Tuesday, July 18, 2006

+a.j.a.l+

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin ALlah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.....Ali-'Imran: 142

Membicarakan soal ajal dan maut menakutkan...lain rasanya berbanding berbicara tentang jodoh meskipun nyata sekali perkara tersebut di bawah pengetahuan yang Maha Kuasa....

Maha suci ALlah yang menciptakan dua misteri yang sering menjadi tandatanya...umum maklum berita jodoh yang seringkali dikaitkan dengan harapan,impian...kegembiraan hingga alpa dengan erti tanggungjawab manakala ajal dan maut penuh dengan tandatanya penerimaan ALlah ke atas diri yang bergelar hamba...penuh dengan momokan penderitaan hinggakan lupa pada janji yang benar buat orang beriman dan beramal soleh....

namun kisah kematian yang ada dihadapan kita hari ini amat menakutkan....13 Julai 2006;Israel serang Beirut

Bila sang mentari dan setiausahanya
berbuat jahat di bumi ini
begitulah juga hakimnya zalim dalam memutuskan.
Celaka, sungguh celaka, dan celakalah
bagi hakim bumi ini
kerana nanti ada hakim langit
yang menghukumnya


ALlah subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
......Tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya ALlah Maha Cepat perhitunganNya.. (Ghafir:17)

nantikanlah

HENTIKAN PEPERANGAN!!!!

Nota:

Al-Fatihah buat ibubapa Azmila Othman... ur such a strong girl!! such a strong girl...................

Semoga kebahagian menjelma
semoga jiwa kita terubat dengan harapan
Maka janganlah menyerah
sebab jika kau menyerah
kecemasan akan menyergap jiwa
seseorang yang paling dekat dengan kebahagian
adalah orang yang memiliki harapan

kata-kata Ali bin Jabalah tulisan Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dalam buku Jangan Bersedih, setiap kesulitan pasti ada kemudahan....

Monday, July 17, 2006

+My best friend's wedding anniversary+

+ sudah tiga tahun rupanya..........+

Jangan cinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang di cari
Hanya pandai menabur janji

Jangan dirindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka


Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukarnya hidup miskin dan papa

Jangan di kasih kerana di puji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut di mamah hari
Hilang sudah puji-memuji

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu

Jangan di layan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api di hari kemudian

Wahai sahabat, wahai teman
Carilah dia kerana T.U.H.A.N
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman


Wahai sahabat, wahai teman
Cintailah dia kerana beriman
Dijadikan Tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan Tuhan


Wahai sahabat, wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk anggaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan


Wahai sahabat, wahai teman
Ingatlah janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenangan



~Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan~






Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...