Saturday, October 29, 2005

::AIDILFITRI 1426::

:Salam Aidilfitri:

Rusdy @ Egpt ( we miss u a lot), my 14: naem, nani, mila,Lond, Cha, Ita, Wa, remek, mamek, Sara, aishah, raudz, yana, Eina n family, warga Bhagian Warisan, KKKW, PTD members: Nasar, Azam, G, Aniz, Asha, K.Norma n family, K.Syella n family, classmates, x-clasmates, lectures , x-lecturers, Fatimah,atie, Djho,Padel, my children from Convent Kajang n Convent Jln Peel...n for viewers n readers....

Maafkanlah saya atas...
Kata, salahlaku dan tindakan yang terlanjur, hutang yang tidak berbayar, niat yang hilang sucinya, rasa yang penuh curiga, amarah yg tidak pada tempatnya, kesilapan dek alpa dan lupa, kekurangan dan kesilapan diri.


~ maafkanlah saya ~

+refleksi ramadhan+

kali terakhir post blog...subject: Ramadhan..

Kali ini..Ramadhan lagi...
Kala berulang alik dari maktab ke rumah hujung minggu terpandang kain rentang menyambut awal Ramadhan..tertulislah..
" Ramadhan hadirmu dinanti..pemergianmu ditangisi"


Sama ada tangisan kemenangan, kegagalan menjalani ibadah sepanjang bulan indah ini atau tangisan menghadapi hari muka..ramadhan tetap akan berlalu..dan untuk mengakui bahawa Syawal ini adalah kemenangan buat diri amat le memalukan sekali..

Nak rayer dah ker??!!

Sedar tak sedar dlm sibuk bulan ibadah yg menghampiri hari periksa nih...sempat gi 2,3 kursus yg diwajibkan, buat assignment dan tentu sekali melawat Jln TAR 2 kali, Giant ntah berapa kali, ke bazar Ramadhan berkali-kali, mujur berbuka di luar tuh hanya sekali...sayangnyer macam tak sempat pula nak cover tadarus ngan roomate, solat terawih penuh...bangun malam?!? belum lagi kesempatan yg dibuat bila melahirkan rasa tak puas hati, mengumpat, marah dan macam2 lagilah...

Hmm...berbaloikah Ramadhan kali ini...

makin dewasa..makin sempit rasanya peluang dekat dan hampir dengan Ramadhan...lantaran itu juga terasa kurang meriahnya Syawal...

Walau bagaimanapun..syukur kita masih diberi peluang hingga kini..
moga Ramadhan tahun hadapan berpeluang lagi...


Sunday, October 02, 2005

~ ahlan wa sahlan ya RamaDhan ~

R E N U N G A N

Telah diriwayatkan bahawa AbduLlah b. Amir b. al-Aash r.a menyebutkan NAbi S.A.W bersabda:
" Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seorang hamba.Puasa akan berkata (membela) : " saya telah menahani dia makanan dan selera keinginan di siang hari,maka izinkanlah saya mensyafaatkannya." dan berkata pula Al-Quran:"saya telah menghalangi dia tidur di malam hari,maka berilah syafaat saya terhadapnya." Maka kedua-duanya pun memberikan syafaat"

"Malam itu panjang maka jangan kau singkatkannya dengan tidurmu, dan siang itu terang maka jangan kau gelapkan dengan dosa-dosamu."

~ seLamat KembaLi PesTa Ibadah ,kami rindu padamu ~

Saturday, October 01, 2005

+ im back +


lama tak meng update blog...
sejak duk maktab balik saya tak sempat nak pk apa2 xcept

klas (ths sem ada PJ lagi), assignment, discussion,kursus n program yg x abis dan tentu sekali exam 7 Nov nih beberapa hari lepas raya..huh..memang tak dan nak beraya sakan...

Bila dah buhsan dan tak larat sgt..dan ler saya lawat tmn tasik pmaisuri dkat dgn maktab tuh..
tunggu ler saya kat sana every wed ptg n early saturday...hehe


tapi yg menariknyer sem nih, hostel saya sebelah surau maktab..
tak derle alasan untuk tidak mengimarahkannya especially ramadhan nih...

Kehidupan saya kali ini....
menakutkan...bukan shj dek kerana kejutan2 yang ada
tapi kejutan2 yang bakal ada..

serabut..sudah tentu... adakalanya nak jerit, nangis dan mcm lg
lebih2 lagi mengadap buku yg penuh teori..kalah subjek Fin Acc 6 waktu kat u dulu
lebih2 lagi bila rasa dirikian tua dan otak semakin tumpul nih

mengeluh! putus asa..tidak insyaALlah..
I already choose to be here, Im willing to do it and I dare...InsyaALlah



"la tahauf wala tahzan..InnALlah hu maana."

oh ya..dalam serabut tuh..terimbau jua nostalgia lama..especially bila rindu kat member..

so..to my norma a.k.a mamek: congrate..cepat2ler kawin..moga dpt dipecahkan ruyung yg 14 nih..hehee

my best friends and buddies..once again...

life never promise to be wonderfull, keep on struggling and fighting...

+ M.A.U.T +


Blog kali ini terpaksa dimulakan dengan berita sedih....
Takziah buat kak Nazatul Shima my KPLI mates dan keluarga Allahyarham Prof. Dr Unvar Abd Mutalib....

Sangat memeranjatkan bila berhadapan dengan K. Shima yang menerima khabar bapanya yang tenat dihadapan mata, dan sejurus kemudian pemergiannya.....

Sangat memeranjatkan juga menerima khabar dari Kak Iza (my senior UIA) tentang perkhabaran Dr Unvar ( My Managerial Acc's lecturer)...


"Hanya keratan ini yang sempat saya baca"

Moga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman....

terdetik juga berapa banyak lagikah kejutan yang bakal diterima kelak...
Urusan mereka di alam ini telah selesai...they already reached their journey...
They already started their new journey.......

dan disini masih ada hamba ALlah yang terus melangkah....moga hamba ALlah ini melalui perjalanan ini dengan sebaiknya....

sesungguhnya mati itu benar..dan tiada siapa yang mampu menghalangnya...


"Abul-Laits salah seorang sahabat nabi berkata: "Siapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amal yang soleh (baik) dan meninggalkan amal kejahatan (dosa), sebab ia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya, sedang Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan pada umatnya supaya mereka benar-benar bersiap-siap untuk menghadapinya dan supaya mereka sanggup sabar dan tabah menghadapi penderitaan dunia, sebab penderitaan dunia ini jauh lebih ringan dibandingkan dengan siksaan akhirat sedang maut itu termasuk dari siksaan akhirat."

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...