya sahaja….
Untungnya jika kapal hancur saat dia terus berjuang mendepani segala rintangan. Sebaliknya sia-sia jika kapal terus karam kerana menyerah dan tidak mahu bergerak. Membiarkan diri dihempas badai, membuang sauh dan tetap disitu hingga ke akhirnya.
Berlayarnya kapal kerana punya arah tuju dan destinasi yang ingin dijelajahi. Sayang sungguh bila destinasi itu kabur dek petaka yang dihadapi.
Walau bagaimanapun perjalanan kita bukankah destinasi kita sebagai muslim sudah tersurat…….
Kagum dengan apa yang telah dilalui oleh mangsa-mangsa banjir baru ini……
Kapal mereka tetap utuh dan meneruskan perjalanan, meyakini bahawa semakin kuat petaka yang dihadapi semakin gah nama mereka dalam kisah pelayaran…….
Allah mengiringi kalian InsyaALlah…… Mereka tetap sedih tapi mereka redha...
Buat si ibu….gembiralah ibu kerana nyawa 2 anak yang tidak berdosa itulah yang sebenarnya mendoakan ibu di akhirat…bukankah anak2 yang mati sebelum baligh akan mendoakan ibunya di akhirat kelak….
Namun sayang ……. Pergi mereka dek rasa hati oleh rencana tuhan untuk membina kekuatan diri ibu dan seterusnya ujian untuk hasil dan perolehan yang lebih baik…….
Moga ibu kembali kuat dan tabah…Moga ibu tidak lupa untuk siapa, kenapa, dan mengapa kita di sini…Moga ibu terus diberi peluang.
Untuk diri….. Sebagai manusia, semua orang berhak untuk sedih. Sekuat manapun seseorang itu dia berhak untuk sedih..Dia itu manusia.
Namun, sedih bukanlah petanda kepada kegagalan, atau jalan untuk berputus asa dan seterusnya menyerah…….
Comments