Monday, May 08, 2006

+persepsi dan pengorbanan+

Sebagai 'driver' dan 'runner' rasmi keluarga..saya sering keluar masuk pagar Maktab kediaman saya..seawal 7 pg untuk hantar Shifa' ke sekolah agama dan selewat 11 malam untuk jemput Asma' yg balik kerja shift malam…..belum lagi kuar masuk untuk bayar bil, hantar barang ,ke kedai dan lain-lain lagilah…(dan kereta sayalah yg paling cepat habis minyak dlm masa seminggu)

Boleh dikatakan pengawal pagar kat situ dah boring tengok muka saya..ialah sehari sampai 4 ke 6 kali lalu situ…..dan sebagai tanda berbudi bahasa..saya tak pernah lupa angkat tangan untuk menunjukkan tanda penghargaan, hormat dan terima kasih saya…

Peliknya ada seorang pakcik pengawal yg hanya memandang saya dengan pandangan yg saya kira tak seronok bg saya..muka masam & tak pernah membalas lambaian tgn saya….ish sombong betul pakcik nih..dan hati saya kata saya tak suka pakcik nih, tapi saya tetap angkat tangan untuk dia…hinggalah satu hari….

Pakcik nih senyum dan balas lambaian saya…..rupanya dia rabun..hari yg dia senyum pada saya tuh merupakan hari pertama saya lihat dia memakai cermin mata….

Dan persepsi saya pun berubah……..


Impian saya untuk menyambung pelajaran tak pernah padam… saya memang suka belajar…..buat masa ini saya perlu memikirkannya memandangkan saya mengajar sessi petang dan perlu mengurus adik2 saya paginya, manakala sabtu pula perlu berhadapan dengan PIBG.

Baru-baru ini gurubesar menemui saya dan menawarkan saya untuk mengajar sessi pagi…tahun 6 dan 4 ditambah pula guru matapelajaran sivik (tapi kena gi kursus la).
Saya rasa macam satu peluang baik untuk saya..kalau saya boleh sambung belajar…saya boleh hadir kelas petang….

Namun… keluhan mama untuk mencari 'driver' baru mengubah perancangan saya…
Setelah berbincang …saya boleh bertukar ke sesi pagi pada tahun 2008…..kebetulan pula Sarjana kepengetuaan yang ada dalam senarai kursus yang boleh saya ambil memerlukan 2 tahun pengalaman mengajar…….

Hmmm…2008, waktu tuh umur saya 28 tahun, saya masih tinggal dengan mama lagi ker???


Sunday, May 07, 2006

S.U.K.A.N

Ahad
Hari sukan sekolah
Stadium MPKJ Seksyen 15 Bandar Baru Bangi

Sibuk sejak hari sebelum sukan lagi…macam biasa kerja saya pegang duit….Sekolah kami tak mengadakan kutipan khas untuk sukan sebaliknya ibubapa pelajar diminta menyumbang seikhlas hati mereka….memeranjatkan bila ada ibubapa yang sanggup tulis cek hingga 500 ringgit…malahan ramai yang menyumbang 50 dan ada sehingga 100 untuk seorang pelajar sahaja…..

Dan tentunya saya gelisah dengan keadaan sesetengah kelas yang terpaksa saya tinggalkan dek urusan rasmi….

Tak cukup dengan duit kutipan sumbangan…….saya bertanggungjawab pula dengan peniaga yang bakal membuka gerai dalam stadium…….rasa cam ceti jer..bila gi tiap2 gerai minta duit…kesian gak kat depa yang meniaga nih..depa bayar sampai rm60 untuk sewa tapak tapi ada pula peniaga2 haram wat muka selamba meniaga kat situ, jelingan saya tak dipedulikan ialah org perempuan…apalah sangat…….

Selesai sukan saya dan K.Napisah bergegas ke sekolah, esok pagi kami ada sambutan Maulidul Rasul..(tiada cuti sempena sukan)…tempat perlu disediakan awal..ialah sambutannya awal pagi sok…..lewat asar baru balik rumah..penat takleh citer….esok kena bangun awal pg pula…

Eiii tak sabar nak tengok kanak2 tuh berbaju kurung raya pasti comel, yang lelaki berbaju melayu tentu segak…hahahaha tidur dalam senyuman……..

Realitinya…

Siapa kata kami hanya mengajar apa yang ada dalam buku….
Malah lebih dari itu…..
Guru belajar mentadbir, mengurus masa, jadi ceti, kerani, tukang masak, tukang sapu dan adakalanya tukang cuci….
Apa yang dilakukan guru seharusnya diperhatikan murid……

Siapa kata mengajar perlu diberitahu…dalam diam apa yang kami lakukan adalah dengan harapan mereka mengambil teladan…..

Dalam diam apa yang telah disediakan perlu diteliti dengan rapi…..
Tipu jika penat dan gelisah tidak menjengah dalam hati…
Adakalanya..mulut berbunyi ….Anehnya kami tak pernah berhenti…
Mungkin ianya hanya lagu selingan buat kami menghibur hati…..

Moga kalian mengerti……….

Tak Bestnya!!!! rumah sukan saya nombor akhir….rumah sukan Shifa' tempat pertama!!

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...