Monday, December 17, 2007

CuRRy PuFF vs MakArOnI BaKAR


Selesai hantar K.No ke kelas jahitan..tiba2 asmak ajak buat karipap...

Baru nak mula buat Karipap dgn Asmak...abah dah minta dia teman abah ke bank.

Tinggalkanlah saya dengan bhn untuk karipap saya....hmmm nak buat karipap sardin lah..

Sedang menguli..masuklah Shifa' d geng ke dapur.....Masing2 bising nak tolong..

Aida, Farisha dan Alia yg darjah 5 tahun depan bolehlah saya bagi kelonggaran..tapi Huda yg baru nak masuk darjah satu, Awin baru nak masuk Darjah 2 dan Natasha yg baru 5 tahun...Aiyoooo mana mau jadi ini karipap!!!!

Sudahnya...entah apa bentuk karipap yg jadi...hasil tangan budak2 nih....

Asmak balik, karipap tinggal 2,3 ketul je.......hehehehe

Ptg..angkut budak2 nih g swimming dipust kejiranan Putrajaya....jemput K.Nor balik kelas dan bersiap untuk ke kelas mlmnya...

Sebelum g kelas sempa tenguk Asmak masak kentang dan kari buat inti karipap...alamak, sebungkus tepung tadi dah abis buat karipap ngn budak2 nih.............

Balik kelas jam 11 lebih....lewat sikit malam nih..amik nota minggu lepas..hehehe ponteng sebab g rumah Linda...
Balik dah hampir jam 12 malam...si Asmak tiba2 ajak buat makaroni bakar dia...

Hmmmm Lapisan pertama td kentang inti karipap yg tak jadi + daging kisar...keju, makaroni dan lapis balik kentang daging tadi letak lagi keju..susu dan bhn untuk sos takdak pulak..tak cukup bahan lagi nih.....belasah jelah.
bakar dan

jam 12 lebih...im having my supper...MAKARONI BAKAR ...oh ya lupa...bersama dengan... Kek Coklat yang mak Alia bagi tadi...dan bubur caca mama yg sedap...hmmmmm

Salah satu nasihat kesihatan yang perlu diamalkan, jangan ambil makanan berat ketika waktu malam..hehehehe dan jangan tidur sebaik shj lepas makan...

Alamak pukul berapa boleh tidur ni???????????????? (",) hehehehe
Dan ini resepi Makaroni Bakar sebenar...Hehehehe
Bahan-bahan
100 g makaroni
1 camb mentega/marjerin
1 camb minyak
60 g daging/ayam, dicincang halus
1 cm halia, dicincang halus
4 ulas bawang merah
1 camb serbuk rempah kari + air (jadi pes)
1 tangkai daun sup, dicincang halus
100 g sayuran campur (dlm paket:frozen mixed vegetables)
3 biji telur Gred A
150 ml susu segar/UHT
50 g keju Cheddar, diparut
garam, serbuk lada hitam secukupnya


Cara Membuatnya
1. Rebus makaroni hingga masak, tus dan gaul dengan mentega. Panaskan minyak, tumis bawang merah, halia dan pes rempah. Bila wangi masukkan daging dan kacau hingga masak (tambah sedikit air). Bubuh sayuran campur kemudian tambah garam secukupnya. Masukkan daun sup dan angkat.
2. Satukan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan dengan makaroni dan daging. Ratakan di dalam mangkuk tahan panas yg sudah disapu mentega. Taburkan keju di atasnya. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga masak
.

Ya ALLah..terima kasih atas nikmat lidah yang engkau kurniakan...hehehehe sedapnya..
Teringin nak makan lasagna la pulak..... ishhh

Saturday, December 15, 2007

Cerita saya

Lama juga saya tak menulis disini....

Malah, cuti sekolah saya kian berakhir rupanya....
Bermula awal cuti sekolah hingga kini....macam2 dah berlaku, macam2 perkara yg dah saya buat untuk diri sendiri...adakalanya menguntungkan dan adakalanya menerbitkan rasa kecewa dan penyesalan dalam diri....

Apapun sekali lagi, masa terus berlalu...terkilan iya, tapi menyesal sudah tiada gunanya..

2 minggu pertama cuti, masih ke sekolah: mengajar kanak-kanak pemulihan dan bertugas. Sayangnya tak semua yg datang..ke mana mereka dan apa yg mereka buat yer...

sepanjang cuti....sempat belajar masak roti jala, Syirian onion bread, muffin. buat dadih,Kek buah kukus, masak pau goreng dan menghabiskan masa dgn kakak2 kesayangan saya..K.Pisah, K.Sal, K.Fidah dan tentunya K.Suraidah.....

Sempat bersama Sarah...menghabiskan sisa sebelum dia bergelar isteri org...Malah sama-sama memeriahkan majlis mereka.Tahniah yer Nizam N Sara....

Sempat jadi baby sitter dan

Paling mengejutkan, tindakan saya menyepikan diri ke rumah Linda di Sentul selama seminggu..merajuklah tuh..hehehehe....Wa, Linda, Cha dan k.Ti sudah semestinya pergi bekerja..dan apa yg saya buat hanya duduk, makan dan tidur....oh ya sempat juga melawat Zoo Negara, jog di Taman Tasik Titiwangsa dan naik eye on Malaysia.....

Pada waktu yg sama...meriah cerita Lima di Langkawi, kecoh kisah Hindraf, tragis bencana alam yg ada disana sini, dan tentunya glamour anugerah skrin......

Dunia ini penuh dengan cerita...

Bila saya berjalan dan memerhati mereka yg ada dijalanan...saya sering berfikir apakah cerita mereka...apakah yg telah mereka lalui...apakah rasa yg mereka pendam.....dan apakah yg mereka nilai dan mereka impikan...

Apakah sama dengan pedih yg saya rasa...Kuatkah mereka menghadapi apa jua yg ada.....Malah sejauh manakah mereka percaya bhwa mereka akan menemui apa yg mereka citakan.

Di sini..ini cerita saya...perjalanan saya ke penghujung...my journey to the end... Mempercayai bahawa setiap satu punya penghujungnya, derita akan berakhir...bahagia akan diduga..kerana bumi ini berputar. Malahan jarum jam itu sendiri berputar, kdg2 diatas, kdg2 dibawah. Dan logiknya kita akan melalui setiap sesuatu, berakhir dan bermula kembali...untuk kita melepasinya dan mengakhirinya sekali lagi
Yang penting perjalanan harus terus..jatuh tersungkur harus bangun...berjaya melewati onak dan duri..tidak perlu bangga diri. Sesekali saya rasa tersungkur yg amat sangat..dimalukan malah memalukan diri sendiri.

Namun...harus belajar dari kesilapan dan jangan sesekali putus asa dengan kehidupan ini........
Hayati dan nikmati kehidupan yg sekali ini sebaiknya......

Life is a countinous experience. It is given 2 us in stages, one day at a time, DO NOT LOOK BACK and grief about the past, FOR IT IS GONE FOREVER!! Do NOT TROUBLED by the future, AS ALLAH WILL PROVIDE. LIVE IN THE PRESENT AND MAKE IT SO BEAUTIFUL THAT IT WILL BE WORTH REMEMBERING...

I used to believe..Life Never Promised to be wonderful...we need to keep on struggling and fighting, suddenly i realized that the beauty comes from me. The beauty of life should be created by me....MAKE IT SO BEAUTIFUL THAT IT WILL WORTH REMEMBERING...MAKE IT REALLY, REALLY WORTH REMEMBERING....Keep on struggling and fighting making our life to be worth remembering!!!

Bagi mangsa dan keluarga mangsa banjir dan bencana sekitar Malaysia, Pahang, Johor, Kelantan, Trengganu dan N.Sembilan...Takziah dan mga kalian berjaya melepasinya.....

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...