Friday, March 19, 2010

TUNJUKKAN .. DIMANA TUHAN????

Ini kisah pemuda dan pak Kiyai, juga kisah kembara saya ke gunung senyum....


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3
pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an
saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama.. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh
itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti..

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.



Perjalanan hidup ini sentiasa mahukan kita menelaah dan meneliti....
Perjalanan dan kembara ke gunung senyum bukan sahaja membuka mata melihat yang zahir tapi mata hati melihat apa yang tersembunyi...

Banyak perkara yang jelas dan nyata kelihatan...namun ada jua yg ALlah sembunyikan subhanaALlah.....namun kebesarannya tetap terasa.

Adakala kita perhatikan segala yg berlaku kebetulan, padahal disebaliknya ia merupakan ketentuan...perjalanan hidup yang menarik itu bukan milik siapa2..tapi milik kita sendiri....tapi rahsianya masih milik ALlah...

Sebalik kehidupan zahir yang ada...siapa tahu apa rahsianya batu2 kapur dan sepinya angin dalam rimba yang kian diterokai.

Disebalik kisah yang dipapar, siapa pula tahu kebenarannya...
Disebalik zahir yang dipandang, siapa pula tahu rahsia diri yang tersimpan....
Disebalik manis dan ayunya gadis..siapa sedar nakalnya tingkah
Disebalik berani yang terserlah..terselit takut yang disembunyikan
Disebalik benci yang diundang..siapa tahu sayang yang terselindung
Disebalik pekat malam yang sunyi..hadirnya 'DIA' yang menemani

segalanya ada biarpun tiada....
When ALLAH is your Friend, then who will be UR enemy....

12-14 March 2010 : Gunung Senyum, Pahang

kuliah ahad yg semakin dirindui.....

Sejak akhir-akhir ini keterbatasan waktu menyebabkan saya agak tidak berkesempatan untuk menghadiri kuliah… kuliah khamis malam jumaat Tuan Guru Haron Din minggu pertama dan ketiga tidak dapat saya hadiri dek kerana mengajar tusyen…

Kuliah ahad minggu lepas sahaja terganggu dengan camping sekolah ke gunung senyum…

Mujur berkesempatan menghadiri kuliah Ustaz Muda Amir Muttaqin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya… Selamat Pengantin Baru Ustaz..

Tajuk kuliah kali ini…wanita syurga, ustaz ada menyediakan nota..sayangnya saya tidak berkesempatan mengambilnya…dek kerana minggu seterusnya ke gunung senyum….

Dan mukadimahnya kali ini berkaitan 10 tanda untuk mati:
1. tapak kakinya lurus
2. hidungnya pucat dan tidak berpeluh
3. sendi, pergelangan tangan renggang, dan bila dicengkam ia masih terkulai
4. lidah kelu dan selera tertutup
5. tidak mengecam sahabat-sahabatnya
6. perubahan tabiat buruk kepada baik
7. terlalu dahaga dan selalu minta air
8. mengidam yang ganjil2
9. mata sentiasa merenung ke atas, menanti kehadiran malaikat maut.
10. tidak ada timbal balik pernafasan yang lancar…sedutnya lama dan mengambil masa yang lama untuk menghembus kembali.

Ustaz bercerita lagi, intuk orang yg mati itu, permulaannya, roh ditarik dari tapak kaki ke lutut, saat ini kaki akan sejuk2. seterusnya dari lutut ke pinggang akan ditarik oleh malaikat yang kedua….malaikat ke tiga pula akan menarik roh dari pinggang ke perut. Seterusnya malaikat berikutnya akan menarik roh dari perut ke dada. Saat itu kita akan kepanasan yang amat sangat… ustaz menasihatkan agar tidak diberi air sebaliknya dilembabkan putik kapas dan dibasahkan bibir dan dadanya.

Saat roh ditarik dari dada ke kerongkong..saat itulah yang dipanggil nazak, saat taubat tidak lagi boleh dterima. Dan seterusnya Malaikat Izrail sendiri akan menarik roh keluar dari kerongkong….

Ustaz menasihati agar hidup itu biarlah dalam keberkatan…dan inshaallah matinya mudah.

Berbalik kepada tajuk asal : wanita syurga…asasnya hanyalah
1. Mentaati ALLah dan Rasulnya
2. Mentaati suaminya

Taat Kepada ALLah

i. Mencintai ALLah dan Rasulnya lebih dari segala-galanya….lebih dari pertalian duniawi yg ada malah lebih dari harta dunia yg tidak kekal. Sayangkan harta tidak boleh dibawa ke dalam kubur. Saat hidup berbelanjalah ikut kemampuan..jangan sayang dunia lebih, dan jangan juga sayang anak lebih…

ii. Mengikut perintah Allah..menutup aurat dan tidak berlebih-lebih dalam berhias. Usah berperangai seperti wanita jahiliyyah…dan seharusnya zaman kita ini, kita tidak boleh mengaku kita jahil memandangkan sumbernya terlalu banyak.. ada kuliah di merata-rata tempat, imformasi yg disalurkan melalui tv dan sumber2 lain..masalahnya ialah diri..

iii. Tidak bermusafir kecuali ada mahram bersamanya….memelihara kehormatan diri…Ada yg menanyakan bagaiman pula pertemuan di internet…selama mana ia merupakan sembang2 yg berunsur kan nafsu, ia masih dikira khalwat.

iv. Bersikap baik terhadap tetangganya , yg mudahnya ikut sahaja apa yg Allah suruh dan tinggalkan sama sekali larangannya.


Taat kepada suami

i. Menjaga kehormatan dri dan keselamatan harta dan kehormatan suami, mematuhi perintahnya selama mana ia tidak bertentangan dengan syariat islamiah

ii. Ustaz senaraikan 4 faktor yang merendahkan martabat wanita

1. lupa mengingati ALLah kerana sibuk dgn tugas, kegiatan luar..kelalaian membahayakan…( sayakah itu??????)

2. mudah tertipu dgn keindahan dunia…sebaliknya kita perlu yakin dgn keindahan syurga.
3. Mudah terpedaya dengan syahwat
4. lemah imannya…lemah iman seorang wanita itu bila dia
a. terus menerus dengan dosa
b. hati jadi keras dantidak minat baca quran
c. lambat dalam melakukan kebaikan
d. meninggalkan sunnah
e. memiliki hati yang goyah, bosan dalam majlis ibadah
f. tidak merasa apapun ketika membaca alquran
g. menghadapi kesulitan dalam berzikir dan mengingati ALLah
h. tidak merasa risau ketika melakukan dosa
i. cakap tidak serupa bikin
j. takjub dengan diri sendiri.

Astaghfirullah…moga diri dijauhkan dari itu semua, mahu jadi wanita solehah… akui adakalanya jauh tersasar…namun saya masih mahu kembali…jgn biar saya menoleh dan tidak berpaling dari mu Ya ALLah…

Kuliah tamat dengan doa ustaz agar kami menjadi wanita solehah laksana siti khadijah dan anak Rasulullah fatimah…….terasa doa itu tersangat indah, teringat anna dalam cerita ketika cinta bertasbih… terima kasih ustaz muda…

Monday, March 01, 2010

Lelaki yang dicintai

Saya banyak mendengar cerita tentangnya, membaca perjalanan hidupnya......
hingga timbul kasih yg disemai sedari kecil
Dia penuh kesempurnaan..biar dia manusia biasa. Dia insan terpilih....

Dia Rasulullah....Selawat dan salam ke atas junjungan



Diriku berlari
Kejar buih di kaki sirahmu
Malangnya tak jumpa
Hilang ditelan ombak masa

Lelah aku
Dan termangu di sini
Mencari sinar

Ku cuba mengutip
Butir bistari di pesisir kalammu
Inginku sematkan
Menghiasi dada kehidupanku

lalu terang destinasi abadi
Di hujung langkahku

Kau inspirasi
Jiwa nan suci
Inginku terus selami

Di dasar dirimu kilau cahaya
Mutiara putih
Menyinar ke dalam lubuk jiwa
Nan gelap gelita

Di dasar dirimu
Karang indah
Halus penuh seni meneguh perjuangan kebenaran
Hikmah pekerti

Kau inspirasi
Permata hati
Ingin ku terus selami

Kau inspirasi
Walau kau pergi

Namun ku tetap di sini..

Lagu: Aidit Alfian

12 Rabiulawal 1431H/ 26 Februari 2010 Salam maulidulrasul....


tis entry is 4 me myself

Akhir2 ini saya jadi takut dgn seribu satu cerita perhubungan rumahtangga... kisah yg pelbagai... walaubagaimanapun diri perlu rasional, artikel yg saya perolehi dr iLuvislam.com ini benar2 membantu...

Malu sendiri bila dalam ketidaksempurnaan dan kekurangan yg saya miliki...sering mengharapkan yg terbaik, maafkan saya...moga ALlah pimpin dan pandu saya

manusia, siapapun dia....memang sukar untuk dipercayai...namun saya yakin takdir dan ketetapan ILahi..dan dengan keikhlasan doa serta keagungan kasih..takdir boleh berganti, moga yg terbaik mengiringi



HATI manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.


Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-‘e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.


Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.


Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-‘at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

“Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah...” rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa. Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain. Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.


SEBELUM KAHWIN

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.


Allah Taala berfirman, bermaksud: “...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)” an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan...” an-Nisaa’ (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.


Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.


Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini. Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.


Sanggupkah kalian bercinta?


SELEPAS KAHWIN

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia.

Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran. Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.

Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh. Ini bukan soal cinta atau suka. Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga. Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia. Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda. Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani. Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan. Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti. Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?
Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.
Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda. Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian. Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...