Thursday, December 18, 2014

Langkah kanan ibu...

SubhanALLah, ALlahuakbar

Cantik sungguh perancangan Allah hari ini sayang...
Langkah kanan ibu hari ini bermula dengan hasrat yang sungguh kecil. ALLahuakbar...perancangan ALLah itu  seolah-olah ibu membawa hasrat yang besar...

Tidak ibu sangka Rumah Prihatin Warga Penyayang (RPWP) ada programnya sendiri hari itu..
Hasrat ibu mahu berjumpa ibu Ros ataupun Mirza barang sekejap...dan kemudian berlalu pergi tanpa disedari yang lainnya....
ALLahuakbar...Ibu seolah-olah tetamu rasmi hari ini..Malu hati ibu, ALLah maha tahu....

Ditahan dulu, dijamu dan enaknya nasi ayam masih terlekat di tekak ibu....namun apa yang masih lagi tersisa di sanubari tentulah layanan mashaALLah yang tentu sekali mengikut sunnah...

Begitulah wahai anak-anak ibu, Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila

Indahnya budi jika landasannya ALLah
Santunnya kata bila ikutan itu Rasulullah..

Moga-moga ada yang boleh ibu pelajari dari kehadiran ibu yang sekejap ini...
Moga-moga dapat ibu bawa balik agar dapat ditiru oleh anak-anak ibu nanti..

dan inilah cantiknya perancangan ALLah....
ALlah maha tahu sebab dia yang menentukan....
apatah lagi bila kita benar-benar menggantungkan hasrat dan niat semata-mata untukNya....
dalam apa jua keadaan..

Baik ataupun sebaliknya yang kita terima..
Itulah perancangannya kerana ingat

Yang kita suka..tidak lama..milik ALLah tentunya
Yang tidak kita berkenan....mungkin ada baiknya kerana dari ALLah juga

Terima kasih Warga Rumah Pengasih Warga Prihatin
Moga ALLah pelihara kalian dari segenap segi
Moga Allah permudahkan urusan kalian
Moga ALLah tunjukkan jalan untuk setiap kekusutan
Terima kasih sekali lagi



Projek Cuti Sekolah

Hasil berjualan barangan terpakai hari ini : RM10.95  tp abg kat situ bg ibu RM11 genap
Hasil jualan barangan terpakai semalam : RM12.65

Alhamdulillah..

Apa rasanya ye sayang andai kita seperti mereka dijalanan
mencari makan dengan hasil-hasil buangan sebegini

ALLahuakbar

Dulu...Satu waktu dalam perjalanan berkursus ibu hanya ada 80 sen dalam tangan. Touch n Go dah tak boleh digunakan lagi . Tol dihadapan harganya 90 sen Sayang. ALlahuakbar menggagagu ibu mencari lagi 10 sen....
Malunya kalu berhenti duit kat tangan tak cukup nak bayar nanti
Berhenti tepi jalan..menggagau satu kereta ibu cari...bawah karpet...dalam lubang semua ibu cari
Bila saat kita memerlukan ...nilai 10 sen jadi sangat-sangat besar..........

Tapi sayang satu sikap ibu yang ibu tak mahu kamu semua tiru...
Bila duit berlebih-lebih di tangn ....10 sen ibu jumpa di mesin basuh ibu simpan nanti-nanti..
Kadang-kadang atas dapur kadang atas almari ibu letakkan dulu
Alih-alih esok lusa ibu sendiri lupa dan biarkan duit tu disitu berhari-hari

ALlahuakbar.....moga ALlah bantu ibu....
Peringatkan ibu...

Anak-anak Abdul Muhaimin dan Nuuha Salsabila

Kecil atau besar matawang.....hargai...
kerana kita ini kadang-kadang mampu jadi yang memberi
Tapi jika leka tak berhati-hati
ALLah boleh ubah kita kepada yang mencari-cari.....

3 hari sudah ibu belajar mengumpul barang terpakai untuk projek musim cuti ini
Ibu belajar untuk menghargai...
Bersyukur untuk setiap pemberian Ilahi...

Tolonglah anak....membazir jangan sekali-kali
Cintai Bumi...Yang penting Cinta pada apa yang ALLah beri!!!!!

Nanti kita ajak ayah bawa plastik hitam kat tasik cempaka untuk kutip sampah yang bersepah-sepah kat sana buat projek seterusnya...errr...agak-agak ayah bagi tak?????

Friday, December 12, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah Allah beri ibu peluang berpesan untuk anak-anak ibu lagi...
Alhamdulillah Ibu masih lagi bersama kalian..anak-anak titipan Allah untuk ibu
Alhamdulillah Ayah masih sudi bersama ibu untuk kesekian kalinya...
Alhamdulillah Allah beri ibu ruang waktu untuk ibu hayati nikmatnya yang tidak terhitung

Azam ibu untuk menulis sekurang-kurangnya sekali setiap bulan...ibu terlepas November namun Alhamdulillah ibu masih ada lagi Disember ini..

Jangan mengira apa yang terlepas...gunakan peluang yang masih ada untuk melakar cerita hari ini...
Jangan mengira apa yang dah berlalu.....kerana yang berlalu tidak mungkin akan sama sekali kembali
Bukankah Allah dan Rasul berpesan Jadikan hari ini lebih baik dari semalam....

Tidak cukupkah itu sebagai petanda agar kita memanfaatkan apa yang ada...

Setakat ini dulu hari ini...fokus ibu lari, hati ibu bagai bukan disini....bahan-bahan bacaan ibu menanti2.......

Setelah 4 buku ibu tamatkan bacaannya ..masih banyak lagi rupanya buku-buku bacaan yang belum ibu khatam.......setelah lama ibu peram dalam almari...

Kelak jangan begitu ya sayang.......apatah lagi kalam Ilahi...Quran yang sepatutnya menjadi petunjuk diri......

Bacalah Sayang bila ada kesempatan...
Hindarkan bicara jika ia sia-sia......apatah lagi bila cerita tentang manusia
Hari ini dunia terlalu terbuka......Cerita dia, mereka dan entah siapa-siapa
Semuanya sudah jadi bahan cerita dalam rumah kita

Kadang-kadang bertegur sapa hanya seketika..
Kadang-kadang itu cuma kenalan adik kakak mahupun saudara jauh kita
Tak cukup bicara hari ini ditambah esok dan lusa.....
Masing-masing menaip di alam maya...
Facebook, whats app dan lain aplikasi terbuka
berbincang dan memperkatakan pendapat dan apa yang dia rasa
Tanpa sedar sebenarnya...
ini cerita siapa sebenarnya?

Ohh ini prihatin kata mereka
Mengambil tahu isu semasa
Berkata dan berkata
Tindakannya mereka kah juga???

Entahlah wahai anak
Moga ALLah pelihara kita....
Moga ALLah Ampunkan kita yang berlagak baik sentiasa
Moga Allah lindungi pandangan ibu yang mungkin khilaf dan tak kena
Moga ALlah tunjuk jalan apa yang terbaik buat kita semua

Pelihara diri sayang...apapun tindakan
hatta menaip di alam maya
atau bicara dan berkata-kata
mahupun bertindak menggerakkan anggota

PILIH........
ALLah redha atau ALlah murka


Eyh...ibu menulis terbanyak pula...Alhamdulillah rezeki ilham yang ALlah anugerah....
Jangan lupa ya...peringatan ini buat kalian dan tentunya buat ibu juga.......

Salam sayang dengan harapan hingga ke syurga
Ibu

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...