Wednesday, October 28, 2015

Dalam kerisauan dan resah hati ibu yang bakal menghadapi temuduga HLP hari ini, ibu terkesan dengan peristiwa yang berlaku malam tadi.....

Abg Amin menangis sambil berkata
Abang tidak suka tengok muka ayah macam tu....

Ibu : Kenapa sayang, ayah tidak marah pun

Abg : Muka ayah macam marah jer....Ayah tu tak sayang abang Amin, ayah sayang adik jer...
          Ayah asyik marah abang Amin jer.....

Ibu terkedu...Abang tidak pernah mengeluarkan ayat begini....

Abang,

Kami sayang abang dan adik sama...
Abang anak lelaki kami
Adik anak perempuan kami....

Kalian berbeza jantina, cara sayang kami perlu berbeza...
Lelaki kuat, hatinya perlu kental....tidak salah menangis tapi jiwanya perlu tabah...

Perempuan, biar nampak kasar....
tapi jiwanya halus...manjanya lebih....
Kekuatannya tidak sama dengan jantina yang ALlah pilih untuk jadi ketua...

Jangan ragu sayang...
Kasih kami kerana Allah
kerana
Kalian bukan milik kami....
Milik ALlah jua...
sedalam mana cinta yang kami simpan untuk kalian mahupun salah seorang dari kalian...
Kalian tidak mungkin jadi milik mutlak kami...

Namun hubungan yang Allah bina antara kita...
Tidak mungkin dapat disangkal lagi...
abang dan kakak lahir dari rahim ibu...rahim yang sama
bin dan binti yang sama...

Usah cemburu antara satu sama lain...
cari redha ALLah sayang...redha ibu dan ayah mengiringi kalian

Cari sayang Allah cinta.....sayang ibu dan ayah berterusan tanpa henti...

Padamkan ragu dalam diri...
Teruskan usaha agar kita dapat berhimpun bersama nanti
InshaALlah dalam syurga Ilahi...

Huhuhu Azan subuh sudah.....masa kian hampir untuk temuduga

Moga ALLah permudahkan langkah ibu....

Wednesday, October 14, 2015

Maal Hijrah 1437H

Salam Maal Hijrah 1437H

Moga ALlah tambahkan kekuatan untuk melaksanakan amal soleh

Permudahkan setiap urusan
Datangkan kebaikan untuk setiap pekerjaan... Meningkatkan keimanan Dan taqwa

Memberi peringatan bahawa...
Masa akan terus berlalu....
Dan
Tujuan kita hanya satu..... Kembali kepadanya
pada detik Dan waktu
yang kita sendiri tidak tahu

Tuesday, October 13, 2015

Suami

Dia Suami ibu.....ayah kalian. Hargailah dia sementara ada kerana dia sangat cintakan kalian.....

Muliakan dia sebagai orang tua 

Kerana

Cinta dan kasihnya buat kalian.....

Sunday, October 11, 2015

hobi baru ibu

menghabiskan masa dengan hobi baru...
ketinggalan tapi tidak pernah terlewat untuk sesuatu jika kita mahu mencuba...

Jangan pernah rasa ketinggalan
kerana masa itu milik ALlah
Lakukan .....lebih baik Dari tidak pernah mahu mencuba Dan meninggalkannya begitu sahaja...

Sunday, September 13, 2015

bersama

Cerita semalam
berdua

Hari ini
masih berdua

Esok
Doa ibu agar kalian tetap bersama

Jika ibu tiada
ALlah akan tetap menjaga

Hotel Bangi-putrajaya
Graduasi Cik su
12 Sept 2015

Sunday, September 06, 2015

dewasa

Ibu ajak abg Amin mengaji di sini.....

Amin: Ibu, abg Amin terganggu la....ada adik....

Setelah Ibu hantar adik pada nenek

Amin : Ibu, abg Amin terganggu lagi...ada mainan.....

Mengaji dalam bilik sudahnya...

Sebelum itu...tanpa diberitahu Abg Amin sudah ambil berus Gigi dan gosok sendiri tanpa di suruh...

Ahh...anak Ibu mula kenal tanggungjawab......dia kian dewasa dan Ibu makin tua....

Thursday, September 03, 2015

Mural

Cubaan untuk melukis mural di pagar tidak berjaya


Kelulusan telah diberikan untuk melukis mural di tempat yang lebih sesuai.                        


Peringatan keibubapaan ( for me myself):
Sila sediakan ruang untuk anak-anak berkarya....jangan tahan tapi kawal....

Jumpa.....

Ibu hilang telefon



















Kes selesai, telefon ditemui dalam beg suspek utama yang sangat tidak puas hati bila ibu leka mengadap telefon... Kes selesai dalam masa 6 hari. Kes ditutup

PERINGATAN KEIBUBAPAAN:

1. Jangan LEKA mengadap telefon
Aini please follow rules...jagan main HP depan anak...huhuhuh

Kengkawan maap yer jika wa dan telegram atau apa sahaja berkaitan HP tidak dilayan bila berada di rumah.....

2. Apa-apa..tolong check beg anak dulu...walaupun dia tak sekolah...hihihi

Friday, August 07, 2015

ja............uuuuuuuh

"Hari ini, ibubapa bekerja cari duit untuk beli kegembiraan anak. Sedangkan anak hilang kegembiraan semasa ibubapa gila dengan kerja. Selepas itu ibubapa beli semula kegembiraan anak yang hilang itu dengan duit yang mereka cari

Berikan anak harta, mereka akan hantarmu ke Rumah orang tua. Berikan anak ilmu, mereka akan hantarmu ke pintu syurga"

Saiful Nang, Kisah Orang Menang mukasurat 343

Dalam bas OTW Bengkel Math @ Pangkor 
7-9 Ogos 2015

Pertama kali berjauhan dengan  Nuha Salsabila...Latihan untuk bercerai susu badan. Video panggilan telefon jam 4.30 pagi....



Monday, May 04, 2015

Baby proof

Done while she is still sleeping. 8.56am @ Bkt Kepong , Beranang

" Things certainly aren't the way you imagine them when you're kid and dreaming big dreams about what your life as a grown-up will look like. Even with a mother like mine, even with my untraditional wishes, even with all the books I've read about all the people with lives screwed up in one way or another, I still could have sworn things would be so much neater and easier than they're turning out to be."
pg 124-125: Baby proof by Emily Griffin.


Friday, May 01, 2015

Diagnosis 2

Alhamdulillah tamat ~ tak sia-sia 1 Mei
" Life is shorter than you could imagine. Better make full use of it. Don't just sit around in your chair whining about how bad life is treating you" pg 271: Diagnosis2

Tuesday, March 17, 2015

+ Dewasa...+

Tidur lewat
Siapkan keje sekolah
(Hmm siapala yg kata cikgu ni keje senang banyak cuti ye....)
Sempat intai anak bujang
Dah 2 malam tidur asing dr ibu ayah
Tidur dengan sepupu2 nyer....

Hati sayu
Dia kian dewasa...
Dia bakal melangkah dan menentukan pilihan hidupnya
Dia bakal membuat pilihan sendiri...
Moga dia faham
melangkah disini hanya satu ilusi
Yang Allah cipta untuk satu Realiti
Moga dia mengerti
Dunia ini seronoknya sementara
tempat berlelah-lelah
memegang tanggungjawab sebagai khalifah
Ibu bakal rindu keletah comel kamu...
Oh...ibu perlu bersedia
berhadapan dgn kamu
yg bakal penuh dengan jiwa sentiasa ingin mencuba...
dengan jiwa muda yg sering penuh dgn tandatanya....
sekali lagi Moga Allah mudahkan kita semua...
Moga Allah tunjukkan jalan yang benar untuk ke syurga...

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...