Tuesday, October 03, 2017

Cikgu

.
"Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession terus membara"
page 179: Cikgu kelas sebelah: Fadli Salleh.

Done 😁 3 October 2017

Setia

Sejenis bila dah suka pada satu barang atau benda...

Guna selagi boleh


Monday, October 02, 2017

Anding Ayangan

"Reda itu sangat menguji. Sabar itu pula ibarat bermain api. Pada akhirnya, ikhlas jualah penawar untuk segala-galanya. Menjadi manusia terbaik adalah idamannya ketika ini. Walaupun menyedari manusia itu terdedah kepada dosa-dosa. Justeru, ALLAH menyediakan istighfar, membentang pengampunan dengan rahmat NYA siang dan malam..." ms 396: Anding Ayangan, Ramlee Awang Murshid...

Cuti.....
Hanyut dalam fantasi.😍

Anak....
Bila berfantasi

Pilih!
Biar fantasi itu sebahagian dari hidup kita hari ini...
Biar fantasi itu bawa kita kenal diri
Biar fantasi itu mengingatkan kita bahawa...
Hidup kita ini hanyalah mimpi
Biar fantasi bawa kita ke alam realiti..

Realiti...
Hanya ujud
bila nafas berhenti
Bila waktu tidak berdetik lagi
Bila sangkakala mula menyanyi
Dan bila kita
Menerima buku amal di tangan kanan atau kiri....

Hakikat realiti
Kita bukan hidup
Tapi masih sedang
Bermimpi.....😪😴

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...