Sunday, April 09, 2017

Birthday

 Harijadi ibu dulu-dulu, saat kecil
Selalunya berlalu tanpa bunyi dan bisu...
Paling hebat pula bila tok abah dan nenek masak nasi arab...
Makan ramai2 dengan doa panjang tok abah...
Tiada kek..tiada ucapan dan tiada hadiah besar...

Dan ibu belajar.. umur akan terus berlalu..usia akan terus bertambah.. dan mati akan kian menghampiri...

Alhamdulillah....kini Allah bawa suami, anak2 dan sahabat untuk terus2 mengingatkan....
Masa lalu itu akan terus kita tinggalkan...





Terima kasih suami untuk setiap usaha, hadiah dan kasih sayang yang diberi...
Terima kasih keluarga yang menerima hamba ALlah yang serba kekurangan ini seadanya...
Terima kasih sahabat yang mahu sama membina impian kesyurga milik ilahi

Maka Nikmat tuhan yang manakah yang perlu saya nafikan lagi...

Allahuakbar...wahai anak, carilah ALlah dalam segenap kehidupan dan dia datangkan kasih sayang yang mana mungkin dapat dibeli...

Kerana mereka sama berjanji ingin ke jannah menemui Rabbul Izzati...

Moga ALlah pelihara segenap kehidupan kalian
Moga setiap doa yang kalian titipkan akan balik pada kalian jua

Saturday, April 08, 2017

Its a surprise..

Awwww...ibu blushing πŸ˜ΆπŸ™ˆπŸ™ˆ Meh ibu share doa bila dipuji orang ek : "Allahumma la tuahizni bima yaqulun, waghfirli ma la ya'lamun, waj alni khairan mimma yazunnun"

Ya ALlah, semoga Engkau tidak menghukum ku kerana apa yg mereka katakan, Ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui dan jadikanlah aku lebih baik drpd mereka perkirakan... #rumahkatapergikuburkatamari

Thursday, April 06, 2017

Pesan buat anak


Setiap anak ada ceritanya tersendiri
Setiap anak punyai keistimewaan peribadi
Setiap anak ada ruang dalam hati ibu ini

Jangan banding kisah tawa duka kalian, carilah hikmah disebalik cerita yang disusun ilahi

Jangan memandang tinggi keistimewaan diri.. bersyukur kerana segalanya ALlah yang beri

Dan..
Jangan kalian kira ruang siapakah paling besar dihati ibu ini...
Sebaliknya hitunglah setakat mana kalian masih dalam pemerhatian ALlahu Rabbi

Setiap dari kalian, Anugerah yang sungguh-sungguh tidak ternilai

Bukan milik ibu,
Pinjaman dari Ilahi...

Thursday, December 01, 2016

Hari ini sempat menziarahi ibu anak murid saya yg kematian suami... Menyampaikan sumbangan ibu2 lain dalam kelas yg sama...

Mashaallah saya percaya: ada kalangan mereka yang tidak pernah bertemu, berbual dalam whats app sahaja. namun keprihatinan yang ditunjukkan mengagumkan... Moga ALlah jaga kalian semua
Seronok dapat berkenalan dengan semua

Moga Allah ganti apa yang kalian keluarkan dengan sesuatu yg lebih baik... Kalian buat saya rasa sangat rendah diri dan malu sendiri

Dinie Karlisha: Teruskan melangkah, jangan putus asa, lakukan terbaik untuk diri sendiri

Inshaallah Allah jaga

Muhaimin dan Nuha
Tidak terbayang hidup kalian tanpa ibu dan ayah...

Jauh ibu sentiasa berdoa agar kalian tabah...

Kerana apa yang perlu kamu tahu
Bahawa
Kalian boleh kehilangan kami tapi
Tidak bila kehilangan Allah

Berpautlah dengan erat pada tali2nya
Bersangka baik dan
Sentiasalah bersyukur........

Monday, November 14, 2016

Cinta


4,5 dan 6 Nov ibu sibuk dengan program sekolah

Ayah bawa anak2 ke program sains

Dan inilah hasil hujung minggu tersebut

Dibelakangnya pula

Cerita cinta kami

Ibu dan ayah bernikah disini
Kami memulakan kehidupan di rumah ini...

Kalian  hasil tulus cinta kami membesar disini

Hari2 akhir arwah tok abah disini
Dan disemadikan sangat dekat .

Namun sayang
Ini masih belum lagi tempat kita yang kekal abadi

Sejauh mana kasih dan cinta
Ia akan hancur dimamah bumi

Cintakan bunga ia bakal layu
Cintakan manusia hatinya mampu berubah dan di bakal mati
Cintakan harta, ia tidak menjamin bahagia dan tak mungkin boleh bawa ke mati
Cintakan pangkat..selagi bernyawa

Segalanya sementara....


Tuesday, November 01, 2016

Kembali rasa....

2 hari lepas saya serabut dgn perkara diatas...dlm masa yang singkat, jumlah yg tidak banyak, menu yg rare dan hari ahad...

Kerja tetap kerja....dlm serabut, saya call 2-3 caterer....

Resah bila jawapan bukan seperti yg kita hajati...

Dengan izin Allah..saya dapat video yg menyedarkan kembali saya



Bukan mudah mengembalikan rasa bertuhan...rasa yg wujud ketika berada di tanah suci....

Allahuakbar, tidak lama selepas itu, 2nd bos saya call inform sudah ada yang sanggup mahu menyediakan seperti apa yang dikehendaki...

Mashaallah.. ini pengajaran buat saya...jika saya mahu belajar

Saya khilaf dan sungguh bagai dikata...

"Jangan kamu berfikir-fikir terlalu banyak, sebaliknya Istighfarlah banyak-banyak kerana Allah SWT itu membuka pintu yang tidak boleh dibuka dengan berfikir itu melalui Istighfar"


Monday, October 31, 2016

Balik kampung

Apa yang menarik di sekitar Sekinchan, Selangor.

Pemandangan Mashaallah....sawah padi terbentang saujana mata memandang


aktiviti untuk anak2...menjauhkan mereka dari gajet dan teknologi buat seketika...kembali pada alam dan persekitaran



  
kedai- kedai kain baju yang murah...tempat arwah abah dan mama belikan baju raya kami tiap2 tahun waktu kami kecik dulu2


 Kedai borong kerepek, bahulu dan kuih2 tradisional yang memang terkenal

Makanan yang sedap dan asli...mashaallah



 
Dan yang paling penting....kasih sayng saudara mara yang tidak pernah putus inshaallah....


Alhamdulillah Allah beri ruang dan peluang untuk bersilaturrahim, ALlah beri ruang untuk meneladani apa yang sering dilakukan oleh arwah abah, Allah beri ruang dan peluang untuk mengimbas masa lalu dan menhilangkan rasa rindu

Alfatihah untuk arwah moyang, atok, nenek, abah dan mak anjang... Moga apa yang kami lakukan ini mendatangkan kebaikan buat kalian disana...

Dan moga anak2 saya akan mengenang kami suami isteri lebih baik dari ini....

Tuesday, September 27, 2016

Adjusting life

Adjusting life back to normal
Moga ALlah permudahkan
Sungguh di sini jadi rindu di sana...

Dari sepatutnya 46 hari ALlah beri peluang untuk berada disana selama 53 hari

Siapa yang tidak rindu

Siapa yang tidak sayu

Pulang sebagai hajjah masih belum menjanjikan syurga itu milik  diri sepenuhnya...

Perjalanan ini masih panjang dan penuh liku..

Moga2 rindu yang bertamu menjadi panduan sepanjang kehidupan..

Moga2 rasa itu tidak mati..

Dan moga2 diri ini terus diperhati...

Saturday, September 24, 2016

Tips hj 4

Tips haji sebelum meninggalkan mekah :

Apa sahaja kesukaran yg dihadapi...beratur panjang, birokrasi pengurusan, panas, jauh, padat, sempit

Apa sahaja... Ingat : Syurga ALlah itu mahal

Cukupkah dengan umrah, duduk wukuf, bermalam di Muzdalifah dan Mina, berjalan jauh melontar jamraat, tawaf dn sae  untuk harga syurga yg dijanjikan ALlah.

Cukupkah  zikir, tawaf, solat sunat utk harga syurga yg serba sempurna... Bila berhadapan dgn 1001 kesukaran, ujian dan dugaan dlm kehidupan.... Bila berhadapan dgn
Perpisahan, kekecewaan, kesukaran dlm kehidupan.....pedih

Usah merungut, usah gusar...berusahalah utk sabar

Kerana

Mungkin ia harga

Syurga ALlah yg tinggi nilainya...

Thursday, September 15, 2016

Tips hj wanita


Tips haji khusus untuk wanita:
Jangan sedih jika uzur dipertengahan haji... Inshaallah ia tidak menghalang kalian dr beroleh haji yg mabrur

Jumpa ustazah utk nasihat apa yg perlu dilakukan

Bawa tafsir, zikir dan lakukan amal ibadah lain.... Ada banyak hikmah utk setiap perkara... Redha kerana ALlah maha tahu yg terbaik... Jangan lupa Saidatina Aishah: isteri Rasulullah  uzur ketika menunaikan haji...teladanilah isteri kekasih ALlah...

Wednesday, September 14, 2016

Tips hj 3


Tips haji : perjalanan pergi dan balik melontar adalah lebih kurang 7 km dr maktab....perjalanan tidak akan terasa bila sentiasa bertalbiah dan bertakbir.... Orang Malaysia segan bertalbiah kuat2..kami suami isteri ikut jemaah dari Indonesia dan Negara lain yang sangat meriah. Dari satu negara ke satu negara lain..Dari talbiah ke zikir dan doa... Perasaannya sangat berbeza...Seronok!!!

Tips haji 2

Tips haji :
Thanks to @azlina_azmir

bergerak ke Arafa dan Mina. Sediakan keperluan penting sahaja...pakaian dsb. Jangan risau pasal makan dan tidak perlu bawa makanan lebih pun....bekalan yg diberi lebih dr mencukupi. Kadang2 biskut dan air kotak 3 kali sehari, belum lagi buah, kek2. Sampai x terlarat nak menghabiskan

Next tips:
lama2 nanti makin ramai yg x habiskan makanan yg dibekalkan...kumpul dan bawa otw melontar...sepanjang jalan sedekah pula ke jemaah lain dan mereka yg ada dijalanan... Sedekah yg dipanjang-panjangkan...

Tuesday, September 13, 2016

Jamraat


Ini bangunan jamraat

Perasaannya sukar digambarkan

Sebelum melontar jamraatul Aqabah : saya didatangi opah yg menangis bercerita betapa keinginan hatinya utk melakukan yg terbaik utk ibadah
Dia mahu ke masjidil haram
Dia mahu berjalan dan melontar

Tapi... Keadaan sngt membataskan dia...
Kudrat nampaknya tidak mengizinkan dia

Dia menangis... Saya menangis mengenangkan rezeki yg ALlah beri

Nasihat saya...
Tanam azam, doa dan doa
Pergilah di usia muda

Usahalah.. pergilah di usia muda...
Jangan disia-siakan setiap peluang yg ALlah beri

Monday, September 12, 2016

Wukuf Arafah

Inilah tempat tinggal saya di Arafah tadi:

Kecil dan muat2 utk saya. Moga2 ALlah lapangkan tempat tinggal saya setelah berhadapan dengan kematian...
Moga ALlah lapangkan lubang kubur saya... Siangnya panas...Moga2 saya tidak panas di padang Mahsyar kelak... Malamnya gelap...Moga2 kubur saya terang benderang nanti

Alhamdulillah, ALlah beri saya nikmat merasai Kecil, panas dan gelap yg sedikit sebagai peringatan utk sempit, panas dan gelap yg tidak mungkin saya tertahankan nanti... ALlahuakbar....

Sunday, September 04, 2016

Rindu bertamu 2


Baca ayat ni hari ni.... Hati jadi Baca ayat ni hari ni.... Hati jadi sayu...saya rindu anak2 saya

Ayat 17-19 surah Luqman saya bacakan setiap pg di ubun2 anak2 saya setiap pagi sebelum kerja dan kejut amin bgn tidur...dr mereka kecik hingga Nuha 3 thn dan Amin sudah 5 tahun.... πŸ˜‚ sebulan sudah saya tidak bisikkan ini buat mereka.... Inilah cabaran buat jemaah haji....emosi kena kuat

Moga saya kuat
7 hari lagi wukuf......saya rindu anak2 saya

Saturday, September 03, 2016

Rindu bertamu

MashaALlah...mereka menjaga anak2 kami dgn baik.... Wahai ALlah...
Peliharalah mereka
Jaga mereka
Mereka hamba2 mu yang amanah...
Yang ikhlas dan tulus
Jangan tinggalkan mereka walau sedetik dalam pemerhatianmu...

Friday, August 26, 2016

Tips hj 1

Tips bila jemaah ramai dan takut bila keluar ke tandas dah tidak boleh masuk ke dalam masjid... Ambil wuduk dalam telekung guna botol. ( botol ni boleh spray2 tapi saya tuang je air kat tangan )

Jangan lupa bawa towel yg sederhana besar untuk alas supaya lantai dan sejadah tidak basah.
Beg sandang tu buat bantu penahan telekung saya waktu wudhu'

Adalah Rasulullah saw berwudhuk dengan satu Mud dan mandi dengan satu Sho' hingga lima Mud.
(HR Imam Bukhari : 201 dan Muslim : 325) *Mud ialah cupak : ukuran untuk 1 cupak : 625 gram = 750 ml.
Sho' ialah gantang : ukurannya bersamaan dengan 4 cupak = 3 liter air.

Tak sampai satu liter pun Rasulullah wudhu'.

Wednesday, August 24, 2016

Sakit

Tidak pernah gi klinik dan mc di Malaysia

Saya tewas disini... Moga ALlah ampunkan dosa saya yang banyak...

Tuesday, August 23, 2016

Lorong itu

Jalan pergi dan balik kami ke masjid

Tidak ada masalah untuk mencari ole2 buat sahabat dan teman

Kami mencari yg terbaik, yg istimewa, yg lain dr yg lain

Suami mencari yg made in Saudi Arab...rata2 made in China, bangladesh dan ada dr japan.

Masih belum ada yg berkenan dihati kami...Pintu hati kami bagai ditutup untuk membeli.. Hasrat membeli jubah utk sendiri masih belum kesampaian kerana tiada yg berkenan di hati

Jika benar hingga nnti...masih belum ada yang kami beli

Maafkan kami

Hadiah bekalan kalian kami buat ganti sedekah pekerja dan wakaf quran di Alharam

Ada yang kami guna buat tmbng teksi bila lewat utk ke masjid

Kami iring doa:
Sebagaimana kalian mempermudahkan kami dgn hadiah kalian, ALlah mudahkan setiap urusan kalian, lepaskan beban dan rungkaikan setiap kesulitan, sampaikan hajat dan berikan pilihan yg terbaik dalam kehidupan, temukan cinta dan bahagia yg berpanjangan....sebagaimana kalian mengenali dan mengingati kami, doa kami agar ALlah tidak meninggalkan  kalian  walau sedetik pun dalam rahmatnya...Kalian akan melalui jalan ini..Jalan yg membawa kalian merasa sangat2 dekat dgn pencipta....Jalan yg selalu mengingatkan kita bahawa tujuan kita syurga bersamaNya..bukan sendiri, tapi kita semua bersama... Apa guna bersahabat jika tujuannya bukan ke Syurga bersama. Inshaallah

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...