Posts

Showing posts from May, 2016

Sakit

Image
Ini cerita sebelum tidur...ketika ibu bacakan komik ini untuk anak-anak ibu Ibu : Apa yang abg faham tentang hadis Rasulullah ini (Janganlah kamu sakiti sesiapa pun sekiranya kamu tidak mahu disakiti) Abdul Muhaimin : Contohla... Ibu rotan abg Amin...nanti ALlah akan hantar org lain rotan ibu pula Ibu : Errŕ..... Kalau boleh ibu nak rakam apa sahaja yang berlaku bersama kalian...kerana ibu tahu masa itu akan terus berlalu....dan ibu pasti rindu peristiwa yang telah kita lalui bersama...

Kreativiti

Image
Mula2 van poslaju...lepas tu jadi lori sampah...kemudian jadi pakcik jual aiskrim... Terpulanglah anak asal tidak mengadap phone 24 jam.... Ingat nak buatkan kereta cantik2 guna kotak tu tp...rasanya ada baiknya ibu biarkan sel2 otak kalian  berkembang sendiri.. Tips n self reminder; biarkan anak berimaginasi....buka laluan kreativiti...

Big heart

Image
Awal pg Amin ke Taski Al Husna dan ibu ke sekolah ibu.... Lewat ptg baru ibu jemput...jika ada urusan kdg2 nenek..makcik2 Balik sekolah....ibu sibuk dgn kerja rumah..dan inilah masanya utk bermain dgn kawan... Malam masa untuk tidur... Sebahagian besar waktu Abdul Muhaimin bersama guru-guru Taska Al Husna Ibu ini terkadang malu sendiri.... Abdul Muhaimin mengenal huruf Al Quran dari guru-gurunya Dia menghafal hadis bersama guru Dia belajar akhlak...erti ihsan dan mengenal ALlah dr guru-guru di Taski AlHusna ...bkn dr ibu yg mengandungkannya....ibu yg diberi amanah untuk membimbing anak2 ini ke syurga.... Mashaallah..... Tidak terluah dengan kata2 jasa guru2 Taski AlHusna Tidak terluah jua rasa malu dlm diri bila amanah yg perlu dianugerahkan ALlah ini dikongsi bersama yg lain.... Dengan nama ALlah...terima kasih atas redha dan tulus kalian sebagai pendidik, murabbi malah ibu sepanjang ketiadaan ibu ini bersama anaknya... Dengan nama Allah..Saya amanahkan