+10 Muharam+
Saya berniat untuk post something tentang 10 Muharam pd tarikhnya..tapi saya agak sibuk..namun tak terlewat rasanya untuk kita berkongsi ilmu dan mungkin ia bermanfaat bukan untuk hari ini tapi siapa tahu esok atau lusa....
PERISTIWA PENTING DAN AMALAN BERPUASA DI BULAN MUHARRAMMUHARRAM
bukan sahaja bulan pertama dalam kalendar Islam, malah lebih daripada itu mengandungi kelebihan tersendiri. Bagaimanapun, ada dua peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Muharram yang mengandungi kelebihan dan fadhilat besar. Peristiwa itu adalah :- Muharram : Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. Pada tahun ini, 1 Muharram disambut pada 31 Januari 2006.
10 Muharram : Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari tersebut terdapat banyak peristiwa penting terjadi seperti berikut :-
1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah keluar daripada kapalnya selepas bumi ditenggelamkan air selama 6 bulan.
4.Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah daripada pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan daripada penjara.
7.Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
8.Nabi Isa diangkat ke langit.
9.Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah daripada penyakit kulitnya.
10.Nabi Yunus selamat keluar daripada perut ikan nun setelah berada di dalam perutnya selama 40 hari 40 malam.
11.Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
12.Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
13.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
14.Hari pertama Allah menciptakan alam.
15.Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
16.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
17.Allah menjadikan 'Arasy.
18.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
19.Allah menjadikan malaikat Jibril.
Pada bulan Muharram ini, kita disunatkan berpuasa khususnya pada hari 'Asyura' iaitu pada 10 Muharram 1427 H / 9 Februari 2006 sepertimana disebut di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud :-
"Sesiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura' kerana Allah Ta'ala,nescaya dosanya pada setahun yang terdahulu akan diampunkan oleh Allah".
Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' iaitu pada 9 Muharram 1427 H / 8 Februari 2006 sebagai mana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud :-
"Sekiranya aku masih hidup pada tahun-tahun akan datang,nescaya aku akan berpuasa pada hari Tasu'a' iaitu 9 Muharram.Tetapi Rasulullah s.a.w telah wafat sebelum sempat dengan hari tersebut".
Hikmah kita disunatkan berpuasa pada hari ke 9 dan ke 10 Muharram ialah untuk membezakan ibadah puasa yang dilakukan oleh kaum Yahudi iaitu kaum Nabi Allah Musa kerana mereka berpuasa pada hari 10 Muharram.
Disamping itu, kita juga disunatkan berpuasa pada hari ke 11 Muharram 1427 H / 10 Februari 2006 sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad mengenai perkara tersebut. (Rujukan kitab Sabilal Muhtadin, muka surat 160)
Oleh itu, bersempena ketibaan bulan Muharram yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan amalan, khususnya dengan berpuasa sunat pada 9, 10 dan 11 Muharram 1427 Hijrah atau bersamaan 8, 9 dan 10 Februari 2006, mudah-mudahan kehidupan yang kita lalui ini lebih diredhai.
10 Muharam juga menyaksikan peristiwa berdarah di Karbala dimana keturunan Rasulullah kecuali cicit baginda Zainal Abidin telah dibunuh dengan kejam.....perkara sedemikian tidak sepatutnya berulang pada zaman yg dikira lebih bertamadun kini....Peristiwa tersebut seharusnya dijadikan iktibar sekaligus pengajaran buat umat Islam khasnya. Wallahualam
Alhamdulillah..kami sekeluarga sempat berpuasa sempena 10 Muharam, Tapi..tak taule macamana, dugaan pada hari tersebut ALlah sahaja yg tahu..hehehe rahsia besar buat diri....
Comments