Posts

Showing posts from May, 2009

Another princess is already a queen...

Image
Wedding of Nor shaheeda Nawawi : my cousin 17 May 2009 Venue: Restaurant Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa Doorgifts: cute cakes Flowergirls: The twin. her own niece The king and queen: May ALLah bless both you!!!!!

Hari Guru: 16 Mei 09

Image
Sambutan hari guru di sekolah meriah... Awal pagi setelah nyanyian Lagu Negaraku dan Guru Malaysia serta bacaan ikrar.. aerobik : tarian poco-poco (ish...memang tak reti langsung.....) kemudian, potong kek, nyanyi lagu untuk gurubesar (harijadinya pada hari guru) cabutan bertuah, persembahan tarian bangra dan seni silat cekak hanafi.. pertandingan tarik upih, tiup tepung dan tak tahan sekali baling cikgu dgn belon sayu bila budak2 buat mural atas kain...cop tangan sendiri mural tersebut dibawa mengelilingi kumpulan cikgu yg berkumpul di tgh2 dengan ucapan dan jeritan ' terima kasih cikgu!!' love that moment sooo much dan hadiah hari guru thn ini: pnuh pengertian tersendiri kek, chocolate, gula-gula dan biskuts.. (hmm saya memang suka..) mungkin harapannya agar cikgu akan sentiasa manis datang ke kelas.... Perhiasan diri, hmmm mungkin anak murid mahu cikgu agar sentiasa menarik hadir ke kelas koleksi cawan dan tupperware serta bekas-bekas kecil dan comel yang lain.... mungkin me

ponteng kuliah....

Sebagai manusia... kata-kata kita akan sering diuji. Bila berkata mampukah kita melaksanakannya... Saya pernah berazam utk tidak meninggalkan kuliah surau annur ( http://www.surauannur.net/ ) setiap ahad... Merancang akan hadir pada setiap kelas... Sayangnya masuk minggu ini dah 2 minggu saya tidak hadir... aduh sayangnya........ Ponteng kali pertama - hujung minggu ke 2 bulan may : hari ibu.. Sabtu 9 May : tiada kelas tambahan thn 6 cuti wesak, temankan mama ke pasar Puchong... beli stok lauk... dan belajar kenal ikan...hehehhe dan Ahad 10 May: hari ibu, ikut mama balik kg, di kg ada majlis maulidilrasul...merangkap sambutan hari ibu...terlepas kuliah di surau annur, tapi dpt dgr ceramah yg disampaikan oleh ustaz Baharuddin Abdullah (hehehe merangkap bapa sendiri..) utk org kg... Memandangkan hari tersebut hari ibu, saya biarkan ibu2 mendengar kuliah abah dan saya bersama adik sibuk di bawah menyediakan makanan utk ibu2 dan tetamu yg hadir.... Lantaran itu, saya tidak fokus pada isi

KULIAH AHAD: 3 MEI 09

Lewat lagi =) Memandangkan sudah berhenti mengajar tusyen, mama pesan bawa adik2 sekali. Penceramah kali ini Ustaz Husayni dari Perlis... dan isi kali ini berkisar tentang sikap dan sifat2 mulia Rasulullah. Ketika saya tiba, Ustaz sedang membincangkan sifat Rasulullah yang pertama iaitu : S.E.N.Y.U.M Saidina Ali meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ialah org yang sentiasa bermanis muka. Katanya lagi bagaimana gelodak perasaan Rasulullah ketika itu, baginda akan sentiasa tersenyum dan bermanis muka. Namun, Rasulluh akan bertindak berbeza ketika beliau marah, dan marah Rasulullah itu sudah tentunya semata-mata kerana ALLah. Rasulullah sendiri berkata ; siapa yang 1. Memberi sesuatu kerana ALLah 2. Menahan sesuatu kerana ALlah 3. Marah kerana ALlah 4. Mencintai kerana ALLah maka sempurnalah imannya..... Sesungguhnya senyuman itu adalah ajaran islam. Malah ustaz menegaskan wajib pula bagi seorang isteri untuk bermanis muka pada suaminya. Ustaz pesan biar apa keadaan pun isteri wajib seny

waktu....

Adakah waktu itu juga memiliki perasaan? Waktu hanya menjalankan suatu takdir, ia berganti, berputar dan berjalan. Tidak ada kekuatan apa pun mampu menghentikan waktu dari terus berputar. Manusia tidak dapat melakukan apa pun, sekuat apa pun hati mereka melawan kesukaran dan penderitaan, namun mereka harus akur dan mengakui bahawa kepada waktulah mereka akan menyerahkan segala-galanya..... Kitab Cinta yusuf & Zulaikha, ms 295 karya Taufiqurrahman Al-Azizy Cuti 1 Mei...menghabiskan sisa-sisa novel yg masih belum ditamatkan...... memenuhi waktu yg dikurniakan ALLah... Waktu tidak pernah berbicara, sedar-sedar ia jauh dah meninggalkan kita..... Dalam sebulan ini, saya lelah....memenuhi tanggungjawab dalam waktu yang diperuntukkan... malah adakalanya membiarkan waktu itu berjalan menurut takdir yang telah ditentukan.... namun sebagai manusia, saya harus terus hidup..... Rutin harian berjalan seperti biasa.. pg...menghantar adik2 ke sekolah, tghari jemput adik2 balik dan kembali menghan