kain P.U.T.I.H


“ Setiap anak itu dilahirkan bersih (fitrah suci). Kedua-dua ibubapanyalah yang akan menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Riwayat Bukhari danMuslim)

Rentetan dari sessi praktikal yang sedang dilalui, coretan kali ini lebih berkisar pada kain putih. Menarik sekali bila kain putih yang dikaitkan dengan bayi yang baru lahir ini turut sinonim sebagai pakaian yang mengiringi kita di akhir hayat kelak. Namun demikian, sedar tak sedar anak kecil ini punya haknya yang tersendiri.

Sayidina Umar al-Khattab pernah berkata bahawa hak seorang anak pertama kali adalah didapatkan seorang ibu yang sesuai dengan pilihannya, kemudian ibu yang akan melahirkannya itu dipilih dari kalangan wanita yang memiliki kecantikan, terhormat, kuat beragama, yang menjaga diri, berakal dan berakhlak baik.

Tanggungjawab ini pula bakal berakhir ke pintu syurga sejajar dengan firman Allah “Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli-ahli keluargamu (anak isteri) dari azab api neraka.” (At Tahrim:6)

Mengiringi setiap amanah adalah hak dan tanggungjawab. Salah satu hak anak adalah pendidikan yang dipertanggungjawabkan pada ibubapa.

Imam Ghazalli ada berkata: “ Anak adalah amanah Allah bagi orang tuanya. Hati anak kecil dilahirkan suci, bersih dan telus serta kosong dari segala ukiran dan gambaran. Anak akan selalu menerima segala apa yang diukir pada hatinya, dan akan cenderung terhadap apa yang mempengaruhinya. Maka jika anak-anak dibiasakan dan diajar untuk melakukan kebaikan, nescaya akan seperti itulah anak terbentuk. Namun jika anak melakukan kejahatan dan dibiarkan bagaikan binatang liar, maka sengsara dan celakalah ia. “

Sebagai seorang guru, tempias tanggungjawab tersebut turut dirasa. Gerun rasanya nak memelihara kain-kain putih ini. Namun nampak gayanya pelajar-pelajar Sek Keb Convent Kajang ini tidak banyak menimbulkan masalah. Mungkin kerana semuanya perempuan.

Minggu pertama amat memenatkan. Saat suara dilontarkan dalam kelas buat julung kalinya, terdengar suara kecil memberi komen betapa perlahannya suara cikgu. Sejak itu, setiap kali selesai kelas, nikmat Allah yang satu itu tidak lagi dinikmati sepenuhnya. Apatah lagi bila menjerit dan merayu minta mereka berada di tempat duduk masing-masing. Macam-macam gelagat, namun keluhuran yang mereka miliki sangat menyenangkan malah menghiburkan.…Sebak terasa bila tangan dikucup tanda berakhir sessi persekolahan..Moga diri tidak silap membimbing mereka…Moga diri kuat untuk terus memelihara kain putih ini.

Buat Mak Uda: Tahniah atas kelahiran baru..hati ini penuh rasa kagum dengan ketabahan mak uda membawa sekeping lagi kain putih ke dunia ini tanpa seorang lelaki bergelar bapa dan suami....
Buat Sara: this blog created because of ur request, hope u enjoy it.
Eina : Sedikit cerita pengalaman saya, Moga blog ini jadi ubat penawar rindu awak pada saya (“,)
Buat kawan-kawan lain...keep on breathing!

"running, walking, searching, exploring......living"

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH