Salah satu tujuan kelahiran adalah untuk menemui kematian.......
Rasulullah S.A.W wafat pada waktu Dhuha, Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah ketika berusia 63 tahun 4 hari. Sebelum kembali ke pangkuan ILAHI, Rasulullah mengalami sakit namun semua itu dihadapi dengan kesabaran yang cukup tinggi. Baginda mula sakit pada Safar 11H pada hari Isnin, selepas pulang menyaksikan pengebumian syuhada di perkuburan Baqi', Baginda diserang sakit kepala dan suhu badan meningkat secara mendadak sehingga terpaksa mengikat kain di kepalanya. Baginda sempat mengimamkan para sahabat ketika sakit selama 11 hari. Jumlah keseluruhan hari sakit ialah 13 hari. Baginda sakit hingga tidak sedarkan diri dan terlupa giliran isteri-isterinya.
Pada hri kebrangkatan roh baginda, ALlah mewahyukan kepada malaikat Jibrail dan malaikat maut supaya turun ke bumi untuk menemui Rasulullah S.A.W. Jibrail berkata, Wahai Rasulullah! Malaikat maut berada di pintu rumahmu. Dia meminta izin kepadamu untuk masuk. Sedangkan dia tidak pernah meminta izin sebelum ini selain kepadamu. Lalu baginda mengizinkannya....
Malaikat maut masuk sambil berkata, Selamat Sejahtera ke atasmu Wahai Rasulullah! Aku diutuskan untuk memberi pilihan kepadamu sama ada untuk kekal di dunia atau ditempatkan di sisi Allah. Jawab baginda, sudah tentu aku ingin bersama orang yang mendapat kedudukan paling tinggi. Baginda mengulanginya dua kali.
Di saat baginda semakin menghembuskan nafasnya, Aisyah mencelup tangan ke dalam bekas air lalu menyapu mukanya seraya berkata, LAILAHAILLALLAH! Sesungguhnya kematian itu memang menyakitkan. Kemudian Nabi S.A.W membaca Ya ALlah...permudahkan atau ringankan kesakitan sakratulmaut.
Lalu malaikat maut mula mencabut roh baginda sambil berkata, Wahai roh yang baik! Roh Muhammad bin Abdullah. Keluarlah menemui keredhaan ALLah. Keredhaan Tuhan yang sentiasa bersifat redha dan tanpa perasaan marah.
Ketika berada dipangkuan Aisyah, sakit baginda semakin tenat kesan racun yang diletakkan pada daging selepas pulang dari peperangan Khaibar. Namun, baginda masuh sempat berpesan, Jagalah solat! Jagalah Solat! Jagalah orang yang berada di bawah tanggunganmu. Baginda mengulanginya berkali-kali.
Sejurus selepas itu, dia mengangkat tangan dan menumpukan pandangan ke arah atap sambil mulutnya terkumat-kamit membaca, Semoga aku ditempatkan bersama orang yng diberi nikmat terdiri daripada kalangan para nabi, orang yang benar, orang yang syahid dan orang yang SOLEH...Ya Allah...ampunilah aku dan rahmati aku. Dan tempatkan aku di al RAfiq al-Ala' iaitu kedudukan paling tinggi di syurga Firdaus. Baginda mengulang-ulang al-Rafiq al-A'la! al-Rafiq al A'la! al-Rafiq al A'la! Akhirnya tanganya terkulai di pangkuan Aisyah, isteri tercinta.
dari buku Cinta Sang Ratu (ms 98-100)
Ramlee Awang Murshid
kelahiran baginda dinanti, pemergiannya ditangisi....Maulidulrasul 12 Rabiulawal 1428
He will say: "What number of years did you stay on earth?" They will say:"We stayed a day or part of a day:but ask those who keep account."He will say:"You stayed not but a little, if you had only known!" (al-Mu'minun:112-114)
Saturday, March 31, 2007
Sunday, March 11, 2007
KONTROVERSI
Masih ingat lagi
dan buat makcik yang terlepas kata...maaf jika hati ini berburuk sangka......namun ikhlaskan dan tuluskanlah maafmu itu...tulus bukan kerana rugi tidak lagi muncul di kaca tV....namun tulus kerana Dia itu kekasih nabi.....
dan untuk seluruh wanita di luar sana......Selamat menyambut Hari wanita 8 March 2007
sound like stupid, if i speak in malay
dan tentunya kata-kata seorang makcik tentang Saidatina Khadijah dlm sebuah rancangan SENSASI yg telah ditamatkan....
Topik yg agak ketinggalan..Benar, namun atas nama ketinggalanlah sejarah telah dibina dan tercipta.
Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya. Islam agama yg toleransi, benar.....Islam memaafkan dan menganjurkan memberi maaf. Allah memberi keampunan kepada yang bertaubat...bukankah Allah jua pemaaf, pengampun. Namun, Islam jua punya had. Jika tidak masakan Allah letakkan Syirik, Menderhaka dan Lari dari Peperangan sebagai dosa-dosa besar. Jika tidak masakan Allah cipta Neraka dan balasan buruk...
Islam meletakkan haknya pada segenap segi....Kehidupan seharian, kenegaraan malahan nilai-nilai bangsa itu sendiri selama mana ia tidak menyalahi syariah. Menghina bangsa sendiri, memalukan namun masih boleh dimaafkan....
Namun menghina tokoh agung yang menjadi cinta pertama Rasulullah oleh salh seorang umatnya amat mengecewakan!!!!!
Siapa dia dan siapa pula Khadijah?
Saidatina Khadijah wanita agung yang mencintai Rasulullah....
Disisinya tatkala Rasulullah bersendirian......Menenangkan kala Rasulullah kegelisahan...
Dialah ratu yang beriman saat orang lain menghina suaminya......
Dia wanita yg berkorban......
Wanita yang sering dirindui Rasulullah meskipun dia bersama isterinya yang lain....
Wanita yang mengundang cemburu Aisyah meskipun hayatnya tiada...
Wanita yang sering dirindui Rasulullah meskipun dia bersama isterinya yang lain....
Wanita yang mengundang cemburu Aisyah meskipun hayatnya tiada...
dan buat makcik yang terlepas kata...maaf jika hati ini berburuk sangka......namun ikhlaskan dan tuluskanlah maafmu itu...tulus bukan kerana rugi tidak lagi muncul di kaca tV....namun tulus kerana Dia itu kekasih nabi.....
Muharamiah Simo dan Sara Adilah Mokhtar: Moga kalian menjadi ' Saidatina Khadijah' di hati pasangan masing-masing...Tahniah
dan untuk seluruh wanita di luar sana......Selamat menyambut Hari wanita 8 March 2007
Subscribe to:
Comments (Atom)
Modul Transformasi Diri.
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
. "Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession te...
-
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
Cuti sekolah dah pun berakhir..but as maktab's student 1 have one more week sebelum melangkah ke practical.... Feel a bit relieved: no m...
