kain P.U.T.I.H
“ Setiap anak itu dilahirkan bersih (fitrah suci). Kedua-dua ibubapanyalah yang akan menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Riwayat Bukhari danMuslim) Rentetan dari sessi praktikal yang sedang dilalui, coretan kali ini lebih berkisar pada kain putih. Menarik sekali bila kain putih yang dikaitkan dengan bayi yang baru lahir ini turut sinonim sebagai pakaian yang mengiringi kita di akhir hayat kelak. Namun demikian, sedar tak sedar anak kecil ini punya haknya yang tersendiri. Sayidina Umar al-Khattab pernah berkata bahawa hak seorang anak pertama kali adalah didapatkan seorang ibu yang sesuai dengan pilihannya, kemudian ibu yang akan melahirkannya itu dipilih dari kalangan wanita yang memiliki kecantikan, terhormat, kuat beragama, yang menjaga diri, berakal dan berakhlak baik. Tanggungjawab ini pula bakal berakhir ke pintu syurga sejajar dengan firman Allah “Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli-ahli keluargamu (anak isteri) dari azab api neraka.” (At Tahr...