Posts

Showing posts from September, 2009

Kuliah Ahad 13 September :Syurga dan Neraka

Kuliah kali ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din ALLah berfirman: bersegeralah kamu mencari maghfirah ALlah dan kiraya kamu memperolehi maghfirah ALlah itu, kamu beroleh syurga. dan lebar syurga itu selebar jarak dari langit dan bumi yang ALlah sediakn untuk org2 yg bertakwa. Org2 yg tidak bersedia untuk menghadapi Allah kerana leka dengan kehidupan dunia, mereka sudah rasa cukup bahagia dan mereka yg sentiasa lalai, tidak ambil pengajaran dari kemurkaan ALLah terhadap apa yg berlaku ~ golongan ini tempat tinggal mereka adalah api neraka; balasan yg setimpal dengan perbuatan mereka. Ketika bayi dilahirkan kedunia, ALlah mengutus 2 or penyambut tetamu untuk mereka yg akan berada dikiri dan kanan bayi tersebut. dan bila bangin di akhirat kelak pulak, Allah mendatangkan 2 malaikat malaikat penuntun dan malaikat saksi untuk mereka. Dan proses seterusnya pula, mereka akan dimasukkan antara 2 tempat syurga atau neraka. Matlamat akhir di dunia ini seharusnya menjadi hamba yg

jika aku jatuh hati

Aidilfitri kali ini keluarga kami menerima ahli keluarga baru, adik lelaki no 3 saya telah melangsungkan perkahwinannya tanggal 3 Syawal. Asalnya, kami hanya menjemput saudara mara mama dan abah dan teman2 rapat...siapa sangka saudara mama dan abah ramai rupanya....jenuh pula saya nk menjawab soalan pakcik dan makcik bertanyakan bila pula knduri kakak sulungnya... dn moga video ini ada jwpannya :) ... Jika Aku Jatuh Hati - Watch more Videos at Vodpod. <>

20-09-2009

Tahun nih beraya di Beranang, kampung mak....dan saat2 raya nih teringin pula nak makan rendang kerang kg Sekinchan...tp takpalah, thn lepas dah beraya di sana... Alhamdulillah dapat mengerjakan solat Hari Raya bersama mama dan abah...dan antara isi khutbah Hari kemenangan tersebut: Dan org2 yg berusaha dgn bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) ALLah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya (surah 29 Al ankabut:69) Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi hamba ALlah yang telah berusaha bersungguh2 memperbaiki amalannnya ketika Ramadhan... Khatib melaungkan kalimah kebesaran ALLah serta pujian dan kesyukuran atas itu semua. Menurut beliau, laungan ALLahuakbar dan kalimah takbir tersebut bukan sahaja: 1. tanda kemenangan orang islam melepasi madrasah Ramadhan (Masa yang diwajibkan kamu berpu

tidak puas hati

Rasa sudah tidak mahu menulis lagi untuk blog hari ini namun ... Tapi saya tidak puas hati dan mahu menulis sesuatu...berkaitan skim latihan graduan Skim latihan graduan merupakan satu program yang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi latihan kepada lepasan diploma dan ijazah yang tidak bekerja dan menganggur. Latihan 3 bulan itu menyediakan elaun RM500 berdasarkan kelas dan latihan yang dihadiri, kupon makan malahan tempat tinggal. SElepas tiga bulan, pihak pengurusan akan berusaha mendapatkan pekerjaan untuk pelatih. Makanya...kehadiran ke kelas akan diambil untuk pembahagian elaun. Dan ianya berdasarkan tandatangan pelatih itu sendiri. Sabtu lepas, Adik saya yang menjalani latihan tersebut ada kelas ganti...sayangnya dari 25 orang hanya 6 orang yang hadir. Namun, bila melihatkan kedatangan, semuanya telah ditandatangan tanda hadir. Adik membetulkan keadaan, dia tandakan tulisan TH ( tidak hadir ) pada mereka yang sebenarnya tidak hadir walaupun telah ditandatangan.... Natijahnya,

maaf dan berlapang dada

Saya bukan lah seorang yang pandai memendam rasa, bila masalah berterabur atas kepala, adakala ia turut mempengaruhi reaksi wajah malah tindakan hingga adakala ia mempengaruhi hubungan dengan orang sekeliling...apatah lagi bila tindakan orang lain yang tidak kena pada mata saya, seterusnya orang itu akan saya biarkan...dia dan hidupnya dan saya dan hidup saya. Bila amarah dan tindakan tidak waras, penyesalan akan hadir lewat setelah segala yang tidak kena berlaku....17 Ramadhan ini, bila saya membuka mukjizat ALlah yang maha besar itu...saya umpama terasa tertampar... ' Dan janganlah org2 yg mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya; org2 yg miskin dan org2 g berhijrah pd jalan ALLah, dan hendaklah mereka MEMAAFKAN dan BERLAPANG DADA. APAKAH KAMU TIDAK INGIN BAHAWA ALLAH MENGAMPUNIMU? dan ALLAH MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG' An Nuur: 22 Nasihat pada hati berlembutlah, hulurkan kemaafan dan berlapa
Image
PadaMu ku Bersujud - Afghan Uploaded by andikazulkarnaen . - Explore more music videos. Afgan – PadaMu Aku Bersujud Ku menatap dalam kelam tiada yang bisa ku lihat selain hanya nama Mu ya Allah Esok ataukah nanti ampuni semua salahku lindungi aku dari segala fitnah kau tempatku meminta kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat Ampuniku Ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud Esok ataukah nanti ampuni semua salahku lindungi aku dari segala fitnah Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat Ampuni aku ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat Ampuni ku ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud PadaMu Saya suka lagu nih.. kerana saya meyakini.. Sekali ALLah berpaling dan tidak memandang s

KULIAH AHAD 6 SEPTEMBER 09

Ada banyak maklumat yang Ustaz Yusaini beri hari ini....higgakan tidak menang tangan saya untuk menyalinnya, namun segalanya lebih berkisar tentang puasa, al quran dan tangisan Rasulullah... Setiap satunya sangat bermakna.. Ustaz bercerita tentang perbezaan puasa seorang mukmin dengan seorang munafik... Puasa adalah ujian kita menjalani perintah ALLah. Puasa menduga adakah kita benar2 hamba. Mendidik diri menjadi hamba ALLah, sebagai hamba kita di suruh memperbesarkan perintah ALLah. Bukan puasa itu yang menjadi isunya, sebaliknya kepatuham kita kita perintah yang telah Allah tetapkan. Tuan Haji Ghazali turut menambah, antara kita dan ALlah adalah antara tuan dan hamba..seharusnya kita mematuhi perintah yang telah ditetapkan tanpa banyak soal. Seorang mukmin akan menikmati Ramadhan dan menghayati Ramdhan sebagai nikmat yang sukar diperolehi. Seorang mukmin akan bersedih apabila semakin jauh Ramadhan dan semakin hampirnya Syawal. Sesungguhnya Ramadhan itu memberi 100 rahmat, kesenangan