Monday, November 14, 2016

Cinta


4,5 dan 6 Nov ibu sibuk dengan program sekolah

Ayah bawa anak2 ke program sains

Dan inilah hasil hujung minggu tersebut

Dibelakangnya pula

Cerita cinta kami

Ibu dan ayah bernikah disini
Kami memulakan kehidupan di rumah ini...

Kalian  hasil tulus cinta kami membesar disini

Hari2 akhir arwah tok abah disini
Dan disemadikan sangat dekat .

Namun sayang
Ini masih belum lagi tempat kita yang kekal abadi

Sejauh mana kasih dan cinta
Ia akan hancur dimamah bumi

Cintakan bunga ia bakal layu
Cintakan manusia hatinya mampu berubah dan di bakal mati
Cintakan harta, ia tidak menjamin bahagia dan tak mungkin boleh bawa ke mati
Cintakan pangkat..selagi bernyawa

Segalanya sementara....


Tuesday, November 01, 2016

Kembali rasa....

2 hari lepas saya serabut dgn perkara diatas...dlm masa yang singkat, jumlah yg tidak banyak, menu yg rare dan hari ahad...

Kerja tetap kerja....dlm serabut, saya call 2-3 caterer....

Resah bila jawapan bukan seperti yg kita hajati...

Dengan izin Allah..saya dapat video yg menyedarkan kembali saya



Bukan mudah mengembalikan rasa bertuhan...rasa yg wujud ketika berada di tanah suci....

Allahuakbar, tidak lama selepas itu, 2nd bos saya call inform sudah ada yang sanggup mahu menyediakan seperti apa yang dikehendaki...

Mashaallah.. ini pengajaran buat saya...jika saya mahu belajar

Saya khilaf dan sungguh bagai dikata...

"Jangan kamu berfikir-fikir terlalu banyak, sebaliknya Istighfarlah banyak-banyak kerana Allah SWT itu membuka pintu yang tidak boleh dibuka dengan berfikir itu melalui Istighfar"


Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...