Posts

Showing posts from September, 2012

Best Friend Forever Till Jannah II

Selamat pg sayang.... Sedang ibu baca quran pg ni terjumpa ayat ni,  teringat post ibu pg semalam : best friend forever till jannah ....memandangkan ia berkaitan cepat2 ibu post ;)  Surah Aal-e-Imran, Verse 28: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. via iquran

..Beraya dalam tidur...

Image
Beria siap untk sambutan raya di taman perumahan lepas isha' ...tup2 tidur... ;-) Selamat malam sayang...esok kita beraya lg k...

Best Friend Forever Till Jannah

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi sayang..... Sihat?? Dengan siapa Abdul Muhaimin ketika membaca tulisan ibu kali ini?  adik, sendirian atau mungkin dengan kawan2? kali ini ibu ingin cerita tentang kawan... Sebenarnya dah lama ibu nak pesan apa yang bakal ibu tulis ini, sejak Abdul Muhaimin membantu ibu buat kek untuk auntie eina, one of my bestest buddy 2 hari lepas lagi.....  ;) Ibu yakin akan tiba satu waktu, Abdul Muhaimin akan menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama kawan-kawan Amin (ibu pasti rindu menghabiskan masa dgn Amin ketika itu huhu) ... itu merupakan perkara biasa dalam perjalanan hidup sebahagian kita..... semakin kita dewasa, kita akan berpeluang bertemu dengan ramai orang..... dan merekalah yang akan menemani perjalanan kehidupan kita sayang, selain tentunya ibu, ayah dan mereka yang terdekat dengan Amin... Anak ibu, ramainya orang yang akan Amin temui, memungkinkan banyaknya pilihan untuk Amin buat dalam kehidupan.......bila ibu tiada di sisi Amin, ibu men

Tekanan n Inspirasi .... :)

Image
Assalamualaikum Abdul Muhaimin sayang... saat ibu menulis ini...Amin dan ayah masih lagi dibuai mimpi...Ibu berkali-kali cuba melelapkan mata tapi ibu masih tidak boleh tidur..... Kerungsingan ibu sangat mengganggu.... Akhir-akhir ini ibu rasa terlalu banyak tugas yang bertangguh..dari urusan di sekolah sehinggalah urusan menjemur baju dirumah..namun ibu yakin bukan itu yang menjadi permasalahan.....  Selain itu ibu turut memikirkan anak-anak murid ibu yang bakal menghadapi peperiksaan  UPSR tidak lama kelak....Pelbagai cerita yang ibu ingin kongsikan dengan Amin tentang mereka...Adakalanya mereka buat ibu tertawa...yang pasti mereka juga banyak membuatkan ibu tertekan dalam diam...dalam kesibukan tugasan yang ibu hadapi, karenah mereka adakalanya memeningkan ibu.. Abdul Muhaimin sedang apa sekarang sayang?  Sibukkah anak ibu yang seorang ini? Sibuk belajarkah Amin? Jika belajar tentu Amin sibuk dengan kerja-kerja rumah, tugasan sekolah atau juga tugasan dan project paper Univer

Syawal Muhaimin

Image
Assalamualaikum dan salam syawal Abdul Muhaimin..... Alhamdulillah kita Selamat menyambut aidilfitri di Pahang tahun ini. Seronok tengok Abdul Muhaimin berhari raya kali ini..Sudah boleh jalan, sudah boleh berbaju melayu dan tentunya sudah mula mengenal saudara-mara sebelah Pahang...Seronok tengok anak ibu nih bermain kehulu hilir dengan sepupunya yang adakalanya lebih dewasa dari dia.... Alhamdulillah Syawal ini membuka peluang untuk kita mengeratkan silaturrahim dan saling mengenali....Itulah yang sentiasa ibu harapkan untuk Abdul Muhaimin..Menghayati Syawal dalam ertikata sebenar.... Selain dari erti kemenangan setelah berhari melatih nafsu dan mengawal perasaan, untuk anak kecil seperti Muhaimin yang tidak berpuasa ini..ibu mengharapkan ia menjadi ruang untuk anak ibu ini menyesuaikan diri dengan saudara mara sekaligus bersilaturrahim antara satu sama lain..... Sabda Rasulullah: Orang mukmin ialah orang yang dapat menyesuaikan diri dan dapat diikut penyesuaian dirinya. Sam