Muhasabah perkahwinan
Anak-anak Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah…. Sambutan?? Kejutan?? Ibu teruja untuk macam2…tapi seketika ibu terdetik…usia kami baru 4 tahun, kalau anak kecil…ada yang baru boleh memikir…baru belajar dan baru cuba untuk memahami.. Apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang sudah 10, 12, 15 tahun berkahwin… Makanya..ibu tukar strategi…Menilai semula erti perkahwinan ini, meletakkan kertas peperiksaan di hadapan ibu setelah 4 tahun belajar….. Alhamdulillah kami telah bersama 4 tahun….Bahagia….sangat bahagia…namun, setakat mana bahagia itu…..akan berhenti di sini kah?…dunia ini…atau bahagia ini mampu bawa kami ke syurga…bawa kita semua ke syurga. Setakat mana kami saling mengenali antara satu sama lain? Setakat mana kami benar-benar memahami satu-sama lain? Setakat mana kami menampung kelemahan antara satu sama lain? Setakat mana kami cuba memperbaiki diri kami untuk kebaikan perkahwinan ini? Ungkapan bercinta hingga syurga banyak...