Sunday, March 15, 2009

The story of a princess


The princess

Her name is Azfa Norhazaza bt Nor Azmi
but she does looks likeUmi Naziera and sometimes Liyana Jasmay
the truth is she is actually my cousin

~*~
This is where the big event took place

~*~
Princess's bedroom


~*~

Princess's aunts,cousins and relatives




~*~

Waiting for the prince

~*~
person incharge: The Tok Qadhi

~*~
The ceremony


~*~
Princess's parents

~*~
Now she's no longer a princess, she is a queen

~*~
The King and Queen
14 March 2009
~*~
And they will live happily EvEr AfTeR
InshAALLah
ameen
~*~

Friday, March 13, 2009

No More Yeah,YeAh cuTi sekolah for Me!!

Awak bukan anak yg ditinggalkan di tepi2 jalan, depan masjid atau dalam tong sampah…
Awak ada ibu dan ayah yg sanggup pelihara awk dari kecil… Yang sanggup kerja lebih hanya untuk sediakan makan, tempat tinggal dan hantar awak ke sekolah…

Bayangkan betapa beruntungnya kalau awak takda…duit yg digunakan untuk belanja awak tuh boleh guna untuk dia beli rumah ,barang yg dia suka…

Tapi dia pilih untuk jaga awk….. Duit yg dia ada dia guna untuk beri awak makan, bagi awak baju cantik2…..sediakan pendidikan, hantar awak pergi sekolah supaya awak jadi org pandai… Sebab apa.. sebab sayangnya mereka pada awak…

Cikgu sendiri…boleh biarkan awak…. Tak masuk kelas….duduk bilik guru dan tak kisah awak buat kerja,pandai atau tak pandai,tahu ke tak tahu ke…. Apa untung cikgu kalau ajar awak? Sama jer kalau cikgu tak mengajar….gaji cikgu tetap penuh…tapi cikgu pilih untuk ajar awak..berusaha agar awak faham…. Semak kerja sekolah awak……pastikan awak boleh buat soalan….. Kenapa?…sebab cikgu pun sayang awak

tapi

Sampai hati awak buat org2 yg sayang awak macam nih…Awak tahu tak betapa berkecainya hati cikgu dan mungkin hati mak bapa tgk keputusan awak begini…..
Tak pandai, bodoh…cikgu tak marah..tapi apa yg cikgu perhati…masing2 kurang usaha…malas….tak mahu nak cuba..ambil sambil lewa… Awak dah tahun 6..tidak sama mcm awk drjh 1 dulu…..

Orang yg berani ialah orang yang sanggup berhadapan dgn kelemahan diri dia sendiri… Kita kata askar berani kenapa? Kerana dia sanggup berhadapan dgn tembakan dan peperangan…..Kalau kita nmpak org lawn harimau…kita kata beraninya org tuh, kenapa?? Sebab org tuh berani berhadapan dgn sesuatu yg menakutkan semua orang…. Awak kata matematik susah…malas nak buat malas nak kira??? Penakut dan pengecutnya awak sebab benda yg sebegitu pun awak tak berani nak berhadapan……. AWak kena lawan,
usaha… U. S.A.H.A

Sebahagian daripada bebelan yg saya ingat untuk hari terakhir persekolahan sebelum cuti penggal pertama…

Saya geram sebenarnya…..45 orang dari 3 kelas yg saya ajar gagal…A Cuma 3 orang sahaja, itupun dari 1 kelas yg sama… Ngee sedih…..
Sempat’ basuh’ 2 kelas…..

Sebelum saya bersurai saya pesan pd budak untuk bawa kertas peperiksaan mereka pd ibubapa mereka dan cakap

“Mak ini keputusan periksa saya…..saya tidak lulus@saya tidak dapat A kali ni, TAPI saya janji AKAN USAHA untuk dapat A UPSR nanti…..”
Saya pesan dan suruh mereka ulang kata2 saya, saya pesan juga suruh mereka lihat reaksi dan wajah mak mereka nanti…

Isnin nanti…cikgu tunggu awak untuk kelas pemulihan……. Kalau pun awak tak nak dtg, cikgu tetap dtg… terpulanglah pada awak, cikgu malas nak paksa…awak dah hampir dewasa…awak nilai sendiri mana baik dan mana buruk …( No More Yeah, yeah cuti sekolah for ME!!!!!!!)

Tak sangka…tiba2 Nik Athirah Husna yg turut gagal kertas math dtg pada saya.

Cikgu…saya bukan tak nak belajar tp….saya tidak boleh belajar ramai2 saya tidak faham…

Dan dia menangis teresak-esak……….

Saya jadi sayu…………………

sebelum cuti sekolah penggal pertama....

Minggu peperiksaan...
10-12 Mac 2009


Azhan yang selalu 'confident'
dan Hasan Husayni... yg seringkali menduga saya


tekun



dan akhirnya


13 March 2009
Sambutan MaulidulRasul sekolah


Bacaan Yasin dan selawat serta mendengar ceramah di luar kelas. Hujan sangat lebat...


Dan akhirnya tentu sekali...

kembali kosong

SELAMAT CUTI SEKOLAH SEMUA!!!!!

dan saya

ada bayang-bayang macam tak dapat bercuti jer...Huhu

Monday, March 09, 2009

Kuliah Ahad: Madain Salih dan kisah kahwin

Terlalu teruja untuk menulis tentang kerinduan terhadap Rasulullah, saya terlupa untuk post apa yg telah saya pelajari dlm kuliah Ahad minggu ini.

Lalu bila terjaga saat tiba2 black out di rumah saya jam 3 pg ini...(sudah 3 minggu lampu bilik terpasang, lampu tidur saya rosak dan saya....takut gelap....hehehe) Saya sudah tidak boleh tidur

Mungkin ini masa yg ada untuk saya kembali berkongsi ilmu yg ada...Moga ALLah memberkati
moga sunnah Nabi untuk menyampaikan walau satu ayat itu dapat saya laksanakan dgn baik...
InshaaALLah...

Kuliah minggu ini disampaikan oleh Ustazah Kalsum, yg telah 7 tahun bertugas memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar pada bakal2 haji...

Kuliahnya bukan tentang haji namun lebih setengah jam pertama itu, dia tidak lupa menyelitkan tentang pengalamannya dan sejarah bumi anbia....

Ustazah ini ceramahnya seperti nenek dan ibu pada saya, rasa sangat akrab dan penuh kekeluargaan... ceramahnya penuh dgn cerita, petua dan pengalaman.

Ceritanya tentang perjalanannya ke Madain Salih... Apa itu? Madain Salih itu adalh bumi atau bandar Nabi ALLah Salih...

Nabi ALLah Salih telah diturunkan untuk Kaum Tsamud yang acapkali berpegang pada sihir dan tukang karut....

Ustazah kata, ahli2 sihir ini pula menyampaikan berita benar yang diperolehi dari jin yang mengintai dan mencuri maklumat di langit ketujuh...

Syaitan dan jin pada zaman dahulu masih mampu naik kelangit ketujuh dan mencuri rahsia dan maklumat hinggalah Hari Isra' dan Mikrajnya Rasulullah SAW. Di mana kata ustazah, jika mereka naik mereka akan dipanah petir dan kilat...

Oleh kerana itu kita hendaklah membaca doa bila mendengar petir dan kilat, takut2 jin2 tersebut cuba berlindung dengan kita...Nauzubillah..

Di Madaian Salih, pemandangannnya merupakan bukit2 batu malah sisa tinggalan sejarah bukit2 yang dipahat menjadi kediaman masih lagi kelihatan...

Ustazah kata, Kaum Nabi Tsamud telah mencabar Nabi Salih dgn sihir.. Nabi ALLah Salih pula dikurniakan mukjizat mengeluarkan seekor unta dgn anaknya dr gunung batu... Unta tersebut perlu berkongsi air sehari berselang degn kaum nabi Tsamud, dan susunya cukup untuk setiap orang...

Sayangnya ahli sihir kamun nabi Tsamud telah mengarahakn agar unta itu dibunuh....
Nabi ALLah Salih pula telah diarahkan keluar dari tanah tersenut, Nabi ALLah Salih keluar membawa pengikutnya yang setia...

dan bila tinggal sahaja kaum2 Tsamud yang engkar, ALLah telah menerunkan bala dan mengazab kaum Nabi ALLah Salih dgn jeritan yang kuat sehingga mereka mati dalam keadaan mengerikan...

Ya... ALLah hanya menurunkan bala pada sesuatu kaum bilaman tiada lagi kebaikan malah kemungkaran berleluasa dalam kehidupan kaum tersebut....

Ustazah kata lagi ALLah berfirman yang maksudnya bahawa ALLah tidak akan menurunkan bala selagi Rasulullah ada, selagi ada orang yang solat....... Hari ini, jasad Rasulullah tiada pada kita, namun harapan agar mereka yg solat mengerjakan kebaikan dan menjauhi kejahatan itu duduk sekeliling kita....

Ustazah pesan lagi agar, bila kita menziarahi tempat bersejarah jgn lupa baca doa yg diajarkan nabi:

"Ya ALLah, Aku mohon kebaikan tempat ini, kebaikan orang-orangnya, kebaikan isi buminya dan kebaikan sekitarnya, Aku berlindung dari kejahatan tempat ini, kejahatan isi buminya dan kejahatan sekitarnya"

Oh ya, ustazah turut berpesan kalau bermalam di Madain Salih, jgn berani-berani keluar malam, kerana Madain Salih banyak jin....

Eii takutnya, dulu sewaktu pergi umrah..saya tidak sempat untuk berjalan seperti itu, masa saya singkat apatah lagi menunaikan umrah sendirian.. (Menakjubkan kan, boleh berjalan sendirian dibumi org tapi bila malam tkut gelap...hahahah) Cerita Ustazah menraik minat saya untuk kembali meneroka...isk kena kumpul duit banyak nih......

Itu baru mukaddimah... tau tak apa sebenarnya tajuk yg ustazah nak sampaikan... Isu perkahwinan dan anjuran Rasulullah dalam hal nih....

Ya ALLah... dari sejarah masuk bab Fiqah..

Syarat kahwin itu ada wajib, makruh, harus dan haram.. Bila ianya wajib? bila seseorang itu tidak dpt lagi mengawal hawa nafsunya, cukup duit dan cukup segalanya serta tiada yg menghalanginya....

Makruh? hmm ustazah bagi contoh bila dia tak mampu menanggung isterinya namun dia perlu kahwin, malah dkm kuliah Fiqh ustaz Harun Din, dimaklumkan juga bahawa makruh bila seseorang itu mempunyai tugasan yg lebih aula. Harus? Bila berkemampuan dan tiada yg menghalang malah tiada juga yg mendesak...

dan menariknya ustazah ini bila bercerita hukum kahwin itu apabila ia Haram? saya selalu dengar Ustaz kata haram seseorang itu berkahwin jika niatnya untuk menzalimi pasangannya, membalas dendam dan seumpamanya..tapi ustazah turut berkata bahawa haram untuk wanita yang terlalu mengabdikan diri kepada ALLah dan tidak punyai keinginan untuk berkahwin tapi berkahwin.... Hmmm...

Agama menganjurkan untuk berkahwin

Dan kahwinilah org2 bujang (lelaki dan perempuan) dr kalangan kamu. Surah An Nur : 32

malah Rasulullah bersabda

Berkahwin adalah sunnahku dan sesiapa yg benci sunahku maka dia bukan dari umatku.
Riwayat Abu Ya'la

Ustazah kemudiannya memfokuskan kepada anjuran Rasulullah dalam beberapa perkara berkaitan majlis perkahwinan:

1. Isytiharkan lah pernikahan.. maklumkan pada semua orang, hantar kad, telefon..dan sampaikan sendiri dengan mulut..

2. lakukanlah di masjid...agar ijab dan Qabul itu terpelihara. Ijab dan Qabul merupakan perkara yang menghalalkan rahim wanita disentuh oleh lelaki...dan betapa murninya ijab dan qabul itu apabila ia disaksikan malaikat hingga ke arash...

Malah upacara Ijab dan qabul perlu dijaga agar tidak bercampur dgn maksiat...

Ustazah kata lagi dalam islam juga tiada istilah upacara pembatalan wudhu.. maka usahlah mempermainkan hukum dengan adat..Hantaran juga adat, laksanakanlah selagi tidak bercanggah syariat namun ianya bukan satu kewajipan.....

3. Pukullah kompang dan rebana.. rupanya kompang dan rebana itu bukan setakat adat namun ianya adalah sunnah... saya pernah terbaca ketika Fatimah dikahwinkan dengan Ali... rebana dan kompang dipalu untuk meraikan kegembiraan.... SubhanaALLah, Allah tidak pernah menghalang kegembiraan....

4. Jalankan walimatulurus walau seekor kambing....jamu org makan...

Ustazah menambah, tentang sujud syukur dan solat sunat.

Dan seperti biasa ustazah seperti seorg ibu mengajarkan agar ikhlas, amanah serta berbaik sangka pada ALLah dalam menjalani urusan rumahtangga... memulakan setiap aktiviti dengan kalimah ALLah dan paling penting hubungan dgn ALLah...

Ustazah tekankan tentang pentingnya taklik dan hak2 wanita dalam taklik...

Banyak benar pesanan ustazah....mudah difahami, macam bercerita dgn anak menantu je lagaknya...tapi tetap berisi...

Hmm mendgar ceramah ustazah kali ini...soalan untuk diri sendiri? Bila nak kahwin?
Hmmm bila yer...bila takut hilang...dan mungkin bila saya sudah berani berhadapan dgn kegelapan dan tidur mlm dgn menutup lampu... Waallahualam....

daripada Abdullah Yazid al Khutami al Ansari ra. Daripada Rasulullah SAW baginda berkata dlm doa baginda:

"Ya ALLah! Berilah aku cintaMu dan cinta org yg cintanya memberikan manfaat kepadaku di sisiMU. Ya ALLah, apa yg telah Engkau kurniakan kpdaku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia kekuatan bagiku dlm hal yg Engkau senangi. Ya ALLah, apa yg Engkau hindarkan dariku apa yg aku senangi maka jadikanlah ia lowongan bagiku untuk hal yang Engkau senangi."
Riwayat Tirmizi

Sunday, March 08, 2009

salam MaulidulRasul

Sewaktu saya darjah dua... abah saya hadiahkan sebuah buku yang saya cukup suka dan saya baca berulang kali.... Kisah-kisah Nabi dalam Al-Quran..

buku tersebut berbahasa Indonesia...bahasanya mudah malah cukup kena di hati saya...
sehingga kini buku tersebut saya simpan ..

Saya mula kenal malah terdedah dengan kisah nabi2 dari buku tersebut, dari kisah Adam, Ibrahim, Luth dan tentunya Nabi ALlah Muhammad SAW

Kisah Nabi menjadi anak yatim, kisah Nabi yang berniaga dengan jujur dan disayangi oleh kaumnya, kisah nabi yang disunting khadijah, kisah dia memperolehi wahyu, menyampaikan..malah menghadapi getir dipulau....kisah pengikutnya yang diseksa, kisah rasulullah ditentang , kisah beliau berhadapan dengan peperangan seterusnya saat agama itu sempurna

Rasa bersemangat... rasa sedih malah terharu turut mengiringi pembacaan saya...
dan saya mula jatuh cinta dengan Utusan ALLah...
mula rasa rindu untuk bertemu dengan manusia utusan yang sngat hebat.....

Bila dewasa, saya didedahkan dgn akhlak dan peribadi Rasulullah dengan kaum keluarga, cara beliau bertindak, berfikir, melaksanakan sesuatu tindakan, berkomunikasi dengan org lain dan tentunya cinta beliau, betapa cintanya Rasulullah pd umatnya....

Terkesan dgn kisah saat kewafatan baginda.....betapa dia memanggil dan menyebut2 tentang kami... tentang umatnya.... saat kewafatannya, beliau masih memikirkan tentang umatnya, saya umatnya dan tentu saya cukup terkesan..

saat menjejakkan kaki menunaikan umrah tahun lepas pula membawa saya menziarahi maqam Rasulullah...

Rasa sayu dan rindu tak terbendung..... di sebalik pagar2 yang memagari maqam beliau saya tahu ada jasad Rasulullah, insan yang sangat saya rindui.....

dan bila meninggalkan masjid nabawi untuk ke Mekah....saya menangis tak berhenti.

hari ini 12 rabiul awal, ulangtahun manusia pilihan yg tentunya amat kita rindui.... Saya kembali sangat2 rindu...setelah leka mulai memenuhi sebahagian kehidupan saya... setelah alpa dengan kerja2 seharian....

Saya ingin kembali menghayati dan menelusuri kata-katanya...
saya ingin kembali menghayati cinta dan semangatnya...

Rasulullah mengangkat darjat wanita itu tinggi, malah membawa nilai cinta terhadap wanita dalam keadaan yang cukup suci...

Umm Salamah, isteri Nabi katanya:

"Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari? Baginda menjawab: "Wanita didunia lebih baik sebagaimana yang zahir lebih baik daripada batin." Aku berkata: "Wahai Rasulullah bagaimanakah itu?' Baginda menjawab: Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada ALLah, ALLah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang bewarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning...(hingga akhir hadis) Riwayat AtTabrani

Indahnya rasa bila Rasulullah kata wanita di dunia itu lebih baik berbanding bidadari syurga...

Rasulullah bersabda lagi

" sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap ahli keluarganya; dan aku adalah yg terbaik dr kamu terhadap keluragaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah org yang mulia dan org yg menghina wanita ialah org yg tidak tahu budi." Riwayat Abu A'sakir

dan lagi

" Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik pada ahli keluarganya.' (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ya ALLah, bukan kah ahli keluarga itu terdiri dari ibu, isteri dan anak perempuan juga.....

Rasulullah terlalu gentleman bg diri saya, malah ketokohannya itu cukup seimbang, tegas pada masa yang diperlukan, berlemah lembut pd saat dan ketikanya..

Dan kami tidak mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai pembawa rahmat untuk sekalian alam (Al anbiya':107)

Saya tidak sabar untuk kembali mengunjungi maqam beliau lagi.... saya kembali sangat-sangat rindu...

jauh dari sudut hati saya agar, kwan2 saya lain turut menanam cinta dan kasihnya pada Rasulullah dalam diri anak2 mereka sebagaimana yg telah abah buat pada saya.......

Sayangnya bila anak muda kini tidak tahu bila lahirnya manusia agung tersebut...
Sayangnya bila mereka mengagumi selebriti2 berbanding kekasih ALLah sendiri...
Sayangnya bila mereka mengenal malah belajar erti cinta dari teori hamba sedangkan Rasulullah memberi teladan berdasarkan sumber pencipta.

Saya yakin cinta yang ada hari ini, kerana cintanya Nabi Muhammad SAW...
Saya yakin apa yang abah buat juga kerana cintanya kepada Rasulullah...

Ya Rasulullah, aku sentiasa ingin jadi pengikutmu...
sentiasa ingin rindu bertemu dengan mu,
moga istiqamah diri menjadi pengikut yang baik..
yang engkau cintai dan yang layak engkau beri syafaat kelak

Terima kasih abah...
Terima Kasih ALLah...

Tuesday, March 03, 2009

redha...

Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda.

Ketika Rasulullah SAW diusir dari mekah, beliau memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berhasil membangunnya menjadi sebuah negara yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah.

Begitulah; ketika tertimpa suatu musibah, anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya; ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesenduk gula ke dalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberi kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu: ALLah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui...... AL Baqarah: 216

dr buku Jangan Bersedih: Dr Aidh Abdullah Al Qarni

Adakalanya kita perlu cari jalan untuk memotivasikan diri sendiri...benar, ia bukan mudah...
Menerima dengan redha, malah belajar untuk akur....

namun jika ia berpaksikan dengan keyakinan yang tinggi kerana ALLah....lambat laun atau mungkin juga dalam waktu yang tidak terduga ...Bahagia, tenang pasti tiba.....

Hanya kerana ALLah... Janji ALLah tidak sia-sia.......pasti..

redhalah .....belajar untuk redha...

Untuk apa hidup jika bukan kerana ALLah....

Monday, March 02, 2009

Takdir cinta....

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati
yang mengalir lembut

penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

reff:
andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku

penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

+ Tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta Ilahi..
And Alhamdulillah, terima kasih ALLah kerana saya seorang muslimah....

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...