Posts

Showing posts from November, 2013

Ajar , mahu dan marah

Bila dengan anak… Ibu marah nasi bersepah……tapi yang dilihat bila masak ibu sering membuang… Ibu mahu dia dekat dgn Al Quran…..sayangnya ibu leka…Quran lama tidak dibaca Ibu idam alhafiz dalam keluarga…surah yang ibu hafal boleh dikira itu pun yang wajib-wajib sahaja Ibu mahu anak berilmu…..tapi sayang majlis-majlis ilmu, ibu kurang bertandang…malu Ibu mahu anak menghadapi kenyataan dan realiti…..kenapa pula anak diajar fantasi TV..beri dan beri Ibu mahu Rasulullah jadi ikutan…kenapa ultraman yang disebut contoh utama, " Ultraman pakai baju…." Aneh ya bukankah Rasululullah ajar ilmu dan adab berbaju sempurna   Ibu marah minta-minta di pasaraya….tapi ibu kerap tanya nak apa Ibu marah tonton tv hingga pagi..bukankah ibu pernah beri sekali kenapa tidak lagi Ibu suruh berkata baik-baik sahaja…kenapa keburukan orang yang ibu kata ..mengata anak orang bukankah sama sahaja Ibu pesan sabar…kenapa pula ibu marah-marah begini… Ibu kata marah tanda sayang…..kenapa pula

Remember me, remember Allah

Image
Ada sesetengah perkara akan mengingatkan kita pada seseorang Ibu Rindu Tok abah dan bila rindu dan ibu berharap kalian akan berbuat perkara yang sama bila ibu dan ayah tiada nanti... jadi anak yang baik kerana sahamnya akan datang pada kami.....

Selamat Pengantin Baru

Image
Dia kesayangan arwah abah…Dia peneman, kawan, jururawat, driver dan orang kanan abah. Dia juga kawan gaduh abah. Kami adik beradik faham bila abah lebihkan dia dalam beberapa hal…Dia tidak pernah membantah, apa sahaja..hatta keluar makan kedai tengah malam saat hujan lebat turun. Dalam banyak hal abah akan sebut nama dia dahulu..Dia ambil sebahagian besar tugas adik-beradik lain sebagai anak…Terima kasih adik, meski sepatutnya status isteri bukanlah halangan untuk berbakti pada ibubapa sendiri. Hari ini tanggungjawabnya kian bertambah, malah keutamaan sudah berubah….. Mungkin ini alasan arwah abah tiada di sini…. Mungkin juga ini alasan untuk takdir yang telah menjadi ketetapan Ilahi Sebagai ayah..bukannya mudah melepaskan anak yang sentiasa ada disisi… Sebagai ayah..ragu dan sangsi untuk seseorang yang baru dikenali untuk menjaga permata hati itu tentu wujud dalam diri Sebagai ayah..keinginan agar anaknya sempurna terjaga hati, tindakan dan perasaan tidak akan lari Dan ALLa

Pengakhiran yang indah...

Image
Ini kisah dia perjalanan kehidupan seorang hamba Allah 20 tahun ..dan dia menyentuh hati banyak pihak..memberi pengajaran   menginsafkan... Moga hari-hari kalian...permata hati ibu..Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila akan sentiasa memberi erti... dan moga detik akhir kita ibu....merupakan saat terindah sepanjang kehidupan kita...

cuti sekolah 2013

Image
Cuti sekolah bermula dan abg amin kena campak " Abg Amin tak demam...Abg Amin kuat" Alhamdulillah...moga ALLah terus-terusan memberi kekuatan untuk anak-anak ibu...

bila bersama...

Image
Amin      : Ibu, dalam peti ais ada tepung tak? Ibu         : Ada, kenapa? Amin      : Ibu buatla kek....Amin nak kek Dah lama kita tak buat kek sama-sama rupanya....Jom, kita buat sama-sama  Kali ini kita buat sama dengan adik. Ibu kendong adik guna 'carrier'. Adik tepuk-tepuk abang.  'Apa ni..kita kan adik-beradik'...Ibu suka ayat abang Amin yang itu... Oh ya...dengan bertanggungjawabnya Abg amin juga tolong ibu kemas lepas masak dan hasilnya.. Hmmm...sedapnyer... dan  seronoknya bila bersama.....