ditinggalkan...
" Kau pernah rasa ditinggalkan orang yang kau sayang??? Soalan yang membuatkan ibu terkesima sebentar. Terdiam. Benar ibu sendiri tidak membayangkan keadan ibu andai ditinggalkan ayah atau anak-anak ibu sendiri... Tidak tergambar perasaan ibu andai ibu merupakan salah seorang isteri kepada perajurit tanahair yang mempertahankan negara di Lahad Datu ketika ini. Kuat atau tabahkah ibu menghadapinya. Saat minda ini masih dalam kewarasan, ibu rasa ibu perlu mempersiapkan diri untuk semua ini..tiada jalan mati di dunia ini melainkan kematian itu sendiri..maka, perlukah ibu mematikan hati dan butakan mata hanya kerana ditinggalkan. Sayang, hati kita ini pinjaman Allah buat kita..dan ia khusus untuk kita..perlukah kita serahkan anugerah Allah yang satu ini pada yang lain..hanya kerana sayang dan kasih kita yang tidak bertepi..dan satu saat bila dia pergi..kita sendiri, patah hati dan dunia kita jadi sepi dan kosong.. Syukurlah sayang, kita dikurniakan ilahi hati kita ini..dan men...