HUjung Minggu
Hujung minggu ibu Hujung minggu ayah bersama bidadari ibu : Nuha salsabila dan tentunya imam kesayangan bakal suami mithali : Abdul Muhaimin Ibu dan ayah berusaha sedaya upaya mempersiapkan diri untuk jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak ibu. Terubat juga rasa hati dan rindu ibu untuk menghadiri majlis ilmu sebegini..dan sememangnya aura bersama penceramah-penceramah hebat cukup terasa....terasa sangat kerdil dan sangat jauh. Terima kasih suami, Abdul Rahman Abdullah kerana sudi menemani. Sesungguhnya wahai suami anda telah pun memenuhi tuntutan perkahwinan mendidik isteri ilmu agama meskipun ilmu tersebut bukan dari anda sendiri. Sokongan dan keberadaan itu amat-amat dihargai, dicatat malaikat dan tentunya dibawah pemerhatian ALLah. Moga kita sama dapat membina keluarga yang sentiasa di bawah lembayung kasih sayang dan rahmat ALLah. Sebagai ibubapa kita tidak perlu hebat untuk lahirkan anak-anak yang hebat, kita cuma perlu memperheb...