Posts

Showing posts from September, 2010

Saat bergelar isteri

Image
Sekali lagi..saya lama tidak menulis, saya juga lama tidak berlama-lama melayari internet sejak bergelar isteri…rutin banyak berubah dan ada juga yang hampir saya tinggalkan. Benar.. we used to start at the end of something. Saya menamatkan zaman bujang atas dasar tanggungjawab, cinta dan kasih pada mama dan abah. Seterusnya saya berazam memegang tanggungjawab isteri sebaiknya..rupanya tanggungjawab itu perlu ada mawaddah, cinta, rahmah dan kasih sayang. Kerana itu salah satu asas pada keikhlasan selain asas utama iaitu mempercayai ketetapan ALLah adalah segala-galanya. Alhamdulillah..hari ini saya seronok bergelar isteri Saya rasa dihargai bila masakan saya dipuji Saya rasa sangat terharu bila kerja-kerja saya mendapat ucapan terima kasih Saya bangga bila suami hulurkan wang nafkah buat saya Saya rasa tenang bila suami imamkan solat saya Saya rasa ringan bila suami bantu cuci pinggan dan kemas bilik Saya senang bila suami sapukan minyak dan picit kepala bila sakit… Kerana, ada yang be...