Sunday, December 24, 2006

kita k a w a n

Bila penyakit sukar tidur saya datang…mulalah memikirkan pelbagai perkara…
Kali ini tentang apa yer….

Ini tentang kawan sewaktu saya bergelar postgraduates….

Dia sahabat yang lama tak dihubungi…kenapa yer?? entahlah….

Dia guru renang saya yang pertama…..orngnya rajin, kuat berusaha dan bercita-cita tinggi….

Kami rapat kerana sebilik….. Petang bila tiada kelas, kami rajin duduk di bench sport complex dan bercerita…
Cerita tentang dia, keluarga dan apa jua yg dirasanya….

Dia selalu kata saya sangat beruntung….. dan saya akan mendengar tiap bait katanya….

Kami sama-sama cari kerja untuk cover belanja belajar.....dan sekali lagi kata-kata beruntung dilontarkan bila saya memperolehi jawatan pegawai tadbir di Kementerian Kebudayaan….

Alhamdulillah dia dapat kerja sebagai cashier CC di kolej kediaman kami..

Pada masa yang sama..kami sama2 mohon KPLI…sama-sama mahu jadi guru… Dia kata pada saya dia sangat minat jadi guru…..dan…

Saya kagum dengan setiap usaha yang dilakukan…dia memang berusaha keras!!!!!

Kami berangan mengajar di tempat yang sama……membayangkan bagaimana rasanya menjadi guru…..

Sayangnya….kali ini bukan rezeki dia…dan beruntung saya kali ini penuh dengan rasa yang berbelah bagi……Saya tahu dia pasti sangat,sangat…sangat kecewa, sangat kecewa…

Pengajian Sarjana saya tinggalkan..dan menjalani kursus perguruan selama setahun..
Tapi saya tak pernah lupakan dia…semangatnya saya bawa bersama…Kadang2 saya datang menjenguk dia dan teman sebilik lain..Djohanna dan fatimah…tapi, dia sering tiada..discussion, kerja, library….. =(

Tiada lagi kelas renang, belajar masak capati, goreng cucur bawang dan cerita tepi bench sport complex..Anehkan…satu masa kita pernah jadi sangat rapat dan pada satu waktu yang lain, kita seumpama tak pernah kenal langsung…….

Namun cerita dia tetap saya ikuti.... Pengajian sarjananya hampir tamat, dan dengar-dengarnya dia berjaya dlm tapisan pegawai tadbir diplomatik…..Tahniah.

Allah tetapkan yang terbaik untuk dia…

Abah saya selalu tanya tentang awak…Kami doakan yang terbaik…Awak tetap kawan saya..Benar saya beruntung..Alhamdulillah, tapi awak lebih beruntung memiliki apa sahaja yang awak miliki hari ini dan tidak mungkin akan dimiliki oleh orang lain….

Moga apa yang terpapar ini tidak lagi menjarakkan kita lagi….

Thursday, December 07, 2006

.........

Found these in one of my 14 blogs.....nice (thanks to Cek Raudz! www.raudzahfathiyah.blogspot.com)

"For everything there is a season;And a time for every matter under heaven;A time to be born, and a time to die;A time to plant, and a time to pluck up what is planted;A time to break down, and a time to build up;A time to weep, and a time to laugh; A time to embrace, and a time to refrain from embracing; A time to seek, and a time to lose;A time to keep, and a time to throw away;A time to love, and a time to hate;A time for war, and a time for peace"

The road of life is seldom a smooth one, its dotted with speed bumps, potholes and numerous detours. While it is easy to lose your way traveling along such a road, you need not despair. Please do not give up in any difficulties. No great thing is created suddenly any more than a bunch of grapes. Patience is one of the best and most valuable virtues of life.

Friday, December 01, 2006

manusia ke apa ???

Jika tidak ke mana-mana, saya suka belek bahan yg boleh dibaca..... antara bahan yg paling mudah untuk diperolehi ialah suratkhabar..

Adakala berita2 di dada akhbar menarik... melucukan dan mengerikan.....
Belum tamat kisah Altantuya dan kes rompakan mikrocip di Pulau Pinang minggu lalu....

dikejutkan dengan kisah ini..........

Bayi bertali pusat dilempar dari flat
Oleh Umavathy Ramayah

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Zalim. Itu sahaja perkataan yang sesuai bagi insan yang melempar seorang bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dari flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pudu Ulu, Cheras di sini, hari ini.

Bayi itu ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah. Kepalanya pecah.

Lebih menyayat hati, mayatnya dimasukkan ke dalam plastik sampah bersama kulit ayam dan sisa ikan.

Bayi berkulit cerah itu ditemui oleh tukang cuci flat berkenaan, Ros Hayati Tambi Ahmad, 44, kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

Menurut jurucakap polis, berdasarkan kesan darah, mereka percaya bayi itu mati dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum mayatnya ditemui.

‘‘Pemeriksaan awal mendapati kepala bayi itu pecah dipercayai akibat dicampak daripada tingkat atas flat Blok B yang setinggi 17 tingkat.

‘‘Kami akan jalankan siasatan rapi dan menangkap orang yang bertanggungjawab membuang bayi itu.

‘‘Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan,’’ katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini

Sementara itu, menurut Ros Hayati yang juga penduduk flat tersebut, dia terkejut sewaktu hendak membuang plastik sampah yang ditemuinya itu kerana mayat bayi yang dimaksudkan tiba-tiba terkeluar dan jatuh daripada dalam plastik berkenaan. Katanya, kerana terlampau terkejut, dia terus lari daripada tempat terbabit sambil menjerit memanggil rakan-rakannya yang lain.

Ros Hayati pada mulanya menyangkakan mayat bayi itu adalah anak patung.
Bagaimanapun, ujar Ros Hayati, selepas rakan-rakannya membelek ‘anak patung’ itu dengan teliti, mereka terkejut apabila mendapati ia sebenarnya mayat seorang bayi lelaki.


‘‘Bayi itu dalam keadaan bogel dan terlungkup dalam sampah sementara di kepalanya pula ada kesan darah,’’ katanya.

Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Utusan Malaysia: 1 Disember 2006, Jumaat

Terkedu...........

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...