Posts

Showing posts from July, 2014

Bersaudara

Image
Bila namanya bersaudara Saling ada antara satu sama lain Cuba untuk memahami biar pun berbeza Saling menghormati tanpa mengira status dan usia Susah senang biar bersama Saling melengkapi, saling menasihati, saling memperbaiki diri Bila Kasih kalian kerana ALLah yang satu Tidak mungkin berkelahi Bila panduan Quran dan Sunnah Tak mungkin lari matlamat yang jitu meski pun beza umpama Saidina Umar dan Abu Bakar ataupun langit dan bumi....milik ALLah jua dan jangan lupa Palestinian, mereka di Syiria, mesir, Iraq dan negara-negara islam lain mereka juga saudara kita Jika ada berpeluang untuk jihad bersama Doa ibu mengiringi agar Syurga menanti Namun jika tidak Doa kalian ibu harap tidak berhenti...... 22 Ramadhan 1435H

+ TUHAN Sedang Menguji Kita +

Image
Janji Allah adalah pasti. Sebagaimana Allah menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian, sebagaimana Allah menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan, begitu juga janjinya bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka beriman selagi tidak diuji. Allah berpesan, jika belum datang ujian, janganlah menyangka bahawa kita ini ahli syurga. "Demi sesungguhnya! Kami a kan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh Dan dengan merasai kelaparan Dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda Dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar; iaitu orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata "sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH Dan kepada ALLAH jualah kami kembali" (Al Baqarah:155-156) 17 Julai 2014 MH17 ditembak dan mengorbankan 295 nyawa... dan kisah Gaza diserang masih belum berhenti.... tenanglah wahai hati....siapapun empunya diri..yakinilah inilah ujian datang